Bab 29

Romance Series 4730

Keesokan harinya~~

"Naura,Sara,Humaira.Hampa cuti berapa hari?" soal Maklang.

"5 hari ja Maklang.Nak cuti lama lama pun takut kerja belambak pulak kat kolej tu." jawab Dee sambil menyuap mee goreng ke dalam mulutnya.Amy dan Sya mengangguk setuju.

"Ni Adrian,Amirul dengan Raiqal pulak cuti berapa hari?" soal Maklang sambil memandang tiga lelaki itu dihadapannya.

"Sama jugak dengan diorang.5 hari ja" balas Zack mewakili Ad dan Ray.

Maklang mengangguk faham.Tak lama kemudian,Dhia muncul di meja makan sambil memeluk teddy bear nya.

"Kak Naura..petang ni jomla pergi pantai.Dah lama tak pergi situ" ajak Dhia sambil membuat muka kesian.

Sya menarik kerusi kosong di sebelahnya lalu ditepuk menyuruh Dhia duduk di situ.Si kecil hanya menurut.

"Nak pi pantai ya?Okay..petang ni kita pergi sama sama" ujar Sya sambil mengusap rambut hitam pekat milik Dhia.

Dhia menepuk tangan tanda gembira."Yeay!!Pergi pantai.Kakak kakak cantik dengan abang abang hensem ni ikut sekali tak?"soal Dhia teruja.

Sya terdiam seketika.Perlu ka diajak makhluk bertiga tu?

"Hang heret ja la semua orang Naura oii.Lagipun depa ni tak pernah pi lagi pantai Marina tu kan?" Maklang bersuara sebelum bangun mengangkat pinggan ke sinki.

"Boleh la Sya..aku teringin nak pergi pantai Marina tu.Haritu kitorang datang kau tak bagitau pun kampung ni ada pantai" ujar Dee sayu.Lengan Sya digoyang beberapa kali dengan muka sedih.

Sya memandang pula ke arah tiga lelaki itu.Kelihatan mereka juga mengangguk laju tanda mahu ikut sekali.

"Haih..yalah yalah.Aku angkut semua sekali pergi pantai petang ni.Tapi korang kena naik kereta sendiri tau." Sya menuding jari ke arah lelaki lelaki itu.

"Ai ai kapten!" Zack menabik tangannya di dahi.

"Hah?Kak Naura nak bawak  pergi pantai?Yeay!!" kedengaran suara Muaz di pintu belakang.Serentak mereka berpaling ke situ.

"Yeay yeay..kita pergi pantai.Yeay!!" jerit Muaz kegirangan disertai dengan kanak kanak ribena yang lain.Siapa lagi kanak kanak ribena itu kalau bukan anak saudara Sya yang ramai bukan kepalang.

Sya menepuk dahinya.Ah sudah!!Semuanya heboh nak ikut.Terpaksa lah dia heret kesemuanya.

Amy dan Dee ketawa."Nampaknya kau kena sewa bas lah ni.Ramai betul peminat pantai"ujar Dee.

Sya hanya mampu pasrah.Nasibla kalau dapat anak buah yang jenis suka mengekor ni.

"Kalau kereta aku penuh,bagi budak budak tu tumpang kereta korang boleh?" pinta Sya.

Dhia menggeleng laju.

"Mana boleh akak.Nanti Dhia takda kawan nak main dalam kereta."bantah Dhia.

Sya terpanar.Habislah dia kali ini.Otaknya mula ligat berfikir apa yang perlu dibalas.

" Mana boleh macam tu Dhia.Kalau kereta akak penuh jugak,Dhia duduk dalam bonet.Nak?"ugut Sya.

Cepat cepat Dhia menggeleng.
"Tak nak.Dhia taknak duduk dalam bonet."

Sya tersenyum.Mudah sahaja nak buat Dhia ni akur dengan arahan.

                          ????????
"Bestnya dapat pergi pantai" kata Amy teruja.

"Eh Sya.Kenapa tempat ni macam bersejarah ja aku tengok?Siap ada meriam lagi"soal Ray sambil memandang Sya.

" Tak silap aku,tempat ni dulu pernah jugak dijajah dengan komunis.Nampak tak tembok tu?Tembok tu dibina sebab mudah diorang nak serang komunis.Sebab penjajah pernah datang serang dari laut.So tembok ni kira macam perisai dari serangan musuh.Lighthouse tu pulak dibina sebab nak tengok sama ada komunis datang atau tak.Dari atas menara tu,diorang boleh pantau dekat kawasan laut ni."terang Sya panjang lebar.

"Pintu yang warna putih tu pintu apa Sya?" tanya Zack sambil menujuk ke arah pintu yang berwarna putih.

"Tu namanya Pintu Gerbang Kacapuri.Yang warna koko tu pulak nama dia Pintu Gerbang British." kata Sya.

"Yang batu batu yang terpacak kat situ tu untuk apa?Apa function batu tu?" soal Amy.

"Ohh..tu la tempat untuk orang dipancung.Dulu setiap penjajah yang menyerang kat sini mesti kena pancung kepala.Tu lah sebab kalau datang melawat kat sini,kita kena mandi bila balik.Nanti kang tak pasal pasal ada benda lain yang ikut balik rumah." Terang Sya lagi.

Anak anak saudaranya sudah pun ditegah olehnya dari masuk ke kawasan ini.Bimbang kanak kanak itu ternampak benda yang bukan bukan.Jadi,dia meminta tolong guard yang dikenalinya iaitu Pak Hamid untuk menjaga kanak kanak itu.

"Actually kan,dari tadi aku tengok rumah putih tu.Ada apa dalam tu?" Ad bersuara.

"Itulah Muzium.Dalam tu ada banyak fakta fakta tentang Kuala Kedah ni." kata Sya lagi.Naik lenguh mulutnya menjawab segala soalan yang dituju.

"Kau ni layak jadi sejarawan lah Sya.Banyak betul fakta yang kau tahu." kata Dee bangga.

"Aku tau pun sebab kawan Mama yang bagitahu.Dia memang cekap bab bab sejarah ni." Sya melihat jam di skrin telefon.Masih awal lagi untuk balik.

"Jomlah.Aku nak ajak korang makan ais kacang dalam buah nyoq.Padu punya!!" Sya menunjukkan ibu jarinya.

"Kau belanja ka Sya?" soal Dee sedikit kuat.

Sya hanya mengangkat tangannya tanda 'ya' tanpa berpaling ke belakang.Mereka hanya mengikut langkah laju Sya.

--------------------------
Sebenarnya agak susah saya nak bagi korang faham sebab Novel plus ni tak boleh letak gambar.Kalau boleh letak mesti korang dah boleh tengok macam mana rupa Pintu Gerbang tu.Bagi sesiapa yang ada akaun boleh tengok gambar yang saya letak dalam tu.Thanks kepada yang support!!Hargai sangat.

Share this novel

Izzleverty
2020-10-29 21:03:52 

Pintu gerbang ini mengambil bentuk Pintu Malim iaitu salah sebuah pintu gerbang Kota Kuala Kedah yang terletak di muara Sungai Kedah. Kota Kuala Kedah merupakan satu-satunya Kota Melayu yang diperbuat daripada batu-bata yang masih kekal dan boleh dilihat hingga hari ini. Kota ini telah dibina pada zaman pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah semasa baginda menaiki takhta Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 1760, bertujuan mempertahankan Negeri Kedah dari serangan tentera Siam pada masa itu. Pelan kota ini telah disediakan oleh Datuk Maharaja Kadhir dan dibantu oleh anak saudaranya, Maulana Ibrahim Sahab dari India dengan membawa bersamanya tukang-tukang batu dari sana. Kerja-kerja pembinaan dimulakan pada tahun 1771 dan siap pada tahun 1780. Kota ini meliputi kawasan seluas 2 ekar. Pada bahagian menghala ke laut dan sungai, dua tembok dibina dan di antaranya diisikan dengan tanah, manakala bahagian belakangnya didirikan tembok selapis sahaja, Meriam-meriam besar buatan British dibeli dan dipasang pada kota yang menghala ke laut dan dua di antaranya mempunyai nama khas iaitu “Badak Berendam” dan “Katak Puru”. Apabila Negeri Kedah menerima Penasihat Inggeris, kota ini telah digunakan sebagai pusat pentadbirannya. Untuk kemudahan mereka, sebuah pintu baru telah dibina, dimana ianya lebih besar dari Pintu Malim dan dikenali sebagai Pintu Inggeris. Replika ini dibina sebagai lambang kekuasaan dan kekuatan Kesultanan Melayu lampau.

Izzleverty
2020-10-29 21:03:46 

Ni info lanjut tentang pintu gerbang Kacapuri


NovelPlus Premium

The best ads free experience