BAB 24

Romance Completed 2973

“Hey, kenapa ni? Jangan lah nangis, Haziah okey. Haziah Cuma panas kepala kot, tiba-tiba sakit kepala pagi tadi lepas tu hidung berdarah, bukan ke kalau hidung berdarah menandakan orang tu panas? Abang ni kan, risau sangat. Jangan lah fikir bukan-bukan. Haziah ada kat sini.” Pujuk Haziah lembut. Nilah kalau kawin dengan doktor, mudah sangat ingat aku sakit macam-macam.

Air mata semakin lebat keluar dari mata Mukhriz. Sayang, Fahmi cakap abang akan kehilangan sayang. Abang tak nak. Haziah masih belum mengetahui sakit yang dialaminya.. Mukhriz memeluk kemas Haziah dan tidak mahu melepaskannya lagi. Haziah hairan melihat kelakuan suaminya. Pelik semacam aje ni.

“ya Allah, sayang kenapa ni? Kenapa nangis? Ada sakit mana-mana ke? “ tubuh Haziah dipeluk erat. Mukhriz terkejut melihat Haziah menangis teresat-esat sendirian. Mukhriz baru sahaja selesai membeli makanan.

“Haziah dah tahu semuanya” jawab Haziah dengan teresak-esak. Mukanya basah lecun dengan air mata.

“Haziah tahu apa sayang?” Tubuh Haziah masih lagi dalam pelukan Mukhriz.

“Haziah ada kanser tahap 3 kan?” Haziah mendonggakkan kepalanya mengadap Mukhriz.

“Macam mana sayang tahu?” air mata Haziah dikesat dengan jari.

“Tu semua tak penting. Yang penting Haziah akan mati kan?” anak mata Mukhriz direnung.

“Hey, sayang jangan cakap macam ni. Tak, selagi abang hidup, abang akan cuba lakukan apa saje untuk rawat penyakit ni.” Pujuk Mukhriz cuba menenangkan hati isterinya.

“Tak! Mana ada penyakit kanser tahap 3 boleh hidup. Hanya satu dalam seribu dan Haziah bukan lah satu tetapi seribu tersebut.” Haziah mengamuk. Pelukan dileraikan. Muka diraup kasar lalu memeluk lutut sambil menangis. Kenapa aku? Kenapa aku yang kena? Detik hati Haziah.

“Sayang, semua tu tak mustahil kan? Abang janj, abang akan cari jalan keluar. Miracle is everywhere.” Pujuk Mukhriz lagi. Hatinya tidak tahan melihat isterinya menangis lagi. Kalau boleh, dia juga mahu menangis tetapi ditahan. Tak! Aku tak boleh lemah depan Haziah. Aku harus kuat.

“Abang, Haziah ada satu permintaan. Haziah mohon, abang jangan bagitahu kat sapa-sapa pasal ni, termasuk ahli keluarga Haziah. Haziah tak nak diorang risau.” rayu Haziah dengan harapan. Aku tak nak ibu ayah dengan adik bimbang. Ya! Diorang perlu tahu, aku sifat walafiat.

“tak. Abang tak nak terima permintaan tu” tegas Mukhriz. Mana boleh! Ahli keluarga sepatutnya tahu dan menjadi pembakar semangat untuk Haziah.

“Abang please. Ini permintaan terakhir Haziah …” Haziah merayu lagi. Muka Mukhriz dipandang penuh harapan. Mukhriz tidak dapt menahan melihat air mata isterinya terus keluar tanpa henti. Sekali lagi, tubuh Haziah dipeluk kemas.

“Sayang, ini bukan permintaan terakhir. Takde istilah terakhir untuk sayang. Haziah akan hidup bersama abang sampai tua. Haziah tak kan kemana-mana.” Mukhriz memeluk isterinya dengan penuh kasih sayang. Haziah menangis semahu-mahunya dalam pelukan Mukhriz.

Sudah hampir setahun Haziah menghidap penyakit kanser tahap 3. Mukhriz setia menjaga isterinya seorang diri. Seperti yang dijanjikan, hanya mereka berdua yang mengetahui rahsia ini. Mukhriz terpaksa menerima permintaan isterinya itu. Haziah sudah dapat menerima kenyataan dengan penyakit yang dialaminya. Dia redha kalau ini telah ditakdirkan untuknya.

Sebulan sekali, Haziah terpaksa membuat kimoterapi untuk membunuh sel-sel kanser. Sakit tidak terkata sewaktu menjalani rawatan tersebut. Ada kalanya Haziah mahu berputus asa dengan rawatan ini. Bagaikan beribu-ribu paku dimasukkan kedalam kepala. Sakit!

Rambutnya juga semakin nipis akibat daripada rawatan itu. Setiap hari, Mukhriz akan menyisir rambut Haziah. Mukhriz tidak mengizinkan isterinya menyisir rambut sendiri, biar dia yang melakukannya. Salah satu sebab mengapa Mukhriz melarang adalah disebabkan rambut yang gugur tersebut. sekali sisir, segenggam rambut panjang isterinya akan gugur. Mukhriz akan cuba untuk menyembunyikan rambut gugur yang terlekat di penyikat rambut setiap kali selesai menyisir rambut isterinya. Haziah tahu, Mukhriz tidak mahu dirinya sedih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience