Bab 13

Romance Series 4730

"Aku nak tanya something ni boleh tak?" tanya Zack.Ad dan Ray yang mendengar terus mengerutkan kening."Kau demam ek Zack?Tak pernah lagi kau mintak izin nak tanya kitorang.Selalunya kau main rembat je tanya orang.Hah..benda apa yang kau nak tanya sangat tu?"ujar Ray.Zack hanya tersengih sebelum menyambung percakapannya.

"Apa pendapat korang tentang tiga perempuan yang kita jumpa tadi tu?" terluah juga soalan yang dipendam Zack.Ray dan Ad tersenyum mengingat kembali detik mereka bersama 3 gadis yang berlainan perwatakan.Walaupun baru sehari berjumpa,hati mereka telah terpaut dengan sifat sifat yang ada pada gadis gadis itu.

"Bagi aku lah kan,Amy tu seorang yang cool je.Tapi ada jugak sifat malu dia walaupun dia jarang senyum" kata Ad sambil mengukir senyuman.Tangannya menongkat dagu sambil fikirannya melayang jauh membayangkan wajah Amy.

"Bagi aku pulak,Sya ni seorang yang senang naik angin.Tapi dia nampak comel bila dia terkejut atau malu.Haih..aku tak tahu lah Zack.Aku tak pernah rasa macam ni bila dengan perempuan.Tapi untuk kali ni rasa lain sangat.Aku pun tak tahu kenapa" Ray melentokkan kepalanya pada meja.Macam orang gila bayang pun ada.Tak sampai beberapa minit,Ray mengangkat kepalanya kembali memandang Zack.Ad pula sudah tersengih seorang diri.Hmm..

"Kau pulak?Apa pendapat kau tentang Dee?" Ray mengajukan soalan kepada Zack.
"Dee ni bagi aku dia seorang yang periang and clumsy.Perangai dia yang selamba tu la yang buat aku suka kat dia." Zack membalas sambil kedua tangannya berpaut dan diletakkan pada dada kirinya.Dup dap dup dap..Fuh..sebut ja nama pujaan hati,kemain lagi ek hati ni nak berparti dalam ni?

"Ala weyh..asal kita tak ambik nombor telefon diorang tadi?Ahh..aku rindu la kat Amy..." rengek Ad manja.Mulutnya dicebik.

"Eh haah la..kenapa la tak terfikir tadi..hurmm ni dah rindu kan dah susah.Haih" Ray mengeluh.Zaman dah semakin maju pun masih malas nak menggunakan teknologi yang sedia ada.

"Urmm..apa kata esok kita tunggu diorang kat tempat parking tadi?Mana lah tahu diorang still lagi parking dekat tempat yang sama.Nak tak?" cadangan Zack membuatkan Ray dan Ad mengangguk.

"Ok.Kalau macam tu jomlah tidur.Aku dah mengantuk ni" kata Ray sambil menggosok gosok matanya.Dikerlingnya jam di dinding sekilas.Dah pukul 2.00 pagi.Esok liat pulak nak bangun pergi kolej.

"Ok." lalu mereka mengatur langkah menuju ke bilik tidur masing masing.

--------------------------------------------
"Woih..bangun subuh"

Zack mengeliat sedikit selepas mendengar suara Ray yang mengejutnya untuk bangun subuh.Dengan langkah yang malas,dia menuju ke dalam bilik air untuk mengambil wudhuk.

Manakala Ray hanya menggeleng kepala melihat langkah longlai Zack.Dia keluar lalu menuju ke bilik Ad.Baru sahaja dia ingin mengetuk bilik Ad,pintu itu sudah terbuka dari dalam.Kelihatan Ad yang segak memakai songkok di kepala.

"Kau dah ambil wudhuk?Kita berjemaah dekat bilik aku je boleh?Aku malas la nak keluar." tanya Ad sambil membetulkan songkoknya yang sedikit senget.

"Awal kau bangun.Selalunya macam sotong kau ni.Liat sungguh nak bangun subuh.Hari ni awal pulak." sindir Ray lalu meluru masuk ke dalam bilik Ad.

"Alah..aku rasa semangat hari ni.Well,kejap lagi kan nak jumpa buah hati" jawab Ad sambil mengangkat keningnya.Ray membuat muka menyampah.

Zack muncul di hadapan bilik Ad selepas selesai berwudhuk."Kita berjemaah kat sini ke?"Ad dan Ray mengangguk.Lalu mereka pun mula menunaikan solat subuh yang diimamkan oleh Ray.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience