"Kau okay tak Tira?Ada luka kat mana mana?" tanya Dee.Dah lama sebenarnya dia nak tanya soalan tu.Tapi sebab ada drama kat cafe tadi,terus lupa soalan.
"Okay.Aku okay je.Thanks tau korang sebab tolong aku tadi.Kalau korang tak ada,mesti lagi teruk lelaki tu pukul aku" sayu suara Tira menutur.Mungkin rasa takutnya tadi belum hilang.
"It's okay lah Tira.Kita kan kawan.Takkan nak biar ja kau kena pukul tadi." Dee membalas.Sungguh dia bersyukur kerana Tira tak ada luka yang teruk.
"Tulah..Kitaorang sepatutnya sampai awal tadi.Tapi tulah..Si Amy ni ha,masa tu jugak lah perut dia nak memulas.Huh!Alasan!" Sya berkata seraya menjeling sekilas ke arah Amy yang sedang leka dengan telefonnya.
Amy yang mendengar namanya disebut pantas mendongak.Dia mengukir senyuman yang manis kepada Sya.Berharap agar Sya tidak melenting kerana perutnya."Alah..yang kau nak marah aku kenapa?Marah la perut aku yang comel ni.Tanya kat dia perut oh perut,kenapa engkau sakit.Macam mana aku tak sakit,makan maggie kari,makan maggie kari.."seloroh Amy.Yang lain sudah ketawa terbahak bahak mendengar nyanyian tak berbayar tadi.
"Banyak la kau punya maggie kari!Maggie tu dah lama habis tau.Aku lupa nak beli buat stok." kata Sya sambil mengelap air matanya kerana ketawa tadi.
Amy hanya tersengih.Dee dan Tira sudah menggeleng kepala.Masuk air jugak si Sya dengan Amy ni.
"By the way..korang nak tahu tak apa yang aku bisik dekat mamat sewel tu?" tanya Sya sambil mengangkat keningnya berkali kali.
"Tak payah la kau susahkan diri nak bagitau.Kalau kau tak bagitau pon,kitorang dah tahu dah" kata Dee sambil membuat muka malasnya.
"Macam mana korang tau?" Sya bertanya.Pelik jugak..tak bagitau pon diorang dah tau.Something fishy here.
"Kau ni..macam tak tahu pulak yang suara kau tu dah tak boleh kurang dah volume.And lagi satu,kau tak layak berbisik sebab masa kau berbisik tadi,satu cafe dengar tau apa yang kau cakap.Kau telan mikrofon ke apa hah?" Tira dan Amy mengangguk tanda setuju dengan apa yang Dee cakap.Memang betul.Sya tak boleh berbisik sebab suara dia memang kuat.So tak ada istilah 'Berbisik' dalam kamus hidup Sya.
Sya menggaru kepalanya yang tidak gatal.Tak tahu pulak dia tercakap kuat sampai satu cafe boleh dengar.
"So alang alang korang dah tau,korang setuju tak nak belasah mamat tu?" Sya meminta persetujuan.Dia harap sangat Amy dan Dee setuju.Dah lama tak belasah orang.Ni dah ada peluang,takkan nak biar je.
"Okay" Ringkas sahaja Amy dan Dee membalas.Tahu sangat perangai Sya ni.Almaklumlah,bukannya baru kenal.Malah mereka bersahabat dari sekolah rendah lagi.Masuk tahun ni,dah 13 tahun mereka berkawan sejak berumur 7 tahun sampailah sekarang berumur 19 tahun.
Share this novel