BAB 27

Romance Completed 2973

Mukhriz bingkas bangun lalu meluru masuk ke bilik kecemasan dihapannya. Tubuh Haziah kelihatan diatas katil telah ditutup dengan kain. Dengan perlahan kain dibuka. Air matanya lebat menitis melihat keadaan itu. Tak! Ini bukan Haziah ! Haziah masih hidup. Fahmi memerhati dari jauh.

Mukhriz duduk dibirai katil isterinya. Kepala Haziah diangkat dan dibawa ke dalam pelukannya.

“Haziah, bangun sayang. Sayang dah janji tak nak tinggalkan abang. Nanti sape nak kawan dengan abang, sape nak jaga pakai abang. Bila abang balik kerja, sape nak sambut abang pulang. Sape nk gurau dengan abang.” Mukhriz seperti orang tidak waras.

“Sayang, kita kan dah janji nak hidup sama-sama sampai tua. Ada anak. Ingat lagi tak, Haziah kata nak anak sulung lelaki pastu kalau boleh nak 5 orang anak. Nanti bila kita tua, kita ada cucu dan anak menantu.” Mukhriz meroyan lagi. Jasad Haziah masih lagi dalam pelukannya.

“Haziah ! Haziah ingat tak? Haziah dah janji dengan abang. Abang tak bawak Haziah pergi taman bunga lagi, Haziah nak tengok bunga tulip kan sayang? Haziah bangun ya sayang. Esok kita pergi sama-sama. Haziah ! Haziah gurau aje kan.” Kepala Haziah diusap dan dikucup berkali-kali.

“sayang bergurau kan. Haziah bangunlah. Jangan tidur lagi. Haziah !” badan Haziah digoyangkan supaya isterinya bangun.

Fahmi yang memerhati menitiskan air mata melihat keadaan rakannya

“Iz, mengucap. Haziah dah takde” Fahmi cuba menenangkan Mukhriz lagi supaya kembali kealam nyata bahwa isterinya sudah tiada.

Mukhriz terpaku seketika lalu menangis lagi meratapi pemergian isterinya. Air mata semakin lebat menitis dipipi. Haziah, bangunlah.

Sudah sebulan Haziah meninggal. Mukhriz masih lagi tidak menerima kenyataan tersebut. Puan Salmah dan Encik Saiful tidak tahu lagi apa yang perlu dilakukan. Mukhriz sudah tidak terurus. Asyik berkurung didalam bilik memeluk gambar Haziah bersama sepucuk surat terakhir dari isterinya.

Tanpa diketahuinya, sebelum Haziah menghembuskan nafas terakhirnya, Haziah sempat menulis sepucuk surat dan meletakkan surat tersebut di dalam beg laptop kesayangannya. Surat tersebut ditemui oleh Hadari yang ingin membuka laptop kakaknya kerana merindui kakak kesayangnnya itu.

Abang, disaat surat ini ditemui, Haziah sudah tiada didunia ini lagi. Pertama sekali, Haziah mohon ampun dan maaf diatas segala dosa-dosa Haziah terhadap abang sepanjang Haziah manjadi isteri abang. Haziah gagal jadi isteri yang terbaik untuk abang. Ketahuilah, Haziah tidak pernah menyesal menerima abang sebagai suami Haziah walaupun ini adalah ketentuan keluarga. Haziah tahu, abang lah jodoh Haziah. Abang, Haziah minta maaf sebab banyak menyusahkan abang. Haziah mohon ampun kerana belum sempat memberikan zuriat pada abang. Haziah mohon ampun bang. Haziah harap abang akan temui pengganti Haziah yang lebih sempurna daripada Haziah. Haziah sayang abang sangat-sangat. Halalkan segalanya abang. Jumpa di syurga sana kelak sayang. I love you. Salam sayang Haziah yang sentiasa menyayangi abang.

Hampir setiap malam Mukhriz akan meracau memanggil nama Haziah. Ada juga sesekali Mukhriz melihat kelibat Haziah tetapi apabila di pegang, ia hilang. Dirinya tidak terurus, rambut panjang, misai tidak dicukur. Dirinya asyik termenung dan menangis merindui Haziah.

“Iz, jangan macam ni nak. Ikhlaskan pemergian Haziah. Haziah dah takde sayang. Dah sebulan Iz macam ni, mama tak sangup nak tengok anak mama macam ni.” Puan Salmah merintis kesedihan melihat keadaan anaknya yang seperti orang kehilangan anak. Meroyang.

“mama, Haziah mana? Iz rindukan Haziah.” Tanya Mukhriz seperti tidak tahu bahawa Haziah sudah meninggal. Puan Salmah memeluk kemas anaknya. Jiwa ibunya tersentuh melihat keadaan anaknya. Air mata keibuan menitis lagi.

Pada mulanya Puan Salmah, Encik Saiful, Puan Sarah dan Encik Yusoff sungguh kecewa dengan perlakuan Mukhriz dan Haziah yang merahsiakan perkara sedemikian. Tiba-tiba sahaja, mereka dikhabarkan berita kematian Haziah. Hadari orang yang paling bengang, sedih dan marah. Mukhriz sempat menerima satu tumbukan dimuka kerana dimarahi oleh Hadari. Sampai hati kakak rahsiakan penyakit akak. Dia kecewa kerana disaat kakaknya bertarung nyawa, dia tidak ada untuk memberi sokongan. Haziah adalah satu-satunya kakak yang Hadari ada merangkap kembarnya sendiri. Patutlah sejak akhir-akhir ini, hati lelakinya selalu teringatkan Haziah tetapi dihiraukan kerana menganngap itu hanyalah rindu semata-mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience