Bab 25

Romance Series 4730

Sesampai sahaja kakinya ke bawah,namanya dipanggil oleh Maklang Nisah.

"Sara,mai sini sat"

Amy akur.Kakinya diatur menuju ke arah Maklang.

"Ya Maklang.Ada apa?" soal Amy.Matanya memandang wajah Maklang Nisah yang agak kalut itu.

"Ni,Maklang nak mintak tolong Sara.Naura cakap Sara pandai ukur baju orang kan?Jadi Maklang nak mintak Sara tolong ukur badan Adrian sat.Maklang lupa nak ukur tadi.Boleh nah?" kata Maklang.Tali pengukur dihulurkan kepada Amy.

Terkelip kelip mata Amy memandang tali pengukur itu.Aku?Ukur badan Ad?

"Err..boleh tu boleh Maklang.Cuma Maklang nak pi mana?Nampak kalut ja" soal Amy.Huluran Maklang tadi disambut juga.

"Maklang nak kena tolong orang masak.Depa pakat dok masak dah kat belakang tu." jawab Maklang.Dia tersenyum seketika.

"Maklang pi masak dulu noh" terus Maklang meninggalkan Amy.

Amy menggaru kepalanya yang tidak gatal.Macam mana nak buat ni?Batang hidung Ad pun dia tak nampak.

"Buat apa tu?"

Terangkat bahu Amy apabila mendengar suara Ad.

"Nampak Maklang tak?Tadi dia cakap nak ukur badan aku" mata Ad melilau mencari kelibat Maklang.

Oh ya.Lupa nak cakap.Mereka perlu memakai baju yang sedondon untuk kenduri esok.Jadi Maklang memutuskan untuk menyiapkan baju untuk mereka berenam.Katanya,lebihan kain masih banyak.Lagipun dia boleh menyiapkan keenam baju itu dengan cepat.

Sya pernah kata Maklangnya sangat pandai dalam menjahit baju.Ramai orang yang menempah baju kepada Maklang.Biarpun banyak tempahan yang diterima,banyak juga yang berjaya disiapkan dalam tempoh masa yang singkat.Jadi,tak heranlah kalau keenam baju itu mampu disiapkan pada hari ini.Esok hanya tunggu dipakai sahaja.

Back to the story.

"Ermmm...sebenarnya Maklang mintak tolong aku ukurkan badan kau.Maklang tengah sibuk tolong orang masak kat belakang."Amy menunduk.Tenggelam timbul suara Amy bercakap.Namun masih boleh didengari di gegendang telinga Ad.

"Ohh..kalau macam tu,ukur la sekarang" dalam diam Ad tersenyum riang.Argh..terima kasih maklang.

Amy mengangguk dalam menunduk.Dia mengangkat kepalanya memandang sekeliling.Rupanya mereka berada di hadapan pintu masuk.

"Takkan nak ukur kat sini?" tanya Amy sambil menjongketkan keningnya.

Ad tersenyum nakal.Didekatkan sedikit jaraknya dengan Amy.Dia menuduk memandang anak mata Amy.Kedua dua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Habistu,nak ukur dalam bilik?Eh boleh ja..cuma aku takut benda lain yang jadi." ujar Ad sambil matanya memandang Amy atas bawah.Senyuman tadi bertukar menjadi sengihan nakal.

Amy menjeling tajam.Lantas dia melangkah ke belakang menjauhkan diri dari Ad.

"Eyy..main mainlah kau ni.Dah,jom duduk sana" jari telunjuk menunjuk ke arah satu meja yang dipenuhi dengan kain dan sebuah mesin jahit.

Kaki Ad mengikut langkah laju Amy.Sengihan di bibir tidak lekang dari tadi.

"Berdiri tegak" arah Amy.Ad hanya akur.Amy mula tekun mengukur badan Ad.

Kaki dijongketkan sedikit apabila mahu mengukur di bahagian leher.Amy mendekatkan sedikit wajahnya untuk melihat bacaan pada tali pengukur.Tapi kurang jelas akibat ketinggiannya yang terbantut.

Ad ketawa kecil."Pfft..pendek"

Amy hanya menjeling.Didekatkan lagi wajahnya ke arah tali pengukur.Sesekali matanya memandang halkum Ad yang bergerak gerak.

"Kau tengah goda aku ke macam mana ni?Dekat sangat,aku cium kang" Ad memuncungkan bibirnya.Berura ura untuk mencium Amy.

Cepat cepat Amy berginjak kebelakang.Dia mencebik.

"Goda apanya?Dahtu,sapa suruh kau tinggi sangat?Bila orang dekat tahu pulak nak marah.Aku dah tolong ukurkan untuk kau,dah besar rahmat tau.Banyak pulak songeh kau" bebel Amy.Tangan disilangkan ke dada.

Ad tergelak.Tangannya mengusap kasar kepala Amy yang berbalut tudung.

Amy memincing tajam.Sungguh pantang tok nenek dia kalau tudungnya dirosakkan.

"Ad!!Rosaklah tudung aku.Ishh!" Amy mebetulkan tudungnya.

Ad membongkokkan badannya sedikit."Dah,sambung ukur."

Matanya tak lepas dari memerhati tingkah Amy.Sungguh tekun gadis itu membuat kerja.Kiri kanan langsung tak dipandang.

Ad tersenyum kecil.Andai kata Amy adalah isterinya,dialah lelaki yang paling bahagia memiliki gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience