BAB 9

Romance Completed 2973

“Please… I’m sorry.” Sekali lagi Mukhriz meminta maaf. Haziah menangis dibahu suaminya. Dia tidak tahu kenapa mudah sangat dia melenting disebabkan perkara remeh temeh macam ni. Nak datang bulan kot! Haziah meleraikan pelukan lalu memandang tepat pada mata Mukhriz.

“Sorry sebab tenking kau tadi. Aku tak sengaje” ujar Haziah kesal Mukhriz hanya tersenyum dengan memegang pipi isterinya.

“It’s okay. Friend back?” Mukhriz menghulurkan tangan sebagai tanda berkawan semula.

“No. love back” ujar Haziah tanpa segan. Mukhriz tersenyum lebar mendengar kata-kata tersebut. Sedikit demi sedikit rasa cinta kini timbul diantara satu sama lain.

“Nak aku tolong tak?” Mukhriz meletakkan semua barang-barang yang dibelinya tadi di dapur.

“Tak payah. Biar aku buat semua ni. Ini kerja perempuan. Kau pergi buat kerja lain, nanti lepas makanan siap, aku panggil.” Arah Haziah sambil tanggannya ligat mengeluarkan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak. Tanpa banyak soal, Mukhriz akur meninggalkan dapur dan menuju ke bilik kerjanya untuk menyiapkan segala kerja yang tertangguh. Opss! Untuk pengetahuan semua, Mukhriz bekerja sebagai seorang doktor di Hospital Speacialist Indah di Kuala Lumpur. Mukhriz menyambung pengajian di Dubling, Ireland dalam bidang medical selepas SPM dahulu.

Haziah gigih memasak untuk pertama kali dia menjadi isteri orang. Takut tak sedap sebab selama ini, jarang dia berada di dapur untuk menolong ibunya memasak. Tetapi jangan salah sangka, Haziah juga mahir memasak tetapi malas lebih menguasai diri. Dia hanya memasak apabila dia ingin memakan sesuatu apabila ibunya tidak mahu memasak untuknya. Kemahiran memasak diperolehi daripada ayanhya yang memang mahir memasak kerana merupakan seorang tukang masak di sebuah Restoran. Ibu dan ayah dah mahir memasak, buat apa aku sibuk masak lagi. Hehe

Makanan dihidang dengan rapi diatas meja makan. Setelah semuanya selesai, Haziah mengetuk pintu bilik kerja suaminya.

“Iz, makanan dah siap. Jom makan.” Laung Haziah dari luar pintu. Tanpa menunggu lama, Mukhriz terus membuka pintu.

“Jom” tangan kananya diletakkan diatas bahu Haziah lalu mengheretnya ke meja makan. Sekali lagi Haziah terkedu dengan tindakan suaminya. Haziah hanya menurut sahaja.

“Sorry kalau aku masak tak sedap, aku tak reti tapi aku janji, aku akan usaha untuk baiki cara masakan aku. Aku belajar dengan ibu nanti.” Ujar Haziah bersungguh. Itulah, dulu malas sangat tolong ibu kat dapur, sekarang aku sendiri yang susah. Padam muka!

“Takpe, ni kira okay lah. Aku makan aje apa yang kau masak, asalkan aku tak keracunan makanan sudah” jawab Mukhriz jujur. Isteri aku masak penat-penat, takkan aku nak kata tak sedap, makan ajelah tapi kira okay lah. Better daripada sesetengah kedai.

“kalau kau keracunan pun, apa susah. Kau kan doktor, ubat jela diri sendiri.” Jawab Haziah selamba. Sekali sekala ubatkan diri sendiri, apa salahnya kan? Haha

“Kalau aku sakit, siapa nak rawat pesakit aku?” Mukhriz masih lagi kusyuk menikmati masakan isterinya. Boleh tahan sedap.

“Ala, doktor lain kan ada.” Jawab Haziah lagi. Mukhriz menjeling iserinya yang asyik nak menang aje. Dipijak kaki Haziah dibawah meja.

“Aduh! Sakitlah. Apa main pijak-pijak ni?” marah Haziah. Ishh, main kasar Nampak. Mukhriz tidak memperdulikan marah isterinya. Alah, pijak slow je.

“Burrrpppp! Alhamdulillah. Kenyang!” Mukhriz sedawa kuat.

“Thanks. Lain kali masak macam ni lagi tau. Eh silap, bukan lain kali. Setiap hari, masak macam ni eh.” Ucap Mukhriz lalu beredar meninggalkan meja makan. Haziah melihat Mukhriz dengan lirikan mata. Geram!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience