“Betul ni?” Tanya Mukhriz ragu-ragu. Haziah hanya mengangguk. Aku terima. Aku dah jadi isteri orang, aku perlu hormat pada keputusan suami aku. Husnudzon Haziah ! Kau dapat pahala buat semua ni. Jaga makan pakai laki kau. Jaga kaluarga. Bukan free semuanya. Aku akan dapat balasan di akhirat kelak. Lagipun, dunia dah akhir zaman. Aku nak cari pahala puas-puas. Salah satu caranya dengan inilah. Jaga suami baik-baik. Hahahaha
Mukhriz bingkas bangun setelah selesai bersarapan. Haziah mengekori suaminya sampai ke pintu. Beg bimbit milik suaminya dihulurkan. Tangan Mukhriz dicium hormat. Mukhriz membalasnya dengan mengucup dahi Haziah. Ini juga merupakan runtin harian Haziah sebelum Mukhriz pergi kerja.
Mukhriz memberikan sepenuh perhatian pada fail-fail maklumat pesakitnya. Dia tahu tugas sebagai seorang doktor bukannya senang. Jikalau tersilap langkah, nyawa pesakitnya melayang. Ajal maut semua ditangan Allah, tetapi tak salah kalau kita mencuba dahulu merawati semua penyakit yang diuji oleh-Nya. Mukhriz terus mendongakkan kepalanya setelah mendengar ketukan pintu daripada luar menandakan ada pesakit yang datang yang ingin berjumpa dengannya. Senyuman dibibir Mukhriz terus mati apabila melihat kelibat pesakit tersebut. Mira! Nama perempuan yang sangat dirindui dan dicintai olehnya sepenuh hati. Tetapi itu dulu, kini Mukhriz berasa begitu muak dan benci melihat wajah perempuan itu.
“kau sakit apa?” Tanya Mukhriz tidak ikhlas. Walaupun dirinya begitu membenci wanita dihadapannya, tetapi dia tidak pernah lupa tanggungjawabnya seorang doktor. Tidak perlu pilih kasih. Mira mengambil tempat duduk dihadapannya.
“hati I yang sakit. You dah buat hati I sakit.” Ujar Mira sambil memegang dadanya. Mukhriz mencebikkan bibirnya.
“perlu ke kau sakit hati? Bukan sepatutnya aku yang sakit hati dengan perangai kau. Kau tinggalkan aku semata-mata nak anak Dato’ yang kaya raya tu. Sekarang apa? Kau nak apa? Mana boyfriend kau yang kau duk sanjung sangat tu?” bentak Mukhriz kasar.
Hatinya sakit setelah cerita tersebut dibuka lagi. Mira merupakan bekas kekasihnya sewaktu di Ireland dahulu. Mereka hampir bertunang tetapi sayangnya pada hari pertunanngan tersebut, Mira melarikan diri. Mira tidak hadir ke majlis tersebut. Mira hanya meninggalkan satu pesanan mesej mengatakan bahawa dirinya dan Mukhriz tidak sesuai bersama. Setelah diselidik, Mira mempunyai hubungan dengn Faiz yang merupakan seorang anak Dato’ yang turut belajar di Ireland. Semenjak peristiwa tersebut, Mukhriz tidak lagi mempercayai semua wanita. Mukhriz tidak pernah berhasrat mahu mencari calon isteri. Semuanya terserah pada ibu bapanya. Mukhriz mahu ibu bapanya yang menentukan siapa jodohnya. Dia akan terima. Disebabkan itulah, Mukhriz menerima seadanya Haziah kerana Haziah merupakan pilihan orang tuanya. Mukhriz percaya pilihan orang tuanya adalah yang terbaik untuknya.
“you dah kahwin kan? Sampai hati you tak ajak i. you tahu tak, I kecewa sangat. You, I nak kita bersama balik. Bolehkan?” rayu Mira pada Mukhriz tanpa rasa malu sedikit pun. Faiz telah curang padanya. Disebabkan itu, Mira mencari Mukhriz kembali. Mira mengumpah orang untuk mencari dimana keberadaan Mukhriz.
“mudahnya kau cakap macam tu kan? Sampai mati pun, aku tak ingin hidup dengan kau.” Sindir Mukhriz geram.
“You, I rela jadi isteri nombor dua you. Please. I masih sayangkan you.” Rayu Mira lagi. Belum sempat Mira meraih tangan Mukhriz, Mukhriz merentak tanggannya kasar.
“Hey, perempuan! Kau dengar sini. Aku sayangkan isteri aku melebihi segala-galanya kat dunia ni. Melebihi nyawa aku sendiri. Kau jangan harap, aku terima kau balik. Aku bukan macam kau lah, ada hati busuk. Curang! Aku nak kau keluar dari bilik aku sekarang! Jangan pernah kau muncul lagi dalam hidup aku! Aku menyesal pernah kenal dengan kau! Keluar!” bentak Mukhriz dengan kuat. Jari telunjuknya menunjuk kearah pintu. Keluar!
“you, please.” Cuba Mira lagi.
“Kau jangan bagi aku hilang sabar. Keluar sekarang!” bentak Mukhriz dengan lebih kuat. Mira mengambil handbagnya diatas kerusi lalu keluar meninggalkan bilik Mukhriz. Sebelum orang luar dengar baik aku keluar. Takpe, aku tak akan pernah mengalah. Kau milik aku Mukhriz !
Mukhriz merengus kuat. Kepalanya terus disandarkan di kerusi empuknya. Tangan memicit kepalanya yang pemimg akibat tertekan. Mukhriz memejamkan matanya buat seketika. Kenapa dikala aku sedaang bahagia, kau muncul kembali. Ahhh!
Share this novel