“Haziah. Kau jangan bimbang, aku takde perasaan langsung kat perempuan tu walaupun sebesar zarah. Aku sayang kau je sekarang ni. You are my wife. My only wife, my soul.” Dengan bersunguh-sunguh Mukhriz menerangkan segalanya. Dirinya kini menyayangi Haziah seorang sahaja. Mira hanya masa silam. Haziah merasai bahunya basah. Rupanya Mukhriz menangis sewaktu memujuknya. Haziah berpaling mengadap muka Mukhriz. Mata Mukhriz merah akibat menangis. Haziah menyeka sisa air mata di pipi Mukhriz lalu tersenyum.
“Takpe. Kau tak perlu rasa bersalah. Itu kisah silam kau. Kisah masa depan kau sekarang bersama aku. Aku percayakan kau. Kau boleh bahagiakan aku. Aku pun sayang kat kau. Kau suami aku. Aku akan sentiasa menyokong kau.” Ucap Haziah ikhlas dengan sepenuh hati. Aku tak boleh salahkan Mukhriz, ini bukan salah dia. Salah Mira. Kalau aku jumpa kau mIra, siap aku kerjakan. Sebab kau suami aku menanangis dan sebaba kau jugak aku kena marah. Tapi kalau difikirkan balik, kalau Mira tak tinggalkan Mukhriz dahulu, dirinya tidak akan menjadi isteri Mukhriz sekearang. Betul orang kata, setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya.
“Thanks. Aku sayang kau sangat-sangat” sekali lagi Mukhriz memeluk erat Haziah. Dia bersyukur kerana mempunyai isteri sebaik Haziah yang menyayangi dan menerima dirinya seadanya. Tidak pernah membantah kata-katanya. Aku bersyukur ya Allah. Haziah turut membalas pelukan tersebut.
Haziah menerima satu mesej daripada suaminya.
“Lepas Maghrib jangan sesekali keluar daripada bilik. Tunggu sampai abang balik, bahaya! Kunci pintu bilik. Abang janji abang akan pulang awal.”
Haziah hairan membaca mesej tersebut, bagaikan sesuatu yang bahaya akan terjadi. Haziah cuba untuk menghubungi suamiya tetapi tidak dapat. Hati Haziah resah sekali. Selamatkan lah suami aku, jangan ada apa-apa yang menimpa atas dirinya. Doa Haziah dalam hati. Haziah angkur dengan perintah suaminya. Selepas Maghrib, dia mengurungkan diri di dalam bilik. Tidak berani untuk keluar walaupun sesaat. Haziah juga tidak putus-putus berdoa agar diselamatkan segalanya kerana Mukhriz tidak membalas walau satu pun mesej yang dihantar sejak siang tadi.
Nada dering Sorry berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Segera ditekan punat hijau setelah melihat nama suaminya tertera di skrin handphonenya.
“Hello Iz. Kau okey? Kau kat mana? Aku risau tau. Apa yang berlaku sebenarnya?” Tanya Haziah risau.
“Aku okey. Jangan risau. sekarang, kau ikut apa yang aku suruh.” Jawab Mukhriz dengan tenang. Semakin bertambah hairan dengan sikap suaminya.
“Kau nak suruh aku buat apa?” Tanya Haziah hairan.
“Kau pergi kat almari pakaian, kau bukak pintu tu cepat.” Arah Mukhriz. Haziah hanya menurut. Kakinya bergerak menuju ke almari pakaian mereka berdua. Pintu almari dibuka perlahan. Mana tahu kalau tiba-tiba ada manusia kat dalam atau bom, boleh kena histeria aku.
“Iz, apa ni?” Haziah menutup mulutnya keran terkejut. Alangkah terkejut dirinya apabila melihat sepasang gaun labuh yang begitu cantik sekali. Memang nampak simple tetapi begitu indah apabila dipandang. Gaun tersebut berwarna biru muda, dihiasi sedikit manik di tengah baju dan di dada tetapi, ada satu yang Haziah tidak berkenan. Gaun tersebut terlalu seksi. Tanpa lengan! Hanya tali halus! Gila!
“Kau ambik baju tu. Kau pakai, lepas kau dah siap, kau mesej aku.” Arah Mukhriz lagi.
“Kau gila? Kau nak suruh aku pakai baju ni? Kau nak ajak aku pergi mana? Apa rancangan kau ni? Macam mana aku nak pakai tudung dengan baju ni?” bertalu-talu soalan dilepaskan. Betul lah! Tiba-tiba suruh aku pakai baju macam tu. Tak pernah berangan pun nak pakai seumur hidup ni.
“Ish, kau ni banyak soal lah. Aku cakap pakai, pakai jela. Aku tak ajak kau keluar pergi mana pun. Dalam rumah aje. Nak malu apa, aku sorang je kat rumah ni. Suami kau jugak.” Jawab Mukhriz bengang. Banyak soal betul lah bini aku ni. Ikut ajelah!
“setakat duk rumah, buat apa aku pakai baju ni?” dalih Haziah lagi. Sebenarnya dia juga malu untuk berpakaian sedemikian walaupun dihadapan suaminya.
Share this novel