Bab 20

Romance Series 4730

"Hello assalamualaikum Mak." sapa Dee apabila panggilannya diangkat Mak Ita.

"Waalaikumsalam Humaira.Awat hang telefon mak ni?Mak dahla tengah kalut." jawab Mak Ita di sebelah sana.

Dee ketawa kecil.Bukannya dia tak tahu Maknya itu macam mana.Last minute barulah sibuk nak siapkan itu ini.

"Humaira telefon ni sebab nak habaq kami baru ja nak gerak balik.Nanti mak tanya pulak bila nak sampai."Dee menahan sisa tawanya apabila terdengar Mak Ita membebel perlahan kepada Abah Ib.

" Haa yalah.Mak dok tengah kalut ni.Tok hang suruh pi ambik barang apa tak tau dekat RNR.Dah la,mak letak dulu.Assalamualaikum"

'Titt'

Dee menjawab salam Mak Ita di dalam hati.Dia mengeluh kecil.Sibuk benar maknya itu hari ini.

                     ????????
"Eh,kita singgah RNR dulu lah.Aku nak beli makanan sikit.Cukup untuk kunyah dalam kereta je la"ajak Ad sambil mengeliat sedikit.Lenguh di tulang belakang hanya tuhan sahaja yang tahu.Tambahan pula dia yang drive hari ini.

" Haa yelah.Aku pun ingat nak beli tuala kalau ada jual.Aku tertinggal tuala kat rumah.Hihi"ujar Zack sambil tersengih kambing.

Ad menjuling matanya ke atas.Sudah dia kata,pasti ada jugak barang yang Zack tertinggal.Dijelingnya sekilas ke arah Ray yang sedang lena diulit mimpi di sebelahnya.Tangannya naik menepuk pipi Ray.

Dengan dua kali tepukan pada pipi,Ray lantas terjaga.Matanya yang sedikit kabur dipisat pisat sebelum matanya melihat sekeliling.Dah sampai ke?

"Ni kita singgah RNR kejap tau.Aku nak beli makanan sikit." ujar Ad sebelum menekan minyak apabila lampu isyarat sudah bertukar hijau.

Ray hanya mengangguk.Difikirkan sudah sampai di Kedah.Rupanya belum lagi.

"Nanti bagi aku drive pulak.Kau rehat lah ya." pelawa Ray kepada Ad.Melihat gaya Ad itu pun sudah dia tahu.Pasti lelaki itu penat memandu sejak pukul 7.00 pagi tadi.

Ad hanya diam.Sesungguhnya dia memang penat memandu hari ini.Terima saja lah tawaran Ray tu.Boleh la dia rehat nanti.

                       ????????
"Hah Umi nya.Dah ambik semua barang?tanya Abah Daus kepada isterinya.Umi Liza mengangguk.

Umi Liza,Abah Daus,Mak Ita dan Abah Ib diminta untuk menolong Mama Zila dan Abah Zola untuk mengambil barang di RNR.

Abah Daus menolong membawa kotak kotak yang berada di tangan isterinya sebelum mengatur langkah ke kereta nya.

Kelihatan Abah Ib sedang duduk mencangkung di hadapan tayar keretanya.

" Hah Ib.Awat yang dok cangkung depan tayar ni.Tayar pancit ka?"soal Abah Daus.

Abah Ib hanya mengangguk lemah.Tayar simpanan sudah ada di dalam bonet kereta.Tapi masalahnya peralatan untuk menukar tayar semuanya berada di rumah.

Abah Zola pula sedang sibuk menggeledah bonet keretanya untuk mencari toolkit nya.Setelah puas mencari,Abah Zola menepuk dahinya.Barulah dia teringat yang toolkit nya juga tertinggal di rumah.

"Ib,toolkit aku pun tertinggai dekat rumah.Nak buat lagu mana ni?" Abah Zola mula risau.Takkan nak tinggal saja kereta Abah Ib dekat sini.Abah Iz dan Abah Daus juga mulai resah.Adoilah tayar,masa ni jugak nak pancit.

                       ??????????
"Ad,Zack.Korang tengok pakcik pakcik kat situ.Macam ada masalah ja." duga Ray sambil mengetuk meja dengan jarinya.Sudah lama dia perhatikan pakcik pakcik yang kelihatan risau itu.

"Ha ah kan?Macam ada masalah ja.Eh,jomlah tolong.Mana tahu diorang ada emergency ke" Zack mengagak.Lalu mereka bangun menuju ke arah pakcik pakcik itu.

"Err...Assalamualaikum pakcik." tegur Ray dengan lembut.

Ketiga tiga pakcik itu menoleh ke arah mereka."Ya,Waalaikumsalam anak muda."jawab pakcik yang berada di tengah sambil tersenyum.

"Ermm..pakcik ni ada masalah ke?Nak kami tolong?" pelawa Zack.

"Sebenaqnya tayar Abah Ib ni pancit.Tayar spare pun dah ada,tapi toolkit pulak yang takdak.Tu yang payah sikit."

