Pada hujung minggu, barulah Haziah dapat meluangkan masa bersama Mukhriz sepenuhnya dari siang sampai malam. Kalau hari kerja, malam ajelah boleh jumpa lepas tu masa sarapan. Selalu aje sibuk! Haziah memerhatikan suaminya yang sedang membasuh kereta diluar rumah melalui tingkap. Senyuman terukir dibibir mengenangkan hubungan dia bersama Mukhriz. Tak sangka kami hanya memerlukan masa beberapa bulan sahaja untuk mengenali dan menerima antara satu sama lain sepenuhnya. Haziah mengambil botol Febreze diatas meja lalu menyembur wangian tersebut di setiap perabot rumahnya.
“Abang, pergi tukar baju cepat. Kotor sofa ni nanti” marah Haziah pada Mukhriz yang selamba aje duduk di atas kerusi walaupun dalam keadaan basah lecun selepas membasuh kereta.
“Ala, kejap je. Abang penat ni. 5 minit je.” Dalih Mukhriz yang menyandarkan kepalanya pada sofa. Penat!
“Nampak tak baju abang tu basah, hapak bau sofa ni.” Haziah menarik tangan Mukhriz supaya bangun. Mukhriz tetap mengeraskan diri duduk diatas sofa. Ish, dah la berat. Haziah mendapat satu idea, Febreze ditanggannya disemburkan pada Mukhriz. Seluruh badan disemburkannya. Mata Mukhriz terus terbuka.
“Sayang! Apa ni? Hey!” Mukhriz cuba mengelakkan diri daripada terus disembur. Memang wangi tapi wangian Febreze bukannya minyak wangi. Mukhriz bingkas bangun mengejar isterinya yang lari. Mereka berkejaran mengejar antara satu sama lain. Sesekali Haziah menjelirkan lidah mengejek Mukhriz. Haziah berlari menuju keluar rumah. Dilihatnya air sabun bekas basuh kereta berada ditepi tayar kereta lantas baldi berisi air tersebut dilemparkan kepada Mukhriz. Dalam masa sesaat, basah lecun sekali lagi baju Mukhriz dengan air sabun.
“Haziah !” teriak Mukhriz geram lalu mengejar Haziah yang masih berlari.
“Kejar lah kalau berani” Haziah terus mengejek suaminya.
“Tengok! Habis basah baju abang.” Mukhriz berhenti mengejar isterinya. Baju yang basah ditunjukkan.
“Basah dengan air sabun aje.wangi!” Haziah ketawa nakal. Mukhriz menerima satu idea nakal. Baldi yang berisi air sabun tadi diisikan dengan air paip. Baldi tersebut diangkat lalu mengejar isterinya yang lari ketakutan. Haziah terus berlari keliling kereta untuk mengelakkan diri daripada disembah air paip.
“Abang, jom rehat kejap. Penat lah!” Haziah kepenatan akibat berlari terlalu lama.
“Okey. Seminit!” Mukhriz berhenti mengejarnya. Haziah menunduk keletihan memegang lututnya yang terasa lenuh.
“Fuhh, penat” Haziah menghebuskan nafas yang kepenatan. Tanpa disedari, Mukhriz berada tepat pada belakangnya. Busshh! Giliran Haziah pula basah lecun dengan air.
“Abang! Main tipu!” Haziah mengetap bibir geram. Rambutnya yang basah disisip kebelakang. Mukhriz terus ketawa terbahak-bahak apabila berjaya mengenakan isterinya. Mukhriz terus menapak kearah Haziah.
“Fair and square!” ujar Mukhriz sambil menjongketkan bahu lantas duduk berbaring diatas rumput dihalaman rumahnya. Haziah turut sama-sama berbaring disebelah Mukhriz. Mereka berpegangan tangan sambil melihat keatas langit. Masing-masing kepenatan. Deruan nafas kuat kedengaran. Akhirnya mereka sama-sama ketawa. Lucu!
Haziah menapak kebilik kerja Mukhriz. Dia bosan sendirian. Suaminya ada macam takde je. Pulang awal pun sama macam pulang lewat. Dinasihatkan pada semua wanita, jangan kahwin dengan doktor. Sibuk! Hahaha
Mukhriz tersenyum setelah melihat isterinya yang masuk ke bilik kerjanya. Bosan lah tu.
“Ya sayang, ada apa?” Tanya Mukhriz cuba berbasa basi. Haziah mengetap bibir.
“Dah tahu, kenapa tanya lagi.” Haziah seakan merajuk. Mukhriz ketawa kecil.
“Mari sini. “ Mukhriz menepuk pehanya menyuruh Haziah untuk duduk di situ. Haziah mengangkat kening.
Share this novel