Bab 7

Romance Series 4730

"Huuh..letihnya hari ni" rungut Dee sebelum berbaring di atas sofa.
"Eleh..apa yang letihnya.Aku yang drive bukan kau" bidas Sya pula.Dia yang penat drive tak adalah sampai merungut dan terlentang macam Dee.

"Eh..ofcourse lah aku penat.Penat menjerit" balas Dee.Hampir terkeluar anak tekak Dee menjerit dalam kereta tadi.Dah la si Sya ni drive laju mengalahkan Turbo Fast,bila sampai traffic light brek mengejut pulak.Macam mana dia tak melalak.

Amy yang baru masuk ke dalam rumah terus mencelah.Bimbang gunung berapi bakal meletus nanti."Dah la tu.Kau kena biasakan diri dengan cara Sya drive.Nanti kalau jadi apa apa time aku tak ada,Sya jugak yang nak angkut kau kehulu kehilir."pesan Amy.Dee tak pandai drive kereta.Jadi hanya bergantung kepada Amy dan Sya sahaja kalau hendak ke mana mana.

"Hmm yelah" balas Dee.Tangannya diletakkan di atas kepala.Mata sudah ditutup rapat.Sya yang melihat Dee hanya menggeleng kepala.Penat sangat lah tu.

"Okay lah.Aku nak naik atas dulu.Aku nak mandi,solat then turun bawah masak.Korang nak makan apa?Oder je,aku tolong masakkan."ujar Amy.Dalam rumah ini,Amy pandai bila masuk bab memasak.Sya memilih untuk membasuh pinggan dan baju.Dee pula akan mengemas rumah.Makmah pula bekerja sebagai pembantu rumah partime di sini.Malam baru lah Makmah datang nak tolong.Siang Makmah tak datang atas sebab larangan Sya.Dia kasihan pada Makmah,jadi Sya menyuruh Makmah datang pada waktu malam sahaja bermula pukul 8.00 hingga pukul 10.00.

" Aku nak makan tomyam!"ujar Dee tiba tiba.Badannya ditegakkan dan tangan diangkat.Matanya berkelip kelip memandang Amy.

"Bab makan laju ek kau.Patutlah kau berat.Aku tak kisah.Masak je apa yang ada" kata Sya seraya mengatur langkah naik ke bilik.Sempat dia menjeling ke arah Dee yang menahan marah.

"NAURA AMISYA!!!Sini kau!Jangan nak lari.Aku dapat kau,aku siat siat lidah kau!!" jerit Dee.Dia mula mengejar Sya yang sedang ketawa.Maka bermulalah sesi kejar mengejar antara mereka.

Amy hanya buat tak tahu.Malas nak masuk campur.Dia mendaki tangga dan masuk kebilik.Lebih baik dia mandi daripada join budak berdua tu.Perangai tak serupa umur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience