Di meja makan medan selera~
"Korang nak makan apa?Aku tolong oderkan." tanya Ad.
"Aku nak makan mee goreng!" ujar Dee dengan teruja."Aku nak bihun sup"kata Amy."Aku nak makan nasi goreng cina"balas Sya.Ad menggangguk lalu bangun.
"Bestnya dapat shopping hari ni..lagi lagi ada orang belanja" kata Dee sambil menepuk tangan."Woih..behave sikit.Macam lah kau tak pernah keluar shopping"bidas Sya sambil menjeling Dee."Biarlah!Sibuuk jer"balas Dee.
Zack dan Ray hanya menggeleng.Macam macam hal lah diorang ni.Amy pula sudah hilang pergi tandas.
Tak lama selepas itu,Ad kembali ke meja sambil membawa dulang berisi makanan.Oh ya!Ad,Zack dan Ray tak makan.Diorang oder air ja.
"Makanlah.Erm..Amy mana?" tanya Ad.Matanya meliar liar mencari kelibat Amy yang tidak kelihatan.
"Amy pergi toilet..nak repair awning tudung katanya" jawab Dee malas.Dia dan Sya sudah sedia maklum dengan perangai Amy yang satu itu.Pantang betul kalau awning tudungnya tak menjadi,maka tercetuslah perang Badar antara dia dengan tudung sendiri.
Dee mula menjamah mee gorengnya.Sya pula sedang leka dengan telefonnya sambil tersengih.Nasi goreng cina yang dipesannya tadi sikit pun tak disentuh.
Ray memandang Sya dengan pandangan tak puas hati.Nak saja dia rampas telefon itu dan dicampak ke atas lantai.'Apalah yang ada sangat dekat telefon tu sampai nak tersengih macam tu?Aku yang kacak lagikan bergaya ni sikit pon dia tak pandang?'desis hati Ray.Perasaan cemburu mula hadir dalam hatinya.
Tak lama kemudian,Amy muncul lalu duduk untuk menjamah bihun supnya."Sorry,tudung buat hal tadi"ujarnya sambil tersenyum kekok.
"Hah!Keluar pon.Aku ingat kau dah lancarkan peluru berpandu dalam toilet tadi." perli Dee.Amy hanya menghiraukan lalu menyuap bihun sup ke dalam mulut.
Baru sahaja Amy ingin menyuapkan suapan bihun supnya kali kedua,Ad pantas menarik mangkuk bihun itu.
"Kau apahal?" tanya Amy dengan keningnya yang berkerut.Tiberr ja mamat ni."Tetiba aku rasa teringin nak makan bihun.Kita share lah."ujar Ad sambil tersenyum menayang giginya.Muka tak bersalah ditayangnya.
"Tak payah share lah.Kau ambik ja.Aku pun tetiba ja nak makan nasi goreng cina macam Sya." ujar Amy sebelum memandang sekilas ke arah Sya.
"Ambiklah.Aku rasa kenyang pulak." Sya menolak pinggan yang berisi Nasi goreng cina yang belum disentuhnya tadi ke arah Amy.Tanggannya cuba dipanjangkan lagi menolak pinggan itu sampai kepada Amy.Amy duduk di hujung,manakala Dee pula ditengah.Almaklumlah,si Dee ni ada penyakit suka duduk tengah."Thanks"balas Amy ringkas lalu menjamahnya.
Mata Sya kembali tertancap pada skrin telefonnya.Jarinya pantas menaip sesuatu sebelum tersengih.Ray memerhatinya tajam.Dia sudah hilang sabar.Dengan siapalah dia berchatting sampai macam tu sekali.
"Bak sini hanphone kau" pinta Ray.Tangannya disua ke arah Sya."Buat apa?Tak payahla"jawab Sya.
"Bagi la kejap.Aku pun nak tengok jugak benda yang kau tengok dari tadi sampai tersengih.Aku bukannya mintak apa pun.Aku cuma mintak handphone kau je" Ray masih lagi memujuk.Suaranya ditukar kepada nada manja.Matanya berkelip kelip memandang Sya.Zack dan Ad disebelah sudah terpempan.Tak pernah lagi diorang nampak Ray menjadi manja macam ni.
"Iye ke?Macam mintak kaki je.." bidas Sya.Lu pikir lu comel ah buat macam tu?Huh!Sebijik maknyah kau tau tak!
"Okay fine!Kalau kau taknak bagi,just bagitau ja apa yang kau tengah buat.sekarang ni sampai kau asyik senyum ja dari tadi"kata Ray.Nada manjanya tadi sudah hilang.Kalau dia taknak bagitau jugak memang kena say goodbye lah dekat phone tu.
" Ishh..aku tengah chat dengan Simsimi nih.Sibuk ah kau!"marah Sya.Baru nak relax relax layan simsimi.Mamat ni pulak yang buat hal.
"Ooo..okay.Nasib baik kau cakap simsimi.Tenang sikit aku rasa.Cuma aku nak cakap,kau jangan chat dengan lelaki lain sambil tersengih macam tu tau!Aku tak suka" balas Ray.
Sya tersedu.'Kenapa dari cara Ray bercakap tadi macam cemburu?'hatinya bermonolog.'Eh tak!Jangan nak perasan lah Sya.Baru sehari kenal takkan dah jatuh suka' otaknya pula yang memikir.Sya menggeleng.Cuba untuk melupakan firasat hatinya tadi.
Ray pula hanya diam memandang Sya yang tergeleng geleng.Dia mengeluh perlahan.Haih jenis yang mulut sendiri lancang ni susah.Mulut yang jalan dulu,baru otak nak berjalan.Macam manalah dia boleh terlepas cakap tadi.
-------------------------
'Ting!'
Bunyi notification keluar dari telefon Amy.Dia membaca mesej itu lalu menghulurkan telefonnya senyap senyap di bawah meja ke arah Dee yang duduk di sebelahnya.
Ad,Zack dan Ray kelihatan rancak bersembang.Fuh..selamat sikit.
Dee juga turut membaca mesej itu dan menghulurkan handphone tadi kepada Sya
Sya mengepal penumbuknya selepas membaca mesej dari Inspektor Malik.Macam mana nak keluar kalau mamat tiga ekor ni pun ada kat sini.
---------------
'Zzzzzzttt'
Telefon milik Zack bergetar ketika mereka sedang rancak bersembang.Dia membuka aplikasi Whatsapp dan membaca mesej yang dihantar.Dia terus membuat isyarat mata kepada Ray dan Ad yang memandangnya menandakan ada perkara penting yang perlu diselesaikan.Ad dan Ray mengangguk faham atas arahan itu.
"Ermm..korang.Lepas ni korang nak pergi mana mana tak?Kalau tak ada kitorang nak pergi dulu.Nak jumpa kawan lama." Zack bersuara.Ad dan Ray mengangguk setuju dengan Zack.
"Kitorang ingat nak singgah tesco lepas ni.Nak beli barang dapur sikit." balas Dee."Korang pergi la jumpa kawan korang tu.Kang kesian pulak dia tunggu lama.Lagipun kitorang nak spend time bertiga pulak.Tadi tak boleh sebab korang datang menyemak"sambung Sya.
"Okay.Kitorang pergi dulu ek.Bye.Ada jodoh kita jumpa lagi." ujar Ad sambil mengenyit mata kepada Amy.Amy membuat muka menyampah.
Sebaik sahaja kelibat makhluk asing bertiga itu hilang,mereka menghela nafas lega.Tak payah nak menghadap diorang lagi.
Share this novel