“Ada apa?” mula Mukhriz.
“Aku nak tanya, Haziah pernah terlibat dalam kemalangan ke? “ tanya Fahmi ingin tahu.
“Setahu aku, isteri aku tak pernah terlibat dalam mana-mana kemalangan sejak berkahwin dengan aku, kalau zaman bujang, aku tak tahu.” Jawab Mukhriz jujur.
“Macam ni, sebenarnya hasil daripada keputusan scan, aku dapati ada darah beku di kepala. Mungkin dia pernah jatuh mana-mana?” siasat Fahmi lebih lanjut.
“jatuh?” fikiran Mukhriz tiba-tiba teringat peristiwa Mira yang menolak isterinya dahulu. Setahu aku, kepala Haziah terhantuk dibucu meja.
“Ada. Isteri aku pernah jatuh terhantuk meja sampai pengsan, tapi tak kan jatuh macam tu pun boleh buat isteri aku sakit macam tu skali?” tak, tak mungkin.
“Bro, tak mustahil. Kes macam ni kerap berlaku, isteri kau mengalami pendarahan dalaman. Kat luar kau Nampak okey, tapi dalam kepala dia kau tak tahu. Sebab tu kalau jatuh teruk, doktor nasihat suruh buat scan, takut perkara macam ni terjadi. Iz, kau pun doktor. Jangan buat tak tahu.” Marah Fahmi geram. dia doktor tapi isteri sendiri bila sakit, tak jaga, anggap remeh temeh.
“Fahmi, isteri aku macam mana sekarang?” hati Mukhriz berdebar-debar. Tak! Apa yang aku fikirkan ni tak betul. Tak! Mukhriz seolah-olah tahu apa yang akan dikatakan oleh Fahmi.
“Iz, aku harap kau sabar. Hasil daripada scan, aku tengok darah beku dikepala Haziah semakin besar dan yang lebih mengejutkan lagi, pendarahan tu menyebabkan Haziah mengidap kanser tahap 3, mustahil kalau nak buat operation sebab hasilnya 50-50. Sama ada Haziah terselamat ataupun koma seumur hidup. Ini soal kepala, bukan boleh buat main-main.” Terang Fahmi lagi.
“Kau jangan main-main. Kau gurau je kan? Isteri aku tak pape lah, isteri aku sihat. Luka sikit je. kalau kau tak nak buat pembedahan tu, biar aku yang buat.” Mukhriz tidak boleh menerima kenyataan. Mukanya merah menahan marah.
“Iz, aku tak main-main. Ini soal hidup dan mati isteri kau. Kau boleh tak jangan buat bodoh, aku tak payah nak terang banyak-banyak soal ni, kau tahu semua ni. Kau pun doktor sama macam aku. Kes macam ni sering berlaku kat pesakit kau.” Fahmi cuba untuk sedarkan Mukhriz dari khayalan. Dia juga sedih melihat keadaan raknnya tapi apekan daya, semua ini sudah berlaku.
“Tak, isteri aku okey. Haziah okey. Kau bohong aku” Tengking Mukhriz kuat. Meja dihadapnnya ditumbuk kasar.
“iz! Mukhriz ! Sabar, sabar. Kau tak boleh macam ni. Aku janji aku akan cuba cari jalan keluar. “ bahu Mukhriz digosok perlahan menenangkannya. Air mata jantan Mukhriz keluar menangisi apa yang berlaku pada Haziah. Mira! Aku benci kau!
Pintu wad yang menempatkan Haziah dibuka perlahan. Haziah tersenyum melihat kelibat suaminya. Mukhriz membalas senyuman tersebut. dahi Haziah dicium lama.
“Sayang okey?” Mukhriz mengambil tempat dibirai katil. Tangan kanan memeluk bahu isterinya.
“Abang tak payah risau, Haziah okey. Siap boleh berlari. Kalau berlawan dengan abang, Haziah boleh menang.” Haziah tidak mahu suaminya risau.
“Mengade eh Haziah ni” hidung Haziah ditarik lembut.
“Sakitlah” Haziah melentokkan kepalanya dibahu Mukhriz. Mukhriz menggengam tangan Haziah.
“Sayang, abang nak sayang tahu, abang sayang sangat-sangat Haziah tau. Abang tak boleh hidup tanpa Haziah. Haziah jangan sesekali tinggalkan abang eh?” ucap Mukhriz dengan sebak. Hatinya masih belum terima kenyataan apa yang diberitahu oleh Fahmi tadi.
Haziah memegang muka Mukhriz dengan kedua-dua tapak tangganya. Kelihatan air mata Mukhriz jatuh ke pipi.
Share this novel