Bab 21

Romance Series 4730

"Tinggal lah dulu beg beg bagai tu.Jomlah masuk,aku dah tak sabar ni!!" Ujar Sya dengan teruja.Amy dan Dee pula menggeleng kepala melihat telatah rakan mereka yang seorang itu.

Tanpa menunggu Amy dan Dee,Sya segera berlari ke arah pintu rumah tok dan tokwannya.Kelihatan rumah itu agak riuh.Dipandangnya pula segala kasut yang banyak bertaburan di situ.Sya tersenyum riang.Pasti ramai saudara maranya yang balik ke kampung untuk menghadiri majlis kenduri itu.

Sya menarik nafas sedalam dalamnya.Baru sahaja dia mahu memberi salam,kedua dua bahunya dipegang oleh Amy dan Dee yang sedang tersenyum manis.

"Kita masuk sama sama ya?" pinta Amy.Sha mengangguk laju.

"Assalamualikum!!" laung mereka bertiga serentak.

Selang beberapa saat,kedengaran orang menjawab salam dari dalam rumah.

"Waalaikumsalam..sapa tu?" soal orang itu.Lalu terpacul lah wajah seorang wanita 60 an di muka pintu.Matanya terbuka luas saat memandang wajah Sya,Amy dan Dee.
Tak lama kemudian,senyuman bahagia terbit dari bibir tuanya.

Sungguh dia rindukan cucunya itu.Hampir 7 bulan cucunya tidak pulang ke kampung.Perasaan sebak mula timbul di dalam hati.Tak sangka,cucunya masih ingat pada dirinya dan yang lain di kampung.

Tak tunggu lama,tubuh tua itu dipeluk erat oleh Sya.Tanpa sedar,air mata yang selalu ditahan dari pengetahuan orang lain gugur kerana perasaan rindunya pada Tok dan Tokwan di kampung.

"Sapa yang mai tu Mah?" soal Tokwan yang baru muncul di belakang Tok.

Cepat cepat Sya mengelap air matanya yang jatuh tadi.Dia tidak suka menunjukkan air matanya di hadapan orang lain.Dan disebabkan itu,dia dikatakan sebagai seorang perempuan yang sukar menangis dan tiada perasaan.

Sya tahu semua itu.Dia tahu apa pandangan orang lain terhadapnya.Tapi dia buat tidak endah sahaja.Biarlah,kalau dibiar,lama lama diamlah mereka tu.

Ok,back to the story.

Amy dan Dee yang berada di belakang segera menyalam tangan tua milik Tokwan.Lelaki tua itu menyambut huluran Amy dan Dee lalu tersenyum.Wajah kedua gadis itu seakan dia kenal.Tapi disebabkan faktor usia,dia agak lupa siapa gadis gadis itu.

"Bang,cucu kita Naura dah balik.Ni kawan kawan dia"Tok mengesat sisa air matanya.

Tokwan memandang ke arah Naura yang tersengih itu.

Terus dipeluk erat tubuh cucu perempuannya.Tok pula sedang berpelukan bersama Amy dan Dee.

" Rindunya kat Tokwan..."kata Sya dengan mata yang terpejam.Cuba ditahannya air mata yang sekali lagi ingin keluar dari tubir matanya.

"Haa..hang tau pun rindu dekat Tokwan.Tu la,sapa suruh sibuk sangat dekat sana" kata Tokwan sebaik pelukan dileraikan.

"Ceq sibuk pun,bukan sibuk saja saja.Ceq pi sana sebab nak sambung belajaq ja" jawab Sya.Dikerlingnya sekilas ke arah Amy dan Dee.

"Tok,Tokwan.Ceq bawak kawan kawan ceq sekali.Tok ngan Tokwan ingat dak?Depa dua ni la yang pernah tidoq kat sini 2 hari.Tok ngan Tokwan tak kisah kan kalau depa tidoq sini malam ni?" Sya meminta izin daripada Tok dan Tokwannya.

"Laa..apa yang tak bolehnya kalau depa tidoq sini?Mesti la boleh.Dah,jomlah masuk.Semua pak mak menakan hang pun balik sini semalam." Tok membuka pintu rumahnya dengan lagi luas.

Sya mengajak Amy dan Dee supaya mengikutnya sekali ke tingkat atas.Dia mahu naik untuk mencari bilik yang kosong.Mana mungkin anak dara seperti mereka hendak tidur di ruang tamu.

Masih terngiang lagi akan pesanan mamanya.Kata Mama Zila,semua anak dara yang ada di dalam rumah ini wajib tidur di dalam bilik.Yang lain akan tidur di ruang tamu dengan beralaskan toto.Pada mulanya,Sya membantah tentang perkara itu.Dia juga mahu merasa moment moment tidur beralaskan toto dan tidur beramai ramai.Tapi bila ditegah oleh mamanya,Sya hanya akur.Ada benarnya juga pesan itu.Lagipun,agak kurang sopan kalau anak dara tidur di ruang tamu.

Sya membuka semua pintu bilik di tingkat atas.Semuanya ada tiga bilik.Satu bilik dijadikan stor simpanan.Lagi dua bilik ialah bilik tetamu.Dan mereka dikira beruntung kerana  kedua bilik tetamu itu masih kosong.

                       ??????????
"Alhamdulillah,dah sampai pun" ujar Abah Zola sambil mematikan enjin kereta.

"Mama rasa kan,Naura dah balik lah.Sebab ada kereta dia dekat situ" jari Mama Zila terarah pada kereta Vios milik Sya.

Abah Zola mengangguk tanda setuju dengan kata kata isterinya.Lalu dia melangkah keluar dan menuju ke arah tiga pemuda yang sedang berdiri di luar kereta.

"Ni lah kampungnya anak muda.Jomlah masuk.Angkat sekali beg hampa tu." arah Abah Zola.Dia berjalan ke bonet kereta untuk mengangkat segala kotak yang diambil di RNR tadi.

Ad,Zack dan Ray hanya akur.Beg baju diambil lalu mengikut langkah Abah Zola masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum.Mak,barang dah sampai" laung Mama Zila dari luar.Terus langkah diatur masuk ke dalam rumah.

"Eh Kakcik,hang bawak balik sapa ni?Bakal menantu ka?Amboii,hensem hensem semua noh." usik Maklang dengan tangan yang penuh dengan tali ukuran baju.

Mama Zila ketawa kecil."Memang pun.Aku bawak balik bakal menantu ni.Aku dah cop.Orang lain takleh ambik dah noh"Mama Zila membalas.

"Ni anak aku dah balik ka?Kereta dia ada kat luaq tadi?"soal Abah Zola.

" Dah,baru ja sampai tadi.Tu tengah rehat kat atas la kot"jawab Maklong.

"Ha anak muda.Jomlah Abah tunjuk bilik hampa kat atas.Rasanya kosong lagi kot.Nanti masuk bilik,rehat la noh.Mesti hampa penat." tanpa menunggu balasan dari jejaka jejaka itu,Abah Zola terus mendaki tangga menuju ke atas.

Mereka bertiga mengekori langkah Abah Zola.

"Ni bilik tengah ni ja yang kosong.Abah harap hampa selesa la noh.Kalau ada apa apa,habaq kat Abah takpun habaq kat anak Abah sebelah bilik hampa ni.Abah turun dulu noh" pesan Abah Zola.

"Terima kasih Pakcik sebab sudi tumpangkan kami kat sini" ujar Ray.

Abah Zola mengangguk sekilas lalu turun ke bawah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience