Ade jugak ke bertunang dalam perut? Alamak! Nak cakap kahwin paksa, tak lah paksa sangat sebab kitorang dah bertunang dalam perut dulu. Tapi macam tulah, tanpa aku sedar, selama 25 tahun ni, aku rupanya dah jadi tunang orang tanpa aku sedari. Mujurlah aku takde pakwe sekarang. Kalau tak, mahu patah hati semua orang nanti.
“err ada ke macam tu mama? Tunang waktu kecik dalam perut. Tak pernah dengar pun. Itu dikira bertunang ke? “ Tanya Mukhriz tidak puas hati.
“ishh kamu ni. Adalah! Orang tua dulu-dulu selalu buat macam tu. Sekarang aje jarang berlaku tapi ada je. “ jawab Puan Salmah.
“jadi mama nak suruh kitorang buat apa sebenarnya?” Tanya Mukhriz lagi.
“Apa guna lah mama hantar belajar luar Negara kalau tu pun tak boleh fikir sendiri Iz oii. Kitorang nak korang berkahwin lah. Nama pun bertunang. Bertunang kan untuk berkahwin akan datang. Mama nak berbesan dengan kawan baik mama ni. Boleh kan sayang?” terang Puan Salmah lagi.
“kahwin? Apa ni ma, macam dalam novel aje. Kahwin paksa” canggah Mukhriz lagi. Haziah hanya diam mendengar. Setuju dengan kau Mukhriz !
“ape yang paksanya? Mama tak paksa. Dah korang memang betul-betul bertunang masa kecil dahulu. Korang tak bantah pun, kira setuju lah tu”
“ishh mama ni. Buat lawak pulak. Tak kan lah Iz nak ketuk perut mama tu dulu kata tak setuju” rengus Mukhriz. Encik Yusoff dan Puan Sarah ketawa mendengar perbualan mereka.
“Mukhriz. Jom ikut aku keluar kejap. Mak, ayah, Uncle Saiful dan Aunty Salmah, kami bincang hal ni kat luar sekejap. Bagi kami masa nak berfikir dalu” Haziah meminta izin mereka semua. Mukhriz hanya mengangguk dan mengikut jejak langkah Haziah yang berjalan meuju ke buaiyan di tepi halaman rumah mereka.
“Mari duduk sini” arah Haziah pada Mukhriz. Mukhriz hanya menurut.
“so, macam mana ni? Keputusan?” Haziah memulakan percakapan.
“Bincanglah dulu, awal betul tanya keputusan” jawab Mukhriz selamba. Ishh, mamat ni. Rengus Haziah dalam hati.
“okay, sekarang apa keputusan kau? Kau nak kahwin dengan aku ke tak? Aku tunang kau ni” Haziah bertanya.
“Aku kalau ikutkan memanglah tak nak tapi dah diorang kata kita dah tunang sejak kecil, jd 50% tak nak tu macam dah kurang lah. Alang-alang aku dah ada tunang, kahwin jela. Aku tak kisah.” Jawab Mukhriz dengan selama lagi.
“Amboi, senangnya jawab” marah Haziah geram.
“Lah, tadi kau tanya pendapat aku. Aku bagitahu lah ni” Mukhriz memerhati ikan dalam kolam kecil dihadapannya.
“kau dah ada girlfriend ke belum?” Tanya Haziah lagi.
“Belum ada yang berkenan, tapi kalau orang berkenan kat aku ramai” Jawab Mukhriz dengan egonya. Angkat ekor sendiri nampak mamat ni!
“Aku pun belum ada boyfriend. Malas lah nak cari sebab bagi aku suatu hari nanti aku pasti jumpa dengan jodoh aku, so tak payah lah nak cari. Jumpanya” jawab Haziah jujur.
“Eh, aku rasa jodoh kau dah muncul lah?” Mukhriz berpaling mengadap Haziah.
“Siapa?” tanya Haziah hairan sambil mengangkat keningnya.
“Aku” Mukhriz mengeluarkan dua ibu jari nya sambil tunduk kepada dirinya sendiri. Haziah blur tidak faham.
“Kalau kau guna konsep redha je macam tu, kira kita setuju ajelah. Aku pun malas nak cari isteri sendiri. Susah! Yang aku dapat selama ni semua nak duit aku. Dah kau jadi tunang aku sekarang ni, eh silap memang sejak dulu kau jadi tunang aku kan so kira on ajelah. Kita setuju jelah. Kata orang pilihan ibu bapa ni berkat. Nak?” terang Mukhriz panjang lebar mengadap muka Haziah lagi. Haziah berfikir sejenak.
Share this novel