Keesokan harinya~
"Weh..aku ada berita gembira ni nak bagitau" kedengaran gembira nada suara Tira.Matanya bersinar sinar.
"Hmmm..apa dia?" balas Sya malas.Mood belajarnya sudah hilang dibawa angin sepoi sepoi bahasa. (ceh??)Amy dan Dee baru sahaja bangun dari sleeping beauty.Blurr sahaja muka mereka.Masa lecturer May tengah berucap di depan tadi,mereka sudah tersengguk sengguk.Akhirnya mereka tewas dan tertidur.
"Hihi..aku tau korang takde mood nak belajar kan?So aku bawakkan berita untuk korang.Tadi lepas lecturer May keluar kan,dia ada panggil aku jumpa dia.Then dia suruh aku maklumkan kat orang lain yang hari ni kita balik awal sebab ramai lecturer takde.Diorang terlibat dengan aktiviti dekat kolej lain." terang Tira bersungguh sungguh.
Amy dan Dee yang tadinya mamai terus segar mendengar berita itu."Serious ah?!Yess!Thanks Tira sebab bagitau!!"ujar Dee dengan teruja.Sya dengan Amy sudah tersengih lebar.Berita paling gembira bila takde mood belajar.
"Okay lah.Aku nak pergi maklum dekat kawan kawan kita yang lain.Bye" Tira berlalu untuk memberitahu yang lain.
"Aku ingat nak pergi mall nanti.Nak shopping then aku nak pergi Tesco.Banyak barang dapur yang dah habis.Stok pon dah berkurang.Korang nak ikut tak?" tanya Sya.Amy dan Dee menggangguk.Gila lah kalau taknak ikut pergi shopping.Dah lama tak spend time together dekat luar.Lagipun memang betul barang dapur dah habis.Sya memang suka beli barang buat stok.Katanya jimat masa.Tak perlu nak ulang alik pergi keluar cari barang.
------------------------------------
Mereka jalan beriringan menuju ke kereta.Sampai sahaja di tempat parking,mereka masuk ke dalam perut kereta.Sya pula menghidupkan enjin dan bersedia untuk drive.Ya,Sya yang drive sebab dia dah janji takkan bawak laju.
Baru sahaja mereka ingin keluar dari tempat parking,sebuah kereta berwarna hitam berhenti betul betul di belakang kereta.Sya mulai berang.Orang nak keluar pon susah kalau ada yang menghalang.Sya menekan hon kereta berkali kali.Tetapi kereta itu masih lagi tidak berganjak.
"Hishh!!Pekak ke apa orang dalam kereta tu.Hon punya lah kuat,sikit pon diorang tak dengar!" marah Sya.Amy mengusap perlahan belakang Sya.Menyuruh Sya kekal tenang.Dee pula hanya memerhati kereta hitam itu di belakang.
Sya menghentak stereng dengan kuat.Dia melangkah keluar dari kereta.Mukanya tegang dan merah.Amy dan Dee juga turut mengekori langkah Sya.Tak tahu apa pula yang akan jadi selepas ini.Mahunya lebam muka manusia dalam kereta tu.
Sya pergi ke arah pintu pemandu kereta itu.Dia mengetuk cermin tingkap berkali kali.Tapi manusia di dalam buat tak endah sahaja.Sya sudah hilang sabar.Lantas dia membuka pintu pemandu itu.
Klak!
Pintu itu tak berkunci.Mudah kerjanya nak serang pemandu itu.Kelihatan seorang lelaki memandangnya dengan pandangan terkejut.Sya juga terkejut.Dia ingat pemandu tu perempuan.Alih alih lelaki pulak.Aduh ni yang lemah ni!!
"Erk!!Kenapa kau tiba tiba bukak pintu aku ni?" tanya lelaki itu.Sya menayang muka dinginnya.Nak cover muka terkejutnya tadi.Dah la lelaki ni handsome.Hampir saja dia melting di situ.Walaupun mereka ganas,tetapi bila berhadapan dengan lelaki,automatik jadi pinocchio.Mereka hanya berperwatakan serious bila dalam misi sahaja.Luar dari misi,sisi seorang perempuan yang ditayang.
"Helloo cik" lelaki tadi memetik jari di hadapan Sya.Sya yang tadi mengelamun terus tersedar."Herk!!"Sya tersedu.Malu rasanya bila lelaki itu tahu dia sedang mengelamun.
Amy dan Dee di belakang sudah menepuk dahi.Masa ni jugaklah si Sya ni nak malu.Tadi bukan main marah lagi.
"Herk!!Err..ak-aku..ha!Aku sebenarnya nak tanya.Asal kau berhenti kereta kau kat sini.Kau tahu tak yang kau dah halang aku keluar dari parking" tegur Sya.Nadanya bertukar menjadi sedikit marah.Sikit ja tak banyak.Malunya masih tak hilang.
"Ouh..sorry la.Kitorang tak sengaja.Kereta ni tiba tiba buat hal.Sorry okay?" lelaki yang berada di sebelah pemandu itu bersuara.Lembut nadanya menutur kata.Amy seperti terbuai mendengar suara itu.Rasa tenang je.
"Haah.Betul tu.Lagipun kereta ni tak pernah buat perangai.Hari ni tiba tiba je berhenti." Sambung lelaki yang berada di belakang.Dia menurunkan tingkap lalu memandang Dee yang berada dekat dengannya.Dee yang berdiri di situ tergamam.Pandangan mereka bertaut beberapa saat sebelum Dee menunduk menekur kakinya.
Sya tidak jadi mahu memarahi jejaka jejaka itu.Jadinya dia membuat keputusan untuk membantu mereka.Tambahan pula,dia tahu serba sedikit tentang ilmu membaiki kereta.
Lelaki tadi hanya bersetuju dengan keputusan Sya.Dia melangkah keluar dari kereta dan membuka bonet(?) di bahagian hadapan.Sya mula melakukan kerjanya.Usai dia membaiki,dia mengarahkan lelak tadi untuk menghidupkan enjin kereta.
Dan alhamdulillah.Kereta itu dalam keadaan baik lepas dibaiki oleh Sya.
"Thanks sebab tolong kitaorang.By the way,kenalkan nama aku Rayqal Rafiqi.Panggil Ray.Yang sebelah ni nama dia Adrian Wafiy.Panggil dia Ad.Dan yang belakang ni pulak Amirul Zakuan and panggil dia Zack." terang Ray.
Sya,Amy dan Dee menggangguk anggukkan kepala.
"Nama aku Naura Amisya and panggil aku Sya.Yang sebelah aku ni Sara Emilia.Panggil dia Amy dan yang lagi sorang ni Deeja Humaira.Panggil dia Dee." ujar Sya.Wajahnya kekal sama.Tiada secalit senyuman pon yang menghiasi.Amy dan Dee juga sama.
"Ouh..nice to meet three of you." ujar Ray.Dia mengukirkan senyuman manis kepada Sya.
Sya memaparkan wajah tidak beriak."Sekarang kereta kau dah ok kan?Boleh alihkan kereta kau tak?Kitorang nak gerak dah ni"soal Sya.Dah tak sabar ni nak pergi shopping.
"Eh..lupa pulak.Korang nak pergi mana?" tanya Ray."Kitaorang nak pergi shopping!!"jerit Dee dengan riang.Zack sembunyikan senyumnya.'Comel.Nak je aku cubit pipi dia.'desis hati Zack.
"Ouh..kalau macam tu,kitorang pon nak ikut lah.Jangan risau,kami belanja sebagai tanda terima kasih sebab tolong tadi" ujar Ad sambil tersenyum manis.Amy terlopong.Aduhmak bertambah handsome kalau dia senyum.Arghh!!Umi..anak umi dah cair!!
Amy tersedar apabila Sya menyikunya.Dia tersengih.
"Err..tak payahlah.Membazir je kalau korang belanja.Lagipun kitorang mampu lagi nak bayar." Sya menolak.Amy dan Dee mengangguk tanda setuju dengan Sya.Mereka masih mampu untuk membayar.Orang kaya lah katakan.
"Alah..apalah sangat kalau setakat belanja ja.Takpa..kitorang tak kisah pon belanja korang.Lagipun korang dah tolong repair kereta tadi." ujar Ray.Dia masih berkeras mahu belanja gadis gadis itu.
"Ishh..yelah yelah..suka hati korang lah.Kitorang dah nak gerak dah ni.Assalmualaikum" Dee membalas.Dia segera menarik tangan Sya dan Amy menuju ke kereta.Dah orang nak belanja,terima je lah.Takkan nak tolak kot.
Mereka mula menuju ke mall untuk bershopping.
Share this novel