"Dah sampai,jom turun" ujar Amy ketika kereta yang dipandu itu selamat sampai di tempat parking kolej mereka.Tangannya menarik gear ke atas lalu seatbeltnya dibuka.And yup,Amy yang drive hari ni sebab Sya cakap dia nak kunyah coklat dengan tenang.Coklat yang mana?Coklat yang Ray belanja tu lah.
Mata Dee dan Sya melihat ke luar tingkap sekilas lalu menanggalkan seatbelt yang dipakai.
Baru sahaja mereka hendak berjalan masuk ke kawasan kolej,tiga makhluk asing datang menghalang.Siapa lagi kalau bukan Ad,Zack dan Ray.Tiga gadis itu hanya membuat muka menyampah.Huh,pagi pagi dah buat kacau.Spoil mood betul!!
"Nak apa pagi pagi ni?Orang nak jalan pun tak boleh" bebel Sya.Tangannya masih setia memegang coklat Cadbury yang dikunyah dari tadi.
"Err..kitorang nak nombor telefon korang boleh?Semalam lupa nak mintak" jawab Ray sambil mengusap belakang lehernya.
"Tak boleh"jawab Dee ringkas.Ewah..datang pagi pagi halang orang tetiba mintak nombor telefon.Banyak cantek!!
" Ala..kenapa tak boleh?Bagi je la.Lagipun kalau korang ada masalah apa apa,bolehla call kitorang.Mana tahu kitorang boleh tolong."Zack memujuk.Tak boleh jadi ni!Kitorang kena jugak dapat nombor diorang.Kalau tak,melarat lah perasaan rindu nih.
"Ewah..dengan takde perasaan bersalahnya korang mintak kan?Dengan datang pun tak bagi salam tetiba mintak nombor telefon orang.Korang memang tak kenal erti malu ek?Buu.." ejek Amy sambil terbalikkan jari thumbs up nya.
"Ala..please..tak kesian ke dekat kitorang?" rengek Ad pula.Kedua tapak tangannya bersatu sambil mulut dicebikkan.Zack dan Ray yang memandang membuat gaya nak termuntah.Geli pulak bila tengok Ad macam tu.Jatuh maruah seorang lelaki yang macho.
"No means no.Dah,ke tepi!Orang nak masuk ni" Sya menolak jejaka jejaka tadi menggunakan failnya.Ray memandang sekilas ke arah fail yang dipegang Sya.Dia ternampak perkataan 'Kelas 2 Dinamik' di situ.Amy dan Dee mengikuti langkah Sya.Sempat lagi Dee menjelirkan lidah ke arah mereka.
"Hurmm..macam mana ni weh..diorang tak bagi la" sayu sahaja Zack berkata."Tak apa.Aku tahu macam mana nak dapat.Tadi aku nampak dekat fail Sya tulis Kelas 2 Dinamik.Korang tau tak kelas tu dekat blok mana?"tanya Ray.
"Tak silap aku kelas tu dekat blok D" balas Ad.Tiba tiba Ray tersenyum sinis.Ad dan Zack memandang pelik.
"Apa kata kita pergi kelas then mintak nombor telefon dekat kawan kawan diorang.Mesti budak budak dalam tu bagi punya." Ray memberi idea sambil mengangkat angkat keningnya.
"Woah..pandai jugak ek kau ni.Aku ingat kau ni tak ada guna.Akhirnya berguna jugak kau hari ni." perli Zack.Ray memandang tajam ke arah Zack.Eh eh suka hati dia je cakap aku ni tak ada guna.
"Itulah sebab Tuhan kurniakan mata.Ni tak,ada mata tapi tak guna elok elok buat apa" bidas Ray pula.Ad yang memerhati menggeleng kepala seraya mengeluh.Kalau tak diberhentikan sekarang,pasti lagi parah jadinya.
"Dahla tu.Asyik nak bertekak je korang ni.Kejap lagi kita pergi kelas diorang.Dah jom!" Ad menarik beg Zack dan Ray yang sudah mula berlawan mata.Lalu mereka pun melangkah pergi ke kelas.
-----------------------------
'Tok Tok Tok'
Semua mata memandang ke arah pintu kelas 2 Dinamik yang diketuk oleh Amna selaku pembawa maklumat.Amy,Dee dan Sya yang sedang mengemas di hadapan juga turut memandang Amna.
"Aku just nak bagitau yang hari ni kita tak belajar sebab semua lecturer kena pergi jumpa dengan Pegawai Pendidikan dekat tempat lain.So korang boleh je nak stay sini ataupun balik terus.Ok harap maklum bye." lalu Amna pun terus menutup pintu kelas.
Semua pelajar di dalam kelas 2 Dinamik sudah berasa teruja.Ye lah,semua lecturer kot takde hari ni.
Amy,Dee dan Sya berpandangan sesama sendiri sebelum Sya tersenyum sinis.Dia mengeluarkan telefonnya lalu di sambungkan kepada speaker yang selalu digunakan oleh lecturer ketika pembentangan.Dia membuka lagu hindustan 'Koi Mil Gaya'.Alah biasalah Sya ni kan peminat hindustan.Berlambak koleksi lagu hindustan dalam phone nya.Lepastu mengadu cakap storage penuh.
Amy,Dee dan Sya menggapai mic yang sedia ada.
'Koi mil gaya...'Amy mula menyanyi.
Satu kelas yang tadinya bising kembali senyap memandang ke hadapan.
Koi mil gaya..giliran Dee yang menyanyi.
Koi mil gaya....giliran Sya pula.Lalu mereka bertiga meletakkan mic tadi di atas meja.Sya menggapai penyapu di sebelahnya.Dia membuat gaya bermain gitar.
Semua manusia di dalam kelas itu memetikkan jari masing masing secara serentak mengikut muzik yang dipasang.Selepas itu,mereka semua mula riuh rendah dan ada juga yang menari.Amy,Dee dan Sya juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta.Mereka hanya menyanyi 'lipsync'(entah betul ke tidak.Yang menyanyi bukak mulut jer ikut lagu tu..korang faham faham sendiri la ek?)
Tak tahu sangat sebenarnya lirik lagu ni.Tapi apa yang mereka tahu sekarang adalah enjoy.Yeah let's go baybeh!!
----------------------------
Kedengaran kelas 2 Dinamik begitu riuh rendah.
Ad,Zack dan Dee memandang sesama sendiri.Apahal pulak riuh semacam jer ni.Ad membuka pintu kelas 2 Dinamik perlahan lahan.Mata mereka membuntang melihat keadaan kelas itu sambil membuka lagu hindustan.Semuanya menari mengikut lagu yang dipasang.
Tiba tiba ada seorang pelajar lelaki datang menghampiri mereka yang berada di depan pintu."Meh la masuk.Kitorang tengah celebrate sempena takde cikgu hari ni.Jomlah"ajak lelaki itu.
Mereka bertiga hanya menurut.Lalu mereka pun melangkah masuk ke dalam kelas itu.Pintu kelas ditutup rapat bagi mengelakkan orang lain nampak keadaan kelas yang riuh rendah ini.
Ray memandang sekeliling kelas itu.Semuanya sedang sibuk menari.Kelihatan Sya juga turut menari bersama Amy dan Dee sambil memegang penyapu.Ray tergelak kecil.Masuk air jugak pelajar dalam kelas ni.Tak macam kelas diorang iaitu kelas 2 Zuhrah yang berada di blok B.Semuanya alim alim belaka.
Dengan itu,mereka bertiga mengambil peluang untuk meminta nombor telefon dari budak lelaki tadi.Dan mereka bernasib baik kerana lelaki itu tidak membantah dan terus memberikan nombor telefon Amy,Dee dan Sya.
Selesai sahaja misi mencari nombor telefon si gadis pujaan hati,mereka pun mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah.
Share this novel