BAB 20

Romance Completed 2973

“Kakak!” jerit Hadari lantas berlari menuju kerah Haziah yang kesakitan. Tangan Haziah memegang belakang kepalanya. Sakit!

“Akak, kenapa boleh jadi macam ni. Mana perempuan tadi?” Tanya Hadari yang panik melihat keadaan kakaknya. Haziah tidak menjawab. Matanya dipejam untuk menahan rasa sakit. Hadari panik melihat keadaan kakaknya lalu mencepung badan Haziah kedalam bilik. Setelah itu, Hadari menelefon Mukhriz memaklumkan hal tersebut. tanpa banyak soal, Mukhriz terus pulang kerumah meninggalkan hospital. Tiada yang lebih penting selain isterinya sekarang. Haziah ! Bertahan sayang.

“Abang, jangalah risau. sikit je ni. Terhantuk slow je.” ujar Haziah kepada Mukhriz yang kelihatan begitu risau dengan keadaan isterinya. Muka macam hilang anak. Risau sangat. Siap suruh pergi hospital scan kepala takut ada apa-apa. Over sangat laki aku ni.

“Haziah isteri abang, mana tak risau. tiba-tiba dapat call yang Haziah pengsan sebab terjatuh. Kalau terjatuh takpe jugak, ni sebab minah tu.” Muka Mukhriz moody tiba-tiba. Panas hatinya apabila dia dapat tahu yang Mira penyebab semua ini. Datang tak dijemput, sakitkan bini aku. Kalau ikutkan Mukhriz, dia mahu buat laporan polis diatas kesalahan menceroboh rumah orang sesuka hati tetapi dilarang oleh Haziah yang tidak mahu merumitkan lagi keadaan.

“Alah, abang kan doktor. Abang tengok Haziah okay aje kn? Sikit je. dah tak sakit macam tadi. Lagipun bukan berdarah pun.” Pujuk Haziah lagi. Setelah Mukhriz sampai, cepat-cepat dia memeriksa keadaan isterinya. Memang betul, tiada masalah kritikal sangat Cuma hantukan kecil aje,

“Abang tak kira. Abang akan buat perhintungan jugak dengan Mira.” Ego lelakinya masih tinggi. Memang dia tidak dapat menahan sabar dengan sikap Mira lagi. Ini keterlaluan.

“Biarkan jelah dia. Yang penting sekarang, Haziah sihat walafiat dan yang paling penting abang ada bersama Haziah sekarang. itu dah buat Haziah bahagia.” Tangan Mukhriz di pegang kemas. Mukhriz mengukirkan senyuman. Syukur dengan apa yang dia ada sekarang.

Sudah seminggu Hadari menginap dirumah Haziah. Sudah tiba masanya Hadari pulang ke kampung. Mana boleh bercuti lama-lama, ibu dan yah kat kampung siapa nak jaga.

“Ala, adik nak balik dah? Tinggallah lama lagi kat sini” pujuk Haziah pada Hadari. Hadari sudah berada didepan pintu bersama beg bajunya.

“Akak, mak dengan ayah kat rumah siapa nak jaga? Lagipun adik tengah cari kerja lagi ni. Kalau boleh, nak kerja kat negeri sendiri. Bukan sini.” Hadari belum mempunyai pekerjaan. Susah betul nak cari kerja sekarang.

“Bosan lagi lah akak nanti duduk sorang-sorang.” Haziah mengeluh. Mukhriz berdiri disebelah Haziah. Tangan kanan diletakkan diatas bahu Haziah. Bahunya digosok perlahan tanda dia minta maaf sebab selalu sibuk.

“Akak dah kahwin, mana boleh jadi bujang macam dulu. Nanti kalau adik tingal lama-lama kat sini, boleh jealous abang long. Yalah, asyik berkepit je dengan adik.” Usik Hadari. Kakak aku ni, dah kahwin pun nak berkepit dengan aku lagi.

“Tahu takpe. Jealous tau bang long bila korang berjumpa. Abang long kat sebelah ni Haziah tak Nampak.” Usik Mukhriz pula. Tiada niat mahu mengate atau apa-apa. Hanyalah gurauan semata-mata. Haziah menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

“Sorry” ujar Haziah perlahan. Mukhriz hanya tersenyum.

“Adik pergi dulu kak, abang long.” Hadari menyalami tangan Haziah dan Mukhriz sebelum meninggalkan rumah mereka. Haziah mengeluh kecil. Sedih! Pasti dia akan rindu Hadari lagi.

Sudah enam bulan usia rumah tangga mereka berdua. Cepat sahaja masa berlalu. Semakin hari cinta mereka semakin berputik. Haziah setia menjadi isteri termasuk suri rumah tangga sepenuh masa kepada Mukhriz. Bagi Haziah, ini adalah tanggugjawab dia sebagai seorang isteri. Haziah tidak pernah menyalahkan suaminya atau berjauh hati terhadap Mukhriz kerana diperlakukan sedemikian. Opss, maksudnya, Mukhriz tidak membenarkan dirinya bekerja macam wanita lain. Dia tahu, Mukhriz mecintainya sepenuh hati, Mukhriz tidak mahu dirinya sibuk mencari duit kehulu kehilir bergaul dengan berlainan jantina. Dia redha. Haziah bertekad mahu menjadi isteri solehah yang mungkin kepada Mukhriz. Mukhriz juga tidak pernah mengecewakan dia. Mukhriz bagi apa sahaja dia mintak. Keperluan atau kehendak, semua Mukhriz bagi. Sama-sama menjaga anatara satu sama lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience