Bab 6

Romance Series 4730

"Yeay!!" bergema ruangan fitting room itu dengan suara 3 gadis pinocchio.Mereka berhigh five sesama sendiri."Puas hati aku dapat tendang muka dia sampai berdarah tadi"kata Sya sambil tersenyum sinis.Sungguh hatinya puas dapat belasah orang.Beranilah lagi kacau orang yang salah,memang orang tu akan dapat free ja lebam lebam.

"Aku pun puas jugak dapat tarik rambut dia kuat kuat tadi.Nasib glove aku lincin sikit.So takde lah sampai botak aku kerjakan" sambung Dee pula.Ya,mereka sentiasa memakai glove bila menjalankan misi membelasah orang.Mereka masih menjaga batas pergaulan dengan lelaki walaupun mereka ganas.Tudung juga tidak pernah ditanggalkan dari kepala bila berada di luar rumah.

Amy hanya diam.Tak tahu nak share apa.Takde lah best sangat tendang perut si Naim tadi.Benda macam tu dah basic bagi mereka.

"Now aku yakin yang si Naim tu percaya orang yang belasah dia tadi adalah orang lain." kata Sya dengan yakin.Plannya sudah berjaya.Mereka dapat membalas perbuatan Naim terhadap Tira sekaligus tidak mendedahkan sisi sebenar mereka.

"Dah.Jom balik.Korang dah siap tukar baju ke?" tanya Sya.Amy dan Dee menggangguk.Belum sempat mereka keluar dari fitting room,Sya menghalang dengan mendepakan tangannya.

"Bak kunci kereta.Hari ni balik aku drive.Sempena mood aku baik hari ni" ujar Sya sambil menyuakan tapak tangannya kepada Amy.

Dee yang mendengar lantas menjadi kaku.Sifat pinocchionya mula muncul.Tangannya menggigil dan mata mulai memerah.

"Haih..asal pulak kau takut ni Dee?Aku bukannya nak bunuh kau.Aku just nak drive je" Sya mengeluh.Tahulah dia yang Dee sedang takut.Macam mana?Hmm..melalui sifat pinocchio Dee lah.Kalau dia takut,automatik tangan menggigil then mata jadi merah.

"Ak..aku bukan apa Sya.Cuma..kalau kau drive,mesti kau buat jalan tu macam jalan bapak kau kan?So demi keselamatan aku dengan Amy,aku sarankan biar Amy je yang bawak.Lagipun mesti kau penat kan belasah Naim tadi" Dee cuba untuk mengumpan Sya.Dia lebih rela balik jalan kaki dari duduk dalam kereta dengan Sya yang drive.Bapak laju siak Sya ni kalau dapat drive.

"Ah..takde takