Bab 30

Romance Series 4730

"Hampa semua pi bersiap cepat.Kita nak pi jalan jalan kat Penang hari ni" arah Mama Zila.

Bersinar sinar mata Sya mendengar kata kata mamanya.Rasanya sudah bertahun dia tidak pergi ke Pulau Pinang.Negeri itu ibarat rumah keduanya.

Dia dilahirkan di Negeri Kedah dan dibesarkan di Pulau Pinang sehingga berumur 3 tahun.Dia mula tinggal di Negeri Kedah kembali sejak umur 4 tahun hinggalah berumur 19 tahun.

(Astaghfirullahalazim..ayat kelaut.Faham faham sendiri lah ek)

"Jalan jalan?" soal Dee teruja.Mama Zila mengangguk.

"Hooray!!Jalan jalan!" Lantas Dee.menarik tangan Amy dan Sya mendaki tangga.

Ad,Zack dan Ray yang baru turun dilanggar Dee di pertengahan anak tangga.

"Sorry!!" laung Dee kuat.Mereka bertiga menggeleng perlahan.

"Kenapa dengan diorang tu?Excited semacam ja" tanya Zack sambil.memandang Mama Zila.

"Mama lupa nak habaq.Hampa semua pi la bersiap sekarang.Yang lain pakat dok ajak pi jalan jalan kat Pulau Pinang.Hampa ikut noh?" pinta Mama Zila lembut.

Mereka bertiga hanya mengangguk setuju.Teringin jugak nak pergi jalan jalan dengan family besar ni.Walaupun sekadar orang luar,mereka dianggap sebagai ahli keluarga itu juga.Dan hubungan mereka semakin hari semakin rapat.

Mama Zila tersenyum gembira.Sempat dia berbisik sebelum berlalu pergi.

"Alang alang dah ikut,cuba lah pikat anak dara bertiga tu.Mana tau kot kot terbukak hati depa kat hampa ni." terus Mama Zila mengatur langkah.

Mereka bertiga memandang sesama sendiri sebelum tersenyum senget.Tahulah mereka yang rancangan ke Pulau Pinang itu sekadar untuk mengeratkan hubungan  dengan gadis gadis itu.Lagipun,semuanya sudah berbincang  tentang rancangan menambat hati tiga orang gadis itu beramai ramai di ruang tamu malam semalam.

Untungnya bila keluarga mertua dah bagi greenlight!!

                         ????????
Perjalanan dari Kedah ke Pulau Pinang memakan masa hampir sejam lebih kerana berlaku sebuah kemalangan di jalan raya tadi.

'Ting!'

Kedengaran notifikasi dari telefon Dee.Sya berpaling ke belakang memandang Dee.

"Kenapa Dee?" soal Sya.Amy disebelah hanya tenang memandu.

"Zack mesej.Dia cakap Paksu suruh berhenti makan dulu.Lepastu gerak pergi Bukit Bendera" kata Dee.Tak lama kemudian dia terlopong.

"What?Bukit Bendera?Serious ah Paksu.Macam tahu tahu ja aku teringin nak pergi sana" kata Dee teruja.Belum pernah lagi dia menjejakkan kaki di Bukit Bendera.Kalau pergi Pulau Pinang pun,bukan untuk bercuti tapi untuk menjalankan kerja yang diarah Inspektor Malik.

Sya dan Amy yang mendengar tersenyum lebar.Walaupun sudah banyak kali pergi ke Pulau Pinang,tetap ada perasaan jakun dalam diri.

"Aku pun teringin jugak nak pergi situ.Ramai cakap kat atas bukit tu cantik.Nasib baik aku bawak camera kesayangan aku ni" Sya meniup sedikit habuk di camera nya.

Amy masih tenang memandu mengekori kereta Honda Alphard milik Ray di belakang.Ah!Kalau dah nama pun orang kaya,tak heranlah kalau bawak kereta mahal.

---------------------
Untuk bab ni Izz buat pendek ja.Tekan la bintang comel tu ya.Oh lupa,komen sekali =)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience