BAB 25

Romance Completed 2973

Hampir setiap malam, Haziah akan mengadu sakit kepala. Mukhriz hanya boleh memeluk erat Haziah yang menangis kesakitan menahan sakit dikepala yang menyerang. Bagaikan mahu pecah kepala! setiap malam juga, Mukhriz akan menangis melihat kesakitan yang dialami oleh Haziah. Kalau boleh, mahu sahaja dia menggantikan tempat tersebut. Aku tak sanggup tengok isteri aku derita lagi!

Fahmi menasihatkan agar Haziah menjalani pembedahan tetapi Mukhriz menolak. Keputusan yang akan diperoleh nanti sama ada Berjaya atau koma. Kebanyakkan pesakit yang menjalani pembedahan tersebut akan koma. Oleh itu, Haziah menolak sahaja pembedahan tersebut. dia rela menanggung kesakitan tersebut asalkan Mukhriz sentiasa di sisinya. Dengan umur yang ada, Haziah mahu menghabiskan masa hidupnya dengan suami tercinta.

Di pagi yang hening, Mukhriz mengajak Haziah untuk bersia-siar di taman menghirup udara segar. Haziah duduk diatas kerusi roda yang ditolak oleh Mukhriz. Haziah tersenyum melihat bunga-bunga yang harum mekar mengembang pada waktu pagi.

“Abang tahu tak. Salah satu impian Haziah kan, Haziah nak pergi ke taman yang hanya dipenuhi dengan bunga. Semua bunga sebab Haziah suka tengok bunga. Cantik! Macam-macam warna ada.” Haziah tersengih membayangkan dirinya berada ditengah-tengah taman bunga macam dalam cerita Hindustan. Hahahaha

Mukhriz berhenti menolak kerusi roda lalu menapak kehadapan. Mukhriz melutut mengadap Haziah dan memegang tangan isterinya erat.

“Nanti bila sayang dah sembuh, semakin sihat, abang akan bawa sayang melancong ke Belanda nak? “ ajak Mukhriz.

“Wah, kat sana ada banyak bunga tulip kan? Cantiknya! Nak! Nak!” Haziah sempat berangan berada disana.

“kalau macam tu, sayang kena kuat tau. Fight sakit ni habis-habisan, nanti abang bawak sayang ke sana bila sayang dah sembuh.” Tangan Haziah dicium lembut. Mereka membalas senyuman dengan perasaan kasih sayang yang menebal. Haziah tahu, Mukhriz sengaja mahu menggembirakan hatinya. Dia tahu, dia tidak akan berpeluang kesana. Jangka hayatnya semakin singkat.

Mukhriz mengejutkan Haziah solat subuh dengan penuh berhati-hati.

“Sayang, dah pagi ni. Jom solat Subuh.” tangan kananya mengusap kepala Haziah.

Haziah membuka matanya secara perlahan. Bibirnya menguntum senyuman melihat Mukhriz dihadapannya. Secara perlahan-lahan Haziah bangun dengan bantuan Mukhriz.

Setiap lima waktu, Mukhriz akan solat berjemaah bersama Haziah. Mukhriz juga tidak pernah lupa untuk membacakan ayat suci Al-Quran sewaktu Haziah tidur. Semoga hati isterinya tenang menghadapi ujian-Nya.

Haziah solat secara duduk diatas kerusi roda. Selesai membaca doa, tangan Mukhriz disalam dengan penuh hormat. Dahi dikucup lama.

“Abang sayang Haziah ” ungkap Mukhriz setiap kali selesai solat. Mukhriz mahu Haziah tahu bahawa cintanya tak akan pernah pudar sampai bila-bila walaupun dirinya terpaksa melalui semua ini. Haziah isterinya dunia dan akhirat. Tiada pengganti baginya.

“Haziah pun sama.” Haziah tersenyum.

Pada suatu malam..

“Abang! Kepala Haziah sakit” adu Haziah pada Mukhriz. Kepalanya dipegang erat. Haziah mengerang kesakitan diatas katil. Badannya merengkok menahan sakit. Mukhriz mengambil mencari ubat tahan sakit dan disuakan pada Haziah.

Haziah menolak ubat tersebut. kepalanya sakit! Malam ni sakitnya luar biasa. Mungkin sel kanser sudah semakin aktif menyerang sel kepalanya.

“Sayang, makan ubat ni. Redakan sikit sakit” pujuk Mukhriz lagi.

“Abang, kenapa malam ni sakit ni semakin kuat? Ahhhhh” Haziah menjerit kesakitan. Mukhriz tidak dapat membuat apa-apa selain memeluk isterinya erat. Haziah menangis semahu-mahunya menahan sakit dikepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience