“Mari ajelah. Tak patah kaki abang setakat badan cekeding macam tu” gurau Mukhriz lagi. Haziah hanya menurut. Kalau patah, padam muka. Aku tak tanggung. Mukhriz terus memeluk Haziah dari belakang setelah Haziah duduk di atas ribanya.
“Bosan?” Tanya Mukhriz yang memandang wajah isterinya dengan penuh kasih sayang.
“Abang ni kan, asyik busy je. kerja lebih penting dari isteri.” Haziah memuncungkan mulutnya tanda protes.
“ishh, abang ikat muncung ni baru tau” acah Mukhriz. Haziah menyilangkan tangannya ke dada tanda masih lagi dalam protes.
“Abang sayang kerja abang, tapi isteri abang ni, laaaagi abang sayang. Dua-dua tanggungjawab abang. Jangan cakap macam tu lagi tau, Haziah kena ingat suami ada banyak tanggungjawab lain selain isteri. Jadi doktor ni pun tanggungjawab abang tau, fardu kifayah. Abang wajib laksanakan. “ nasihat Mukhriz pada isterinya sambil bermain dengan rambut Haziah yang panjang.
“Esok kita pergi picnic nak? Kita main air terjun. Abang janji, esok abang akan beri sepenuh perhatian pada Haziah sorang aje. Lupakan kerja untuk satu hari! Abang janji” tangan diangkat ke kanan tanda ikrar. Haziah tersenyum lebar. Jari kelinking di hulur kepada suaminya tanda janji. Mukhriz menyambut janji tersebut. janji!
“Lain kali, kalau tak nak bosan duk sorang-sorang, cepat lah suruh “ni” temankan” Mukhriz menggosok perut Haziah. Mulut Haziah terbuka luas.
“Eee, gatal” muka Mukhriz ditekup dengan tangan. Semakin galak Mukhriz ketawa mengenakan isterinya.
“I love you” ucap Mukhriz yang mendongak sedikit keatas melihat wajah isterinya yang berada dia atas pehanya. Haziah meletakkan tanggannya ke atas bahu Mukhriz.
“Love you more” balas Haziah denga senyuman yang sangat ikhlas. Mereka sama-sama membalas senyuman dengan perasaan sayang yang tak dapat ungkapkan dengan kata-kata.
Ting tong!
Loceng rumah kedengaran menandakan ada tetamu datang. Haziah berada didapur menyiapkan makanan tengahari. Mukhriz juga berada didapur menolong isterinya memasak. Hanya pada hari minggu Mukhriz dapat meluangkan masa sepenuhnya bersama isteri. Oleh itu, masa yang berlalu tidak akan di sia-siakan. Tak nak berpisah walau satu saat. Konon! Haha
Mereka berpandangan antara satu sama lain. Siapa?
“Abang pergi buka pintu” ujar Mukhriz seraya meninggalkan dapur untuk melihat siapakah gerangan yang datang.
“Assalamualaikum my twin” kedengaran suara yang amat dirindui oleh Haziah. Pantas Haziah berpaling ke belakang. Terus berlari memeluk Hadari dengan erat.
“Adik! Akak rindu kau” ujar Haziah yang masih dalam pelukan adiknya.
“Ingatkan dah lupa adik. Maklumlah dah kahwin.” perli Hadari. Haziah melepaskan pelukan. Kepala Hadari ditunjal dengan jari telunjuk.
“Kau ni kan, bukannya nak balas rindu aku. Semakin perli.” Marah Haziah geram. Hadari ketawa jahat.
“Akak dah kahwin pun perangai belum berubah. Asyik nak marah je.” jawab Hadari mendepakan tangan memeluk kakaknya sekali lagi.
“Sebab adik rindu akak lah, adik datang sini. Akak apa khabar? Bosan tau takde kau kat rumah. Takde sape nak gaduh dengan adik.” Hadari melepaskan rindu. Dulu, masanya dihabiskan bersama kakak kembarnya. Kemana-mana berdua. Nama pun kembar, memang susah nak berpisah walaupun 5 minit.
“ceh, kau datang sini nak gaduh dengan aku jelah?”
“Mungkin” Hadari menjongketkan bahu.
“kau pergi rehat dulu, tengok tv atau main games kat phone kau, akak nak sambung masak. Nanti lepas siap, akak panggil.” Arah Haziah yang ingin menyambung semula runtin hariannya.
Share this novel