"Oh..takpa la pakcik.Rasanya toolkit saya ada dalam kereta.Tunggu kejap ek?Saya pergi ambil" belum sempat pakcik tadi menjawab,Ad berlari laju ke arah kereta.

Tak lama kemudia,Umi Liza,Mak Ita dan Mama Zila datang bersama kotak di tangan.

"Eh,awat ni abang?Ada masalah ka?" Mak Ita menyoal suaminya.Tak sempat Abah Ib membalas,Ad muncul dengan toolkit di tangan.

"Ni pakcik.Saya dah bawak.Kalau pakcik tak kisah,biar kami ja yang tolong tukarkan tayar ni.Pakcik semua pergi la berehat dulu.Panas kat sini." Ad menawarkan diri untuk membantu pakcik pakcik itu.Apa salahnya kalau menolong kan?

"Haa ya lah.Terima kasih sebab nak tolong kami.Susah nak jumpa anak muda macam kamu bertiga zaman sekarang ni." Abah Daus bersuara sebelum menepuk bahu Ad.

Ad,Zack dan Ray hanya tersengih.Terasa diri ini sudah boleh menjadi contoh kepada orang lain.Cehh.Lalu mereka pun mula membantu Ad menukar tayar.

Setelah beberapa minit,akhirnya tayar sudah pun siap ditukar.Ad dan Zack membantu Ray mengemas segala peralatan yang berterabur.

Umi Liza,Mak Ita dan Mama Zila tersenyum lebar sambil memandang sesama sendiri.

"Ni dah kenapa senyum lebaq ni?" Abah Zola bertanya dengan dahi berkerut.

"Takdak lah bang.Bila tengok budak bertiga tu,rasa best pulak kalau buat menantu.Bukan senang nak jumpa anak muda yang rajin menolong." Mak Ita dan Umi Liza mengangguk laju dengan kata kata Mama Zila.

Abah Daus,Abah Ib dan Abah Zola memandang sesama sendiri.Ah sudah bini mereka ni,nak dibuat menantu pulak!!

"Apa kata kalau kita jemput budak bertiga tu pi kenduri.Boleh la depa kenai kenai dengan anak kita."Mak Ita bercadang.Bahagianya dia kalau salah seorang daripada anak muda bertiga itu menjadi menantunya.

Mendengar cadangan dari Mak Ita itu,mereka semua mengangguk setuju.Lagipun anak mereka masih belum berpunya.

" Err..pakcik.Kami dah siap tukar dah.Kalau tak ada apa apa,kami pergi dulu ya?"kata Ray sambil tersenyum.Tangannya naik melekap di dahi untuk mengelap peluh yang mengalir.

"Eh,nanti dulu anak muda.Kami ada benda sikit nak habaq." Abah Zola menghalang.

"Hmm?Ada apa ya pakcik?" tanya Ray.

"Kami sebenarnya nak ajak kamu semua pergi kenduri dekat Kuala Kedah.Pakcik harap,kamu bertiga sudi lah ikut kami pi Kedah."Abah Ib bersuara.Untuk beberapa saat,bahunya ditepuk perlahan oleh Mak Ita.

" Bukan nak tanya dulu depa ni nak pi mana.Hiiyy orang tua ni.Tak menyempat betui nak ajak orang."Mak Ita menggelengkan kepalanya.

Dipalingkan wajahnya memandang anak muda tadi.Senyuman manis terbit dari bibirnya.

"Mintak maaf la noh anak muda.Abah Ib memang macam ni.Kalut sangat nak pi mana tak tau.Anak muda ni nama apa?" soal Mak Ita ramah.

"Nama saya Rayqal Rafiqi.Orang panggil saya Ray ja.Yang ni Adrian Wafiy,panggil dia Ad.Dan yang ni Amirul Zakuan,panggil Zack." terang Ray dengan panjang lebar.

Terangguk angguk mereka mendengar penerangan Ray tadi.

"Kamu semua ni nak pergi mana?" soal Abah Daus.

"Kami nak pergi Kedah.Ada kerja sikit." jawab Ad sambil tersenyum kekok.

"Dah dapat tempat nak tinggal?" soal Abah Daus lagi.

Mereka bertiga menggeleng."Kami ingat nak duduk hotel ja.Kami tak pernah datang Kedah pun sebenarnya.Ni baru pertama kali."Zack menjawab.

Semua pasangan suami isteri itu tersenyum lebar.

"Kalau macam tu,jomlah ikut kami balik kampung.Tidur situ ya?Lagipun mesti kamu tak dak kenalan dekat sana kan." Mama Zola mengajak dengan senyuman yang masih lebar.

"Ikut kami balik kampung sebagai tanda terima kasih." sambung Abah Zola pula.

Mereka bertiga senyap sebelum mengangguk perlahan.Malu tu memang malu.Tapi pasangan suami isteri itu sahaja yang menjadi kenalan mereka dari Kedah.

Semakin melebar senyuman diukir."Dah,jomlah gerak."

Lalu mereka pun bergerak ke Kuala Kedah menaiki kereta masing masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience