BAB 8

Romance Completed 2973

Setelah selesai, mereka ke kaunter bayaran. Beratur panjang! Maklum sahaja lah, awal bulan. Semua sibuk mencari barang keperluan dan kehendak. Sewaktu mereka menunggu giliran, ada seorang gadis yang beratur dibelakang mereka. Masih muda dan yang paling penting seksi! Memakain skirt paras lutut. Tergedik-gedik tersenyum kearah Mukhriz yang sesekali memandang kebelakang. Gatal! Tiba-tiba sahaja, salah satu barang gadis tersebut jatuh di tepi kaki Mukhriz. Tanpa berlengah Mukhriz terus melutut dan mengambil barang tersebut lalu diserahkan pada gadis itu.

“Terima kasih. Hmm, nama you?” ucap wanita tersebut ketika mengambil barang ditangan Mukhriz. Sempat lagi tersentuh kulit. Haziah yang melihatnya hampir berbulu mata.

“Sama-sama. Pangil Iz je.” Jawab Mukhriz yang sama-sama melayan. Galak pula mereka berborak sewaktu menunggu giliran. Lambat pulak menunggu masa nak bayar. Kenapa lah hari ni jugak nak ramai orang. Bentak Haziah dalam hati geram. Mukhriz pun satu, bini dah ada kat tepi sempat lagi rancak bertukar cerita, aku dihiraukan. Maybe bertukar nombor telefon skali. Bukan boleh kira sangat! Bukannya nak perkenalkan sama. Dasar lelaki, patang tengok perempuan.

Setelah selesai membuat pembayaran, Mukhriz mengjinjing plastik barang-barang yang dibelinya sebentar tadi. Haziah tidak lagi berjalan beriringan bersama suaminya. Haziah sengaja berjalan laju meninggalkan sumainya dibelakang. Benci mengingatkan kejadian semasa beratur tadi. Haziah terus masuk kedalam kereta selepas butang hujau di kunci ditekan. Dibiarkan saja suaminya seorang diri meletakkan barang-barang didalam bonet kereta.

“Kenapa ni? Penat?” Tanya Mukhriz sewaktu memakai tali pinggang keledar. Enjin kereta dihidupkan.

“Takde apa, saja. Badmood!” jawab Haziah acuh tak acuh lalu menyandar pada kerusi. Mukhriz memandu kereta dengan perlahan dan mengambil laluan kiri.

“Haziah. Cakaplah. Kenapa ni? Aku ada buat salah apa-apa ke? “ Mukhriz menyedari perubahan drastik isterinya itu. Dilihatnya muka Haziah yang masam mencuka.

“Dah tahu, Tanya lagi” Haziah memejamkan matanya tanda tidak mahu menjawab semua soalan suaminya. Mukhriz mengapai tangan kanan isterinya lalu mengengamnya. Haziah terus membuka matanya terkejut.

“Sorry. Aku betul-betul tak tahu apa salah aku. Cuba cakap. Tak boleh berdiam diri macam ni, sampai bila-bila aku tak tahu mana silap aku.” Nasihat Mukhriz dengan senyuman. Tangan Haziah masih digenggam. Haziah menarik nafas dengan dalam lalu menjawab.

“Aku tak suka tengok kau rancak sangat berbual dengan perempuan tadi. Nampak sangat kelakuan dia tadi tu nak goda kau, tergedik situ sini. Kawal ayu konon. Pastu tiba-tiba pulak barang dia boleh jatuh, apa? Ingat bakul tu bocor ke?” Haziah berterus-terang. Mukhriz yang mendengarnya ketawa.

“Kau jealous ea?” tnya Mukhriz dengan senyuman lebar. Haziah merengus kasar.

“Orang terus-terang dia main-main pulak. Sudah lah” lalu melarikan tangganya dari genggaman Mukhriz. Haziah memandang ke kiri. Mukhriz ditepi tidak diendahkan.

“Okey-okey. Aku minta maaf. Aku just berbual kosong je dengan dia. Saja hilangkan kebosan waktu beratur tadi. Takde niat nak kenal nak buat kawan pun. Just bercakap dengan stranger untuk seketika, and then okey bye. Camtu je.” Jawab Mukhriz dengan kelakuan dia tadi.

“Bosan? Isteri kat tepi tu apa? Tunggul kayu? Tiang? Tak reti nak bercakap?” jawab Haziah kasar. Wou, ini dah betul-betul marah. Mukhriz menghentikan keretanya dibahu jalan. Haziah masih dalam keadaan marah. Mukhriz memalingkan badan mengadap isterinya yang sedang melihat keluar tingkap.

“Haziah, hey, look at me here.” Mukhriz memegang bahu Haziah lalu memalingkan badan isterinya supaya mengadapnya.

“Seriously, I’m so sorry. Aku tak tahu aku dah buat kau marah. Betul aku cakap, aku takde niat nak sakitkan hati kau. Aku ingatkan kejadiaan tadi biasa-biasa je sebab aku takde perasaan apa-apa pun kat dia, aku cuma berbual kosong. Saja melayan stranger. Dan yang paling penting aku takde niat nak menduakan isteri aku. Aku sayang kau sorang je Haziah. Aku janji lepas ni aku tak kan buat macam ni lagi. Sorry, my mistake.” Pujuk Mukhriz jujur. Haziah merasakan ada air mata yang menitis di pipinya. Terharu! Mukhriz mengesat air mata tersebut lalu memeluknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience