Bab 4

Romance Series 4730

"Fuh..akhirnya..masa yang ditunggu tunggu dah tiba" ujar Sya sambil tersenyum sinis.Berbunga hatinya bila diri mendapat peluang nak belasah orang."Korang ingatkan plan aku tadi?"sambungnya lagi.Amy dan Dee mengangguk.Belasah belasah jugak..plan kena ada.Kalau tak buat plan,terbongkarlah rahsia yang selama inj disimpan.Oh ya..Tira tak join sekali sebab takut nak tengok adegan tumbuk menumbuk katanya.

"Ok..kalau macam tu,jom pergi fitting room." Amy dan Dee akur lalu membawa beg yang berisi 3 baju berwarna merah dan 3 mask berwarna hitam.Mereka mengatur langkah untuk menukar baju.

--------------------------------------
"Dah siap pon" Sya menilik dirinya di hadapan cermin.Pemakaian mereka perlu menutup identiti diri daripada orang lain.Kelihatan Amy dan Dee juga baru keluar dari bilik persalinan.Mereka memakai mask yang berwarna hitam.Tudung yang dipakai dililit rapi bagi mengelakkan tudung tercabut ketika bergaduh nanti."Dah siap kan?Jom".Mereka melangkah keluar dan menuju ke belakang makmal yang sunyi.Mudah la kerja mereka kalau tak ada orang.

---------------------------------------
"Kau dah letak ke belum surat tu?" tanya Dee."Dah..aku dah letak"Sya menjawab.Ini adalah salah satu daripada plan mereka.Tiba tiba mereka terdengar derapan kaki sedang menuju ke arah belakang makmal.Sya menilik jam ditangannya sekilas.Sudah menunjukkan jam 11 tepat.Ouh..jenis yang menepati masa rupanya mamat ni.Mereka segera menyorok di belakang pintu stor.Pintu itu dibiarkan terbuka.Kalau tutup nanti kantoilah.

Lelaki itu a.k.a Naim berjalan ke arah belakang makmal.Langkahnya terhenti tatkala melihat sehelai kertas yang terselit pada pokok bunga di situ.Lantas dia mengambil surat itu lalu membacanya.Naim sedikit gerun melihat kertas itu yang mempunyai tompok tompok merah seakan darah.Namun dia tetap membaca isi di dalam surat itu."Welcome dear boy,baru sampai ke?Actually kitorang tahu yang kau bergaduh dengan perempuan dekat cafe kan?Then ada 3 orang perempuan yang ajak kau gaduh.Am i right?Kitorang tau sebab semuanya kitorang dah nampak dan dengar pergaduhan korang.Don't worry Naim,kitorang akan belasah kau dulu,then baru turn budak perempuan bertiga tu.Understand my dear boy?"
                                       Warn Roses~~

Gulp!Naim kaku setelah membaca isi surat tersebut.Nampaknya orang lain yang akan membelasahnya nanti,bukan budak bertiga tu.Tapi di mana perempuan bertiga tu sekarang?Sekarang sudah 11.05 tapi tak ada seorang pon di sini.Dia menjadi lebih seram.Entah entah orang yang hantar surat ini sudah menculik perempuan perempuan itu untuk dibunuh.

Baru sahaja Naim ingin berpusing untuk balik,dia terkejut melihat tiga perempuan yang bertudung dengan berpakaian serba merah dan bermask hitam.Sekali imbas macam mafia.

Perempuan yang berada di tengah mula bersuara"So,dah baca surat tu?hmm?Mesti kau tertanya tanya kan?Mana budak perempuan yang ajak kau gaduh tadi?Actually kitorang dah culik diorang.Lepas je kau kena belasah,diorang pulak yang akan kena."sinis perempuan itu berkata sambil mengangkat keningnya.

Naim cuba berlagak tenang.Seolah olah tidak gentar dengan perempuan itu."Huh!Kau tu perempuan.Mana reti nak belasah orang!"tutur Naim dengan lagak sinis.Dia mula mengangkat tangannya untuk menumbuk perempuan tadi.Belum sempat tumbukan itu sampai ke muka,tangannya digenggam erat oleh perempuan tadi."Huh!Kau cari pasal dengan orang yang salah!"lantas perempuan itu segera menendang perut Naim hingga terjatuh.Naim merintih kesakitan akibat tendangan tadi.Boot yang dipakai ketiga tiga perempuan itu sama dan mempunyai tapak yang tebal.Sakit woo kalau kena tendang.

Naim cuba untuk bangun.Tidak mahu nampak lemah di hadapan mereka."Huh..nak lawan lagi?"perempuan yang berada di sebelah kanan bersuara lalu mengangkat kaki kanannya dan menendang muka Naim."ARGHH!!"Naim jatuh terbaring.Hidungnya sudah mengeluarkan cecair merah.Dia ingin bangun melarikan diri.Tetapi belum sempat dia bangun,perempuan yang berada di sebelah kiri berjalan menuju ke arahnya dan menarik rambut dan tangan Naim ke belakang.Berkerut muka Naim menjerit kesakitan.Setelah itu,perempuan itu mengundur ke belakang.Salah seorang daripada mereka mengambil sekuntum bunga ros putih dan diletakkan pada bahagian hidung Naim yang berdarah.Lalu bunga itu diletakkan bersebelahan Naim yang terbaring lemah."Itu balasan sebab cuba sakitkan perempuan tu dan cari pasal dengan orang yang salah"ketiga tiga perempuan itu mula beredar dari situ meninggalkan Naim bersendirian menahan sakit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience