Bab 9

Romance Series 4730

"Siempre es'tare
Vida,Tu Voz
Mi razon de ser~
Mi amor,Eres
Lo que siempre soñé
Momentos que yo nunca olvidaré
Antes de que me dejes~"

Bergema kereta yang dipandu dengan suara Sya.Kebetulan pula dah lama tak menyanyi,jadi dia memilih untuk mendengar lagu yang dimainkan di radio.

Amy dan Dee hanya tersenyum melihat Sya yang rancak menyanyi.Senang hati mereka bila Sya gembira.Selalunya Sya ni asyik nak marah ja.Sekarang dia tengah enjoy,biarlah dia.Kang kalau tegur yang dia bising berang pula si Sya ni.

--------------------------------
Selepas 30 minit memandu,akhirnya mereka sampai di mall yang dituju.Selesai memarking kereta,mereka mula mengatur langkah masuk ke dalam mall.Manakala Ad,Zack dan Ray hanya mengekori langkah gadis gadis itu.

Sebaik sahaja melangkah masuk,Dee menarik tangan Amy dan Sya masuk ke kedai yang menjual baju.Amy dan Sya hanya menurut.Dah tahu dah Dee ni macam mana kalau dapat shopping,lagi lagi kalau orang belanja.

Usai memilih baju,Zack bergerak ke kaunter untuk membayar.Dee sudah tersengih sampai ke telinga.Seronok bila orang belanja.

Lalu mereka menuju ke kedai cenderamata yang dipilih oleh Amy.Katanya nak buat hiasan dalam bilik.Amy sengaja memilih cenderamata dengan banyak.Tujuannya nak sakitkan hati Ad.Biar dia tahu yang Amy sangat suka berbelanja.Tapi riak wajah lelaki itu nampak biasa,tak terkejut pon.

"Sikitnya beli,pilihlah banyak lagi.Rasanya tak cukup nak letak dalam bilik kau" kata Ad selamba.Amy sudah terlopong.Sya dan Dee sudah mengekek ketawa.Wuu~plan tak jadi ke kak?"Tak payahlah.Dah cukup ni"balas Amy.Akhirya dia kalah dalam plannya sendiri.Ad mengeluarkan dompetnya dan membayar.Dia keluar dan menuju ke arah kawan kawannya yang sedang menunggu.

Nampak sahaja bayang Ad keluar dari kedai,Sya terus menarik beg Amy dan Dee supaya mengikutnya.Kakinya diatur menuju ke kedai yang menjual coklat.Dah lama dia perhatikan kedai tu.Lagipon dia nak beli coklat yang mahal mahal memandangkan Ray mahu belanja.Ray,Zack dan Ad terus mengejar langkah mereka yang semakin jauh.Perghh..laju siot diorang jalan.

Mata Sya bersinar sinar melihat kedai yang dipenuhi dengan pelbagai coklat.Mata helangnya memandang coklat Cadbury,Kinder Bueno dan Kitkat.3 jenis coklat itu sahaja yang menjadi buruannya.Tiba tiba dia terasa seperti ada orang yang berdiri di belakangnya.Sya berpusing dan hidungnya hampir berlaga dengan susuk tubuh itu.Sya mendongak.Almaklumlah,pendek nak buat macam mana.Pandangannya bertaut dengan pandangan Ray.

"Herk!!" Sya tersedu apabila Ray menghadiahkan sebuah kenyitan mata kepadanya.Kalut Sya melarikan pandangannya ke tempat lain.'Gila betul mamat ni!Saja ja nak buat aku malu'desis hati Sya.Tak pernah seorang lelaki mengenyit mata kepadanya.Oh my!Ray orang yang  pertama!

"Err..kau kata nak belanja kan?Haa nah.Herk!Pergi bayar..herk!" Sya berkata sambil tersedu.Coklat yang dipegang bertukar tangan.

"Ini je ke?Aku rasa kau ni hantu coklat agaknya.So aku anggap yang coklat ni tak cukup.Nah!Pegang kejap.Aku tolong pilih coklat yang lain." kata Ray seraya menghulurkan kembali coklat tadi kepada Sya.Dia menuju ke arah rak yang dipenuhi dengan coklat Daim.Coklat Ferrero Rocher juga diambilnya lalu diletakkan atas kaunter bayaran.Sya ternganga.Hampir saja coklat yang dipegang jatuh ke atas lantai.Dia menuju ke arah kaunter lalu meletakkan coklat coklat tadi di situ.Sya terus berjalan keluar dari kedai dan meninggalkan Ray yang sibuk membayar.

"Eh cik kak.Asal muka kau macam tu?" tanya Dee."Huh...plan tak jadi.Aku buat plan yang sama macam Amy tadi.Punyalah aku pilih coklat yang mahal mahal.Aku ingat dia nak marah.Tapi lagi dia tambah coklat kat aku adalah Dah lah mahal.Ferrero Rocher weyh..mahal tu."terang Sya.
Amy dan Dee menekup mulut.Terkejut bila dapat tau yang Ray tak marah langsung.

Kelihatan Ray keluar dari kedai sambil membawa beg kertas yang dipenuhi coklat.Sya hanya memerhati.Tak ada langsung riak marah di wajah Ray.Siap pakej senyuman semanis madu lagi.

"Jom kita pergi makan.Medan selera ada dekat atas" ujar Ray.Matanya tidak beralih dari memandang Sya.Yang lain hanya menggangguk.Lalu mereka menuju ke tingkat atas untuk mengisi perut.Dan ya,makanan yang dipesan di medan selera tu pon Ad,Zack dan Ray yang belanja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience