BAB 21

Romance Completed 2973

Jam menunjukkan pukul 6:30 petang. Mukhriz masih belum pulang. Macam biasa, malam baru pulang. Haziah berjalan memerhati pokok-pokok bunga yang ditanam di halaman rumahnya. Seronok mata memandang dengan bunga yang pelbagai warna. Haziah membuka pili air dan menyiram pokok bunga yang ada.

“Korang dahaga ya, nah minum banyak-banyak. Nanti cepat besar, jadi macam aku.” Ujar Haziah yang masih lagi kusyuk menyiram pokok-pokok bunga.

“Amboi, seronok isteri abang berbual dengan pokok bunga sampai suami pulang pun, takde orang nak sambut.” Perli Mukhriz dari belakang. 10 minit yang lepas, Mukhriz sudah pulang. Di cari merata tempat dimana isterinya, tup tup tercegak kat halaman rumah. Tersengih sendirian Mukhriz melihat isterinya yang ketawa sesekali bercakap dengan bunga.

“Eh, bila abang balik.” Haziah segera mengelap tangganya yang basah di baju lalu menyalami Mukhriz.

“10 minit yang lepas. Seronok abang intai sayang dari belakang. Macam-macam ragam ya isteri abang ni bila duduk sorang-sorang. Dengan bunga pun boleh bercakap.” Mukhriz mengusik isterinya. Haziah menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Alamak! Malunya.

“hehe” Haziah tersengih malu.

“Dah nak Maghrib ni, jom masuk.” Mukhriz menutup pili air lalu kembali berjalan beriringan bersama Haziah. Tangan kanan erat memeluk pinggang isterinya. Romatik sekali.

Mukhriz bersandar di kepala katil sambil tanggannya ligat bermain iPad. Buka buat kerja, main game. Haziah pula sedang seronok menonton drama dalam laptonya disebelah Mukhriz. Sesekali kepalanya dilentokkan diatas bahu Mukhriz.

“Sayang, tengok cerita apa tu?” Mukhriz meletakkan iPad diriba dan menjengah kearah skrn laptop isterinya.

“Thailand.” Jawab Haziah sepatah. Dia hantu drama. Sekali tengok, orang lain kat sebelah tak dihiraukan dah. Kusyuk sangat menghayati. Sesekali air mata menitik kalau tengok cerita sedih. Manja!

“Best ke? Dari tadi duk tercongak kat depan laptop.” Mukhriz bermain-main dengan rambut Haziah yang panjang mengurai.

“Best! Sebab hero dia hensem. Awwww! Cute! Sekali senyum, berbunga-bunga hati ni.” Haziah menutup mulutnya kerana terlalu teruja. Kepala sudah terbayang senyuman manis hero tersebut. Mike D.Angelo! Pelakon Thai yang berjaya menarik minat Haziah. Mike merupakan seorang artis, model dan pelakon di Thailand. Habis semua perihal peribadi Mike, di searchnya. Apa susah, pak cik Google ada.

“Amboi, laki kat sebelah ni tak cukup hensem ke? Seribu kali ganda lebih hensem tau.” Marah Mukhriz dalam keadaan bergurau.

“Eh, ya ke?” Haziah berpaling kekiri mengadap muka Mukhriz. Ditatap lama. Mukhriz buat muka macho.

“Takdelah. Tak hensem sangat pun. Mike hesem lagi” Haziah kembali mengadap laptop diribanya. Badan disandarkan pada bahu kanan Mukhriz.

“tak ea?” Mukhriz mengangkat keningnya.

“Tak” selamba aje Haziah menjawab sekali lagi. Menafikan suaminya hensem.

“Takpe. Tak kisah pun. Hensem ke hodoh ke, yang penting abang dah dapat sayang. Mike tak dapat pun.” Ujar Mukhriz bersahaja. Haziah ketawa mendengar jawapan dari suaminya. Mata masih lagi menatap laptop.

“Dah lewat sayang, tidur cepat. Esok sambung balik tengok cerita tu. Perempuan kena tidur awal tau, jadi awet muda.” Mukhriz meutup iPad di tanggan lalu meletakkan benda tersebut diatas meja. Haziah menurut sahaja kerana mulutnya entah keberapa kali asyik menguap tapi digagahkan mata semata-mata nak tengok drama. Laptop dimatikan dan diletakkan diatas meja solek di sebelah katilnya.

Lampu ditutup dan suhu pendingin hawa dinaikkan. Tidak mahu isterinya terlalu sejuk. Macam biasa, Haziah akan menyalami Mukhriz terlebuh dahulu sebelum tidur. Dahi Haziah dikucup lama. Tubuh sasa disebelahnya dipeluk erat. Mukhriz tidak perlu lagi memeluk patung beruang miliknya seperti zaman bujang dahulu sewaktu hendak tidur. Anak patung beruang telah diganti dengan Haziah. Hahahaha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience