“Akak masak? Biar betul?” Hadari membuat muka terkejut. Haziah mencebik.
“Apa? Kau ingat aku tak reti masak? Ini Haziah lah, semua boleh buat.” Haziah mendabik dada.
“Jangan nak perasan boleh tak? Adik nak tumpang tidur kat ruang tamu kejap eh, mengantuk. Bye” ujar Hadari meninggalkan dapur. Malas mahu layan kakaknya yang suka perasan sendiri.
“ish budak ni. Aku hempuk jugak dengan sudip ni nanti” Haziah mencebik dengan perangai adik kembarnya. Dah lali! Eh, jap. Kemana pulak laki aku ni. Tadi cakap nak buka pintu, tetamu dah masuk tapi laki aku pulak dah yang hilang. Tiba-tiba bunyi ketawa lelaki di ruang tamu. Rupanya Mukhriz berbual dengan Hadari diruang tamu. Mungkin untuk mengeratkan lagi hubungan dia bersama adik iparnya itu. Maklumlah, nikah ekspres, tak sempat nak kenal adik ipar walaupun Hadari tu kembar isterinya.
Hadari menginap dirumah Haziah untuk beberapa hari. Saja nak luang masa dengan Haziah katanya. Idea yang bagus juga, tidaklah Haziah keseorangan dirumah siang hari apabila Mukhriz pergi kerja.
Pintu bilik Haziah diketuk. Haziah yang sedang membaca novel di atas katil segera pergi membuka pintu.
“Akak, ada tetamu datang. Perempuan. Dia kata kawan abang long.” Ujar Hadari yang berdiri dihadapan pintu bilik Haziah.
“Siapa ek?” Haziah pergi menemui wanita tersebut. Mereka bersalaman.
“Jemput duduk” wanita tersebut hanya tersenyum.
“Terima kasih” jawab wanita tersebut.
“Ada apa datang sini? Hmm, Mukhriz takde. Dia kerja.” Tanya Haziah lembut. Minah mana pulak datang jumpa laki aku ni. Ishh, husnudzon Haziah ! Mungkin ini kawan lama dia. Kau pun belum kenal kawan suami kau. Omel Haziah dalam hati.
“Takpe. I tahu, I datang sini bukan nak jumpa dia. I nak jumpa bakal madu i.” jawab perempuan tersebut dengan sombong. Serta merta Haziah teringat pada cerita Mukhriz. Mira!
“You Mira kan?” Haziah inginkan kepastian. Takut silap orang.
“Wou, Mukhriz dan cerita pasal I kat you. Well, im Mira. Nice to meet you Haziah a.k.a bakal madu I” kata Mira denga begitu gedik. Naik menyampah Haziah melihatnya. Pakaian dah lah ketat. Mujur Hadari masuk ke dalam bilik. Kalau tidak, dapat dosa free adik aku hari ni.
“Excuse me. What? Bakal madu. Well, for your information, I tak akan sudi terima suami I kahwin dengan you Mira. I lebih rela Mukhriz kahwin dengan perempuan lain yang lebih tahu dan pandai setia pada yang satu, tak pilih harta benda yang suami I ada. Bukan macam you Mira” Jawab Haziah dengan kata-kata yang begitu pedas. Mira mengetap bibir.
“I akan cuba dapatkan Mukhriz daripada you. I kenal dia dulu daripada you.” Ujar Mira bersungguh-sungguh.
“tapi kau kena ingat, kau juga orang pertama tinggal dia dulu daripada aku.” Sekali lagi Haziah melemparkan kata-kata pedas kepada Mira. Nafas Mira turun naik kerana geram.
“Kalau takde apa-apa lagi, kau boleh keluar sebab aku ada banyak kerja nak buat and remember, don’t you ever dreaming to get Mukhriz back because he was already mine.” Haziah berdiri menunjukkan tangan kearah pintu supaya keluar. Mira lantas berdiri dan mngambil handbag di atas kerusi. Mira menapak kearah Haziah.
“He is mine!” kata Mira lalu menolak tubuh Haziah dengan kuat kebelakang. Haziah tidak sempat untuk mengimbangkan diri lalu jatuh kebelakang. Malang tidak berbau, kepala Haziah terus terhantuk dibucu meja. Haziah mengaduh kesakitan. Kepalanya dipegang dengan tangan. Mira tersentak dengan perbuatannya. Aku tak sengaja. Ini bukan salah aku. Mira terus berlari keluar kearah pintu dan meninggalkan rumah Mukhriz.
Hadari yang baru sahaja hendak keluar bersiar-siar melihat keadaan kakaknya.
Share this novel