BAB 1

Romance Completed 2973

“Hadari ! Pergi kejutkan kakak kau dalam bilik tu. Haish, matahari dah naik atas kepala pun membuta lagi. Disuruhnya kerja tak nak, memilih sangat.” Jerit Puan Sarah pada anak bongsu kesayangannya itu.

Puan Sarah berkahwin dengan lelaki pilihannya bernama Encik Yusoff. Sudah hampir 30 tahun mereka hidup bersama. Alhamdulillah moga-moga sampai akhir hayat. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata yang kembar. Kembar tak seiras kerana berlainan jantina yang bernama Muhammad Hadari bin Yusoff dan Haziah Rania bt Yusoff. Kedua-duanya berumur 25 tahun. Mereka sama-sama telah melanjutkan pengajian mereka di UniKL Perak dan telah menggenggam segulung ijazah sebulan yang lepas. Kini, mereka berdua bersama-sama tengah sibuk “tanam anggur” di rumah.

“Alah, kakak selalu macam tu, menyusahkan orang betul lah” Hadari merengus lalu bangkit dari sofa. Dia pun sama juga sebenarnya, memang bangun awal tapi semata-mata untuk bermain games di handphonenya. Zaman dah majulah katakan. Pagi bangun cari phone, sebelum tidur pun cari phone. Senang cakap, kalau takde phone tak boleh hidup lah. Ehh betul ke?

Hadari berjalan malas menuju kebilik kakaknya lalu mengetuk pintu dengan kuat.

“kakak! Bangunlah! Tolong mak kat dapur.” Laung Hadari dihadapan pintu.

Haziah yang terjaga dari tidurnya hanya menjawab lemah.

“Ya, kakak bangunlah ni” jawab Haziah lalu bangun dari katil menuju ke bilik air untuk mandi. Terhuyung-hayang macam orang mabuk kerana masih mamai. Lalu Hadari beredar dari bilik kakaknya dan menyambung mengadap handphone.

Setelah selesai bersiap, Haziah menapakkan kaki ke dapur. Satu idea nakal timbul dikepalanya. Haziah terjengket-jengket menuju ke dapur supaya tidak didengari oleh ibunya yang kusyuk menjahit baju. Hobi Puan Sarah pada waktu lapang. Puan Sarah masih tidak menyedari kehadiran Haziah dibelakang. Satu. Dua, tiga!

“Ahhh! Anak aku jatuh, hilang kena diambik tarzan” latah Puan Sarah. Habis jarum dan benang jatuh. Haziah ketawa berdekah-dekah melihat telatah ibunya. Lucu sekali. Setelah berlatah, Puan Sarah kembali keadaan asal dan melihat dengan geram telatah anaknya lalu mengetuk kepala anaknya dengan penumbuk tanggan.

“Ishh, anak bertuah! Mujurlah aku takde penyakit jantung, kalau tak, dah lama aku jadi arwah sebab anak sendiri” Puan Sarah merenung anaknya dengan geram.

“Ape ni mak. Sakitlah. Tak baik tau main kepala.” Rajuk Haziah dalam gurau sambil menggosokkan kepalanya. Puan Sarah tidak mempedulikan kerenah anaknya itu.

“Mak, lapar lah. Mak masak apa untuk sarapan pagi ni?” Tanya Shazlina memegang perutnya.

“Haa, kau pukul 10 pagi baru terjegak kat dapur cari makanan. Tahu pun lapar” marah Puan Sarah. Mata masih lagi kusyuk menjahit baju.

“Alah mak. Bukan selalu pun. Kat rumah je dapat buat macam ni. Kat Kolej tak boleh sarapan sebab sarapan dah habis. Makanan tengahari je jual sebab Shaz lambat bangun dan turun makan” jawab Haziah dengan selamba.

“Apa nak jadi dengan anak aku ni. Kena bagi laki barulah nak berubah ni. Tu ade bawah salji mak masakkan nasi goreng. Pergi makan” arah Puan Sarah.

Haziah bersama ibunya memang selalu macam tu, kalau bergurau semuanya kasar-kasar. Macam bergurau dengan kawan lagaknya. Tetapi Haziah tahu, ibunya hanya bergurau. Tidak betul-betul dimaksudkan. Begitu juga dengan dia.

“Shaz, petang nanti jangan pergi mana-mana. Ada tetamu nak datang” pesan Puan Sarah pada anakknya yang sedang kusyuk menikmati sarapan.

“Sape mak?”Tanya Haziah hairan.

“Kawan mak. Kawan baik mak masa sekolah menengah dulu. Suami dia, kawan baik abah kamu jugak. Kiranya kitorang berempat ni kawan baik masa sekolah menengah dulu” cerita Puan Sarah secara ringkas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience