Bab 18

Romance Series 4730

Err..Izz nak tukar umur diorang boleh? Sbb kalau muda sangat payah nk kasi kawin.So umur Warn Roses 22 and umur Dark Horses 23.Okay kan?

---------------------------------

"Hello assalamualaikum Mama!!Mama apa khabar?Sihat?" sapa Sya dengan telefon dilekapkan pada telinga.Dia berguling guling di atas katil.Sudah lama dia tak berjumpa dengan keluarganya di Kedah.

"Waalaikumsalam anak mama..mama macam ni lah..sihat ja..ni mama telefon ni sebab nak habaq kat hang dengan kawan kawan hang.Nanti hampa balik la kampung sebab Tok ada buat kenduri sikit.Kalau hampa sibuk tak payah mai pun takpa..kami faham" ujar Mama Zila a.k.a mama Sya dengan loghat Kedahnya.

Sememangnya Amy,Dee dan Sya berasal dari Kedah.Mereka datang ke Perak ini pun untuk belajar di Royalty Collage.

"Ermm..insyaallah la Mama.Tengoklah kalau jadual kami tak padat,kami balik la noh." ujar Sya sambil membelek belek failnya.Banyak juga kerjanya masih belum siap.

"Ha..ya lah.Ni satu lagi Mama nak habaq.Kalau boleh bawak la kawan kawan hang yang lain jugak.Ramai pun takpa sebab Tok dengan Tokwan hang nak jemput ramai.Ha lagi satu,kalau boleh tidoq la sini beberapa hari.Umi Liza,Mak Ita,Abah Daus dengan Abah Ib pun ikut sekali." ujar Mama Zila panjang lebar.

Sya yang mendengar sudah pun teruja.Sudahla adik beradik mamanya ramai,keluarga Amy dan Dee pun join sekaki.Wah!!Mesti meriah.

"Ha yalah Mama.Nanti Naura habaq kat Sara dengan Humaira.Mama dengan abah jaga diri elok elok noh.Jangan dok buat kerja banyak sangat." pesan Sya kepada mamanya.Risau jugak dengan kedua orang tuanya itu.Selalu sangat paksa diri nak buat kerja berat berat.Sudah dilarang,tapi taknak dengar.

"Hmm..yalah.Mama off dulu noh.Nak tengok adik hang kat bawah tu sat.Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam" jawab Sya sebelum panggilan ditamatkan.Kakinya di atur menuju ke bawah untuk memberitahu kepada Amy dan Dee.Pasti mereka juga gembira untuk balik ke Kedah.

                     ????????
"Kau dah tau kat mana rumah parents diorang?" soal Ad kepada Ray yang kusyuk menatap laptopnya.

Ray mengangkat kepalanya memandang Ad sekilas.

"Dah..aku dah cari sekali dengan kampung diorang.Rumah parents diorang dekat Kedah.I guess diorang ni memang asal dari sana." terang Ray sambil menutup laptopnya.

"Bagus.Cekap kau buat kerja.Tak sia sia kau jadi geng Dark Horses." ujar Ad sambil menepuk bahu Ray.

Ray membuat muka."Cara kau cakap ni,macam lah kau yang bayar gaji aku.And for your information,aku memang cekap.Kau tu je yang lembab.Sebab tu la kau asyik arah orang lain ja."bidas Ray sebelum ketawa kuat.

Ad mendengus geram.Lalu dia berjalan meninggalkan Ray yang ketawa bagai tiada hari esok.Entah apa la yang lawak sangat.Bercakap dengan Ray memang memerlukan kesabaran yang banyak.

Diterjahnya bilik Zack tanpa mengetuk pintu.Zack yang sedang lena diulit mimpi terjaga.

Ad menghempaskan badannya di atas katil bersebelahan dengan Zack.Lalu matanya dipejam rapat.

"Kau pehal hanat?Main terjah ja bilik aku."soal Zack dengan mamainya.

" Diam ah gila!"Ad menutup matanya kembali.Tiba tiba--

BAM!!!

Pintu bilik Zack yang terbuka luas tadi tertutup rapat.Kelihatan Ray sedang tersengih sambil memegang bantal peluknya.

"Eh kau ni kan.Tak reti nak tutup pelan pelan ke hah?Tak lama runtuh jugak pintu aku tu" marah Zack sambil membaling sebiji bantal ke arah Ray.

Bantal yang dibaling itu ditangkap kemas oleh Ray lalu dipeluk.

"Alah..tak runtuh pun pintu kau tu.Haa tengok!Okay je pintu tu" jarinya tehala ke arah pintu tadi.

Zack menggeleng perlahan sebelum memandang Ad yang juga sedang memandangnya.Sebiji lagi bantal diambil lalu dihempuk pada kepala Ad.

"Kau pun sama.Main terjah ja pintu tu.Kot ya pun ketuk la dulu."Zack membaringkan tubuhnya kembali.Ad yang sedang menggosok kepalanya dijeling sekilas.

" Sorry Zack"ujar Ray dan Ad serentak.

"Hmm.." hanya itu sahaja yang dibalas Zack sebelum tidur.

DUSH !!

Mata yang dipejam rapat tadi terbuka luas apabila terasa lengan seseorang menghempap wajahnya.Zack dan Ad mula hilang sabar.

RAYQAL!!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience