Bab 24

Romance Series 4730

"Humaira!Turun sat!" laung Mak Ita dari bawah memanggil anak gadisnya.

"Ya mak!Sat sat." jawab Dee dengan tergesa gesa.Pintu bilik dibuka lalu turun ke bawah meninggalkan Amy keseorangan di dalam bilik.

"Maira buat apa kat atas?" soal Mak Ita.

"Rehat" balas Dee pendek.Teramgguk angguk Mak Ita mendengar jawapan anaknya.

"Ni mak nak mintak tolong teman Amirul pi hantaq barang sat.Nak suruh dia pi sorang sorang,barang banyak pulak.Nak suruh naik kereta,macam tak padan ja sebab dekat.Jadi Maira naik motor dengan dia noh" ujar Mak Ita panjang lebar.

Membuntang mata Dee mendengar arahan dari maknya.

What!!Aku?Teman Zack?Naik motor?The heck!Mati hidup balik pun dia takkan naik motor dengan Zack.Lebih rela berjalan kaki.

"T-tapi Maira ta--"

"Terima kasih Maira.Mak tau anak mak tak pernah kecewakan mak.Mak pi dapoq dulu" tubuh anak gadisnya dipeluk.

Dee terkejung.Belum sempat nak cakap apa apa mak dia dah cakap terima kasih?Namun dia teringat kata kata Mak Ita tadi.

Mak tau anak mak tak pernah kecewakan mak.

Andai kata dia menolak tadi,mak nya akan kecewa kah?Tapi untuk apa mak nya kecewa?Dee mengeluh seketika.

"Tak baik mengeluh.Stop it girl" suara garau di belakang menyentakkan Dee.

Tak perlu berpaling,Dee sudah tahu siapa empunya suara.Siapa lagi kalau bukan Zack.

Dee buat tidak tahu dan berjalan menuju ke luar rumah.Dilihatnya kereta saudara mara Sya yang banyak terparkir di depan tadi sudah tiada.Mungkin mereka menyewa di homestay berdekatan disebabkan kenduri akan diadakan esok.

"Dee,jomlah teman aku hantar barang" Zack menyandarkan tubuhnya pada dinding dengan tangan  bersilang di dada.

"Taknak"

"Ala..jomla.." pujuk Zack lagi

"Pergi lah ajak Ad ke Ray ke?Asal pulak aku?" soal Dee.Dia berpusing menghadap Zack.

"Ray tengah tidur.Ad pulak kena tolong Abah Daus kait buah kelapa kat belakang."Jawab Zack.Sebenarnya Ray tak tidur pun.Ada je tu haa dekat atas tengah tengok movie dalam laptop.

" Cepat lah Dee.Dah lambat ni.Kalau kau tak nak pergi jugak,aku tarik tangan kau yang tak berlapik tu."ugut Zack.Dia berura ura untuk memegang tangan Dee.

Dee mendengus geram.Nampaknya terpaksalah dia ikut.

"Eyy..yelah yelah...aku ikut"

"Haa..goodgirl.Macam tu lah kesayangan aku.Dah jom." Zack menggosok kepala Dee yang berlapik tudung.

Dee mengetap giginya.Ewah!Sesedap tomyam saja nak gosok kepala orang.And one more,kesayangan?

"Wait.Kesayangan?Stop saying like that.Siapa yang sayang kau hah?" Dee menjeling Zack.

"Siapa lagi yang sayang aku kalau bukan kau!Nah,pegang plastik ni." plastik yang berisi makanan dihulur kepada Dee.

Dee menyambut dengan wajah yang masam mencuka.Langkah nya mengikut haluan Zack menuju ke motor Skuter berwarna merah.

Zack menghidupkan enjin motor.Topi keledar dipakai dan mencapai sebiji lagi topi keledar untuk Dee.

"Nah.Pakai ni" Zack menghulur topi keledar berwarna hitam.

Teragak agak Dee untuk menyambut huluran itu.

