Sorry sebab dah lama diam..and sorry jugak sbb bab 14 sebelum ni teramatlah mengarut.Enjoy your reading
------------------------------------
"Ishh!Siapa pulak makhluk ni?Rimas betul!!" gumam Sya di dalam bilik sambil menggenggam kuat telefonnya yang dari tadi berdering minta diangkat.Geram betul dibuatnya.Bukan sekali sahaja nombor yang tidak dikenali itu menelefonnya.Malah berkali kali.
'Ting!'
Bunyi mesej masuk menyentakkan Sya yang sedang meluap marah.Dia membuka aplikasi Whatsapp lalu membaca mesej itu.
'Hai Sya.??Ni aku Ray...maksud aku Rayqal Rafiqi.Kenapa kau tak angkat call aku?'
Sya mendengus geram.Siapa lah yang berani sangat bagi nombor telefonnya pada makhluk asing ni.Lalu Sya mula menaip mesej untuk Ray.
'Mana kau dapat nombor aku ni hah?Aku nak kau jujur bagitau aku siapa yang bagi???'
Sya mendengus lagi dan lagi.Lama pulak mamat ni menaip.
'Ting'
'Siapa lagi yang bagi..kawan kawan kau lah.'
Sya membaling telefonnya ke atas katil.Lantaklah apa nak jadi dengan telefon tu.Kalau rosak beli je lah yang baru.Lalu dia mengatur langkah ke luar bilik sambil menghentak kakinya untuk berjumpa dengan Amy dan Dee.Sudah berbuih mulut berpesan kepada Amy dan Dee supaya tidak memberi nombor telefonnya sembarangan.
"Siapa bagi nombor telefon aku dekat makhluk tu hah!!" jerit Amy,Dee dan Sya serentak apabila mereka berjumpa di ruang tamu.Masing masing terdiam selepas menjerit.
"Korang pun dapat mesej dari alien tu jugak ke?" tanya Dee dengan hairan.Amy dan Sya mengangguk sebagai jawapan.
"So maknanya bukan korang lah yang bagi nombor telefon aku dekat diorang kan?" tanya Amy untuk kepastian dengan kening yang berkerut.
"Tak.Lagipun kita dah janji takkan bagi nombor telefon kita dekat orang lain.Tapi aku pelik lah.Macam mana diorang dapat nombor kita?" Sya bersuara.Agak tenang sedikit bila tahu bukan Amy dan Dee yang memberi nombor telefonnya.Perasaan marah tadi sudah dibuang jauh jauh.Dia tidak mahu melempiaskan amarahnya kepada Amy dan Dee.
"Ha ah kan?Aku pun pelik jugak.Takpe pasal benda ni esok kita tanya budak budak dalam kelas kita.Mungkin diorang yang bagi kot?" kata Amy sebelum tergelak kecil.
"Kenapa kau gelak?" Tanya Dee sambil memeluk tubuh memandang Amy.
"Takde lah.Aku just teringat pasal tadi.Sikit je lagi aku nak marah korang sebab tak tepati janji.Nasib baik bukan korang yang bagi nombor telefon aku." ujar Amy.Dia menghela nafas lega.Nampaknya dia tersalah anggap tadi.
Mereka bertiga melepaskan tawa.Aduhai..nasib baik tak bertumbuk tadi.
?
Rumah Amy,Dee dan Sya
?
?
---------------------------------
"Ala...diorang tak jawab call la pulak." rungut Zack.Mukanya monyok sahaja bila Dee tidak menjawab panggilannya.
"Aku rasa kan,diorang marah la sebab kita memandai ja ambik nombor diorang.Tengok lah cara diorang layan kita.Macam nak tak nak je." Ray membuat kesimpulan sendiri.Cara Sya membalas mesejnya seakan tidak suka.Malah Sya juga meletakkan emoji marah dihujung ayatnya.
"Kan.Aku pun rasa macam tu.Tapi tak gentle lah kalau kita sebagai lelaki mengalah macam tu je.Kita kena menang.Lagipun Amy ialah orang pertama yang buat aku jatuh suka.Dan aku teramatlah yakin yang Dee dengan Sya pun perempuan pertama yang korang suka kan?So takkan lah kita nak lepas macam tu je"
Ad berkata dengan yakinnya.Amy perempuan pertama yang mencuri hatinya.Jadi jangan haraplah dia nak melepaskan Amy jatuh di tangan lelaki lain.Selagi Amy tidak menjadi miliknya,dia takkan berdiam diri.Ya!!Dia mula suka pada Amy sejak awal perjumpaan mereka.Zack dan Ray juga menaruh hati kepada Dee dan Sya.
"Esok kita jumpa diorang nak tak?Kacau kacau diorang ke..ajak makan ke...lepastu kita cari lah rumah diorang pulak.Amacam?" Zack mengangkat keningnya berkali kali.
Ad dan Ray memandang sesama sendiri sebelum mengangguk laju.Tak sabarnya nak tunggu esok.Rindu yang tersimpan di dalam hati semakin membuak buak.Dan mereka juga akan terus berusaha mencuri hati gadis gadis itu.
Share this novel