“Alahai, bosannya duduk sorang” Haziah mengeluh kuat. Dia selalu ditinggalkan pada waktu malam kerana Mukhriz sering kali ada “emergency” di hospitalnya. Nasib kau lah Haziah dapat suami doktor. Pesakit diutamakan daripada isteri kat rumah. Laptop dihadapannya ditatap. Boleh dikatakan semua video sudah di tonton. Bosan! Tak tahu nak buat apa. Dia menutup laptop lalu menutup lampu, bersedia untuk tidur. Direbahkan badannya ke atas sofa. Malam tersebut giliran Haziah tidur atas sofa. Sampai bila lah nak macam ni. Keluh Haziah.
Tepat pada pukul 3 pagi, Mukhriz pulang ke rumah. Pintu dibuka dengan perlahan mengelakkan isterinya terjaga. Dilihatnya sekujur tubuh sedang lena tidur diatas sofa. Kakinya berjalan menuju kearah tubuh tersebut. Mukhriz tersenyum melihat isterinya yang sedang lena tidur. Selimut yang hanya pada paras kaki di naikkan pada paras dada. Tanggannya mengalihkan rambut isterinya yang terurai menutupi matanya. Cantik! Desis Mukhriz dalam hati. Tanpa sedari, Mukhriz mengucup dahi Haziah. Aku janji, aku tak kan tinggalkan kau. Aku janji akan jaga kau seumur hidup aku. Mukhriz terus menuju kebilik air untuk mandi. Haziah masih lagi terlena dibuai mimpi.
Malam seterusnya, Mukhriz pulang awal dari kerja. Tiada pesakit yang dalam kecemasan katanya. Haziah sedang kusyuk menonton televisyen seorang diri. Mukhriz pula sedang tidur dibiliknya. Penat! Cerita kegemarannya akan di tayang sekejap lagi tapi Mukhriz dah tidur, siapa nak teman aku? Alamak! Nak tengok! Tapi takut! Haziah segera masuk kebiliknya menuju kearah Mukhriz yang sedang tidur di atas sofa.
“Iz.. bangunlah..” kejut Haziah pada suaminya. Mukhriz masih lagi lena.
“Iz.. bangunlah. Jom temankan aku tengok tv.” Kejut Haziah sekali lagi.
“Nak apa? Aku penat lah, nak tidur” ujar Mukhriz dalam keadaan mamai. Haziah menggigit bibirnya tanda protes.
“Kau selalu balik lambat. Tinggal aku sorang-sorang kat rumah. Hari ni kau balik awal pun sama jugak macam aku duduk sorang-sorang. Kesian aku.” Rajuk Haziah. Mukhriz yang mendengarnya membuka mata perlahan. Alahai, kesian pulak aku dengar. Betul juga apa yang dikatanya, aku selalu tinggal dia sorang.
“alahai, berdrama pulak kau malam ni” Mukhriz bangun dari tidurnya.
“Mana ada. Aku cakap betul apa. Tak nak teman sudah” Haziah bangkit dari tempat duduknya untuk ke ruang tamu meninggalkan Mukhriz. Mukhriz sempat menarik tangan Haziah.
“Sabar jap, aku basuh muka” Mukhriz bingkas bangun daripsda katil. Haziah tersenyum mendengar kata-kata tersebut. Yaaayyyy! Dapat tengok cerita hantu.
Mukhriz melangkah ke dapur untuk mengambik snek dan kacang. Boleh makan waktu tengok cerita nanti. Haziah hanya membuntutinya dibelakang sambil memegang hujung baju suaminya.
“Ni dah kenapa pegang baju aku?” Tanya Mukhriz yang pelik dengan kelakuan isterinya.
“err, aku takut.” Jawab Haziah takut-takut.
“Kau nak takut apa? Rumah aku takde hantulah” Mukhriz memandang muka isterinya dengan wajah yang tidak mengerti.
“sebab nanti aku nak kau temankan aku tengok cerita Kuntilanak” Haziah hanya tersengih macam kerang busuk.
“Ceh, nak tengok cerita hantu tapi penakut” perli Mukhriz lalu pergi ke ruang tamu. Sekali lagi Haziah memegang hujung baju suaminya dan ikut sahaja kemana suaminya pergi.
“Cerita dah start. Diam” Mukhriz menemani isterinya menonton cerita hantu kegemaran isterinya. Mulutnya penuh dengan kacang. Sambil tonton sambil makan. Haziah berpaling melihat Mukhriz yang lebih tertarik dengan kacangnya berbanding cerita.
“Apa tengok-tengok? Tak pernah tengok orang makan kacang?” ujar Mukhriz yang tidak mempedulikan jelingan isterinya. Sesekali Haziah menjerit ketakutan apabila Kuntilanak muncul dihadapan skrin. Bantal ditanggannya dipegang erat sebagai perisai apabila hantu muncul.
“Penakut” ujar Mukhriz sepatah memerli isterinya.
Share this novel