"Err..kalau tak pakai takpa kan?"Walaupun dia tahu memakai topi keledar itu penting,tapi Dee tak suka.Sudah lah berat,lepastu rosak habis tudung yang dipakai.

" No.Don't be stubborn.You need to wear this dear.Nanti kalau jadi apa apa macam mana?Siapa yang nak kahwin dengan aku nanti kalau kita accident?"tegas suara Zack melarang Dee.

"Tapi ak.."

Suara Dee terhenti apabila Zack bertindak menarik lembut lengannya ke hadapan.Zack memakaikan topi keledar itu kepada Dee yang sedang terpinga pinga.

Sambil memakaikan topi keledar untuk Dee,mulutnya tak henti henti berleter.

"Sekarang ni banyak orang kemalangan yang cedera dekat kepala.Itu sebab aku suruh kau pakai topi ni.Kalau jadi apa apa dekat kau,aku jugak yang risau tahu?Bla..bla..bla.." Dee hanya memekakkan telinganya.Kalah mak nenek betul mamat ni kalau berleter.

"Dah siap.Naik sekarang" Zack mengangkat tongkat motorsikal.

Dee dengan tidak rela terpaksa naik bersama Zack.Sebelum bergerak,Dee sempat berpesan kepada Zack.

"Jangan bawak laju sangat tau"Dee membetulkan kedudukan plastik makanan yang menjadi penghadang antara dia dan Zack.

Zack tersenyum sinis.Wajah Dee dipandang sekilas melalui cermin sebelum motor skuter itu memecut laju.

" Arghhh!!Zack!!Slow lah sikit!!"Dee memukul bahu Zack berkali kali.Hampir terbang rohnya bila Zack memecut laju sebegitu.

Sebaik tiba di persimpangan,Zack sengaja menekan brek secara mengejut.

'Buk!'

"Adoii.." rintih Dee.Tangannya automatik memeluk pinggang Zack.Mana tidaknya.Helmetnya terhantuk pada helmet Zack dihadapan.Mujur Zack menyuruhnya memakai topi keledar.Kalau tak,pasti kepalanya yang terhantuk.

Zack mengulum senyum melihat tangan Dee yang elok melingkar di pinggangnya.Dapat dia rasa deruan nafas Dee belakang tengkuknya.Dan itu...membuatkan Zack semakin lemah.Namun digagahkan diri untuk kuat.

'Ingat Zack,jangan lemah macam ni.Kau kena kuat' gerutu hatinya.

Kepala dipalingkan ke kiri dan kanan.Lalu motor skuter itu kembali laju membelok ke kiri.

Semakin kuat Dee memeluk pinggang Zack.Plastik makanan di hadapannya sudah tidak dipeduli lagi.Hancur rasanya makanan itu apabila dihimpit.

Sebaik tiba di hadapan sebuah kedai makan,Zack mengarahkan Dee untuk turun.

Dee hanya mampu akur.Dunia kelihatan berpusing pusing.Hampir sahaja tubuhnya tumbang ke tanah.Mujur dia masih lagi mampu mengawal dirinya dari terjatuh.

"Bak sini plastik tu.Aku nak pergi hantar jap.Jangan pergi mana mana tau.Duduk ja sini diam diam." pesan Zack.Diambilnya plastik di tangan Dee lalu berlari masuk ke kedai.

Beberapa minit kemudian,Zack kembali menuju ke arah Dee yang sedang menopang dagu di atas seat motor.

"Kau okay?" soal Zack prihatin.

Dee mengangguk lemah.Kepalanya masih lagi terasa pening.Tekaknya juga berasa loya.

"Sorry tau.Tak tau pulak kau ni tak boleh tahan kalau bawak laju.Jomlah balik.Nanti kau rehat kat rumah ya?"

Dee hanya senyap.Dia berasa lemah.Darah seakan akan hilang dalam diri.

Ketika perjalan untuk pulang,Zack menyuruh Dee untuk terus memeluk pinggangnya.Bimbang kalau gadis itu tiba tiba jatuh di tengah jalan.Dee pula tidak membantah.Akur sahaja dengan arahan Zack.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience