BAB 4

Romance Completed 2973

“Okay. Aku setuju! Tapi dengan satu syarat.” Jawab Haziah selepas 30 saat diam.

“Apa dia?” Mukhriz mengangkat keningnya.

“Kita jadi kawan dulu. Aku tak kenal kau, kau tak kenal aku. So, berkawan lah dulu untuk saling mengenali even lepas kita kahwin pun.boleh?” Haziah menerangkan syaratnya.

“Okey, no problem. Kawan?” Mukhriz menhulurkan tangan sebagai tanda perkenalan.

“Kawan” Haziah menyambut salam perkenalan tersebut.

“Nama aku Fakree Mukhriz. Kau panggil aku Iz je” sambung Mukhriz lagi.

“Nama aku Haziah Rania. Panggil aku Haziah.” Jawab Haziah dengan senyuman.

Mereka hanya bersetuju denga cadangan orang tua mereka memandangkan mereka dah bertunang sejak kecil lagi dan semuanya belum mempunyai teman istimewa. Mereka sama-sama bersetuju untuk menjadi kawan baik walaupaun taraf mereka sebagai suami isteri nanti. Bagi mereka, berkenalan dahulu baru bercinta. Simple! Mereka bangun dari buaiyan lalu menuju ke ruang tamu dimana orang tua mereka berada untuk memberitahu jawapannya.

Haziah duduk termenung di atas buaiyan pada waktu malam tersebut. Hmm betul ke keputusan aku ni? Secara mendadak je. Banyak keluhan dilepaskan. Hadari melihat kakaknya termenung di luar lalu melangkahkan kakinya ke sana juga. Haziah tidak menyedari kehadiran adiknya kerana terlalu kusyuk dengan termenung.

“haa!” sergah Hadari denggn dua tapak tangganya ke belakang bahu Haziah.

“Maaaaakkkkk!” Haziah melatah lalu terjatuh dari buaiyan. Hadari yang melihatnya terus kuat ketawakan kakaknya tanpa henti. Haziah menggosok pinggangnya.

“Aduh, sakitlah bongok.” Satu tumbukan dikenakan pada bahu Hadari. Hadari masih lagi dalam sisa tawanya.

“habis tu, dari tadi Syah tercegat kat sini, tetap jugak akak tengok kat rumput tu. Hai kak, termenung sebab tak sabar nak kahwin ke?” usik Hadari lalu melabuhkan punggung di tepi Haziah lalu mengayunkan buai dengan kaki dengan perlahan.

“ehh macam mana kau tahu? Bukan ke kau baru balik ?” Tanya Haziah pelik. Sejak tengahari tadi Hadari keluar mencari kerja yang sesuai dengan kursus yang dipelajari di UniKL dulu.

“alah kak, Syah dah tahu lama pasal ni. Mak dah pernah cerita.” Jawab Hadari jujur. Haziah terkejut mendengarnya. Automatik berpaling mengadap adiknya.

“jadi selama ni kau dah tahu? Sejak dulu lagi? Hampeh punya adik, kenapa tak bagitahu aku?” satu cubitan dihadiahkan di perut Hadari.

“arghx, sakitlah. Bukan tak nak bagitahu, mak tak kasi bagitahu.” Hadari menggosok bekas cubitan kakaknya. Perghx! Bisa macam ketam.

“Adik, kau rasa betul tak apa yang aku buat ni? Kau rasa nanti aku bahagia tak?” Tanya Haziah jujur.

“Entahlah, tapi orang cakap cari keredhaan ibu bapa dulu pastu barulah hidup bahagia. Nampak gaya nanti, kau akan jadi menantu kesayangan lah kakak oi.” Jawab Hadari dengan jujur.

“Jadi kau pun setuju lah ni aku kahwin dengan Mukhriz ?” Tanya Haziah lagi.

“Kalau akak setuju, Syah setuju, kalau akak bahagia, Syah turut bahagia.” Jawab Hadari dengan nada seperti berpunjangga.

“Ceh, sayang jugak eh kau kat aku dik” usik Haziah dengan menyindir.

“Siapa tak sayang kembar kakak oi” balas Hadari lagi. Tangan kanannya diletakkan ke atas bahu Haziah lalu memeluknya dari tepi.

Tiga bulan kemudian…

Seperti yang dirancang oleh orang tua mereka, hari ini merupakan tarikh keramat buat Haziah dan Mukhriz. Kedua-duanya telah selamat di ijabkabulkan dengan sekali lafaz. Hubungan Haziah dan Mukhriz bertambah erat tetapi sebagai kawan rapat. Banyak perkara lagi yang belum mereka fahami antara satu sama lain. Kenduri tersebut diadakan besar-besaran di dewan Hotel Indah. Maklumlah Puan Salmah dan Encik Yusoff ada pangkat Dato’ dan Datin. Lebih-lebih lagi Mukhriz merupakan anak tunggalnya. Semestinya mereka mahukan the wedding of the year. Haziah berasa begitu kekok dengan para tetamu yang hadir yang sama pangkat dengan mertuanya. Ahli keluarga kedua-dua belah pihak menginap di Hotel Indah. Encik Saiful menaja semuanya. Bilik pengantin juga semestinya dihias di bilik Hotel juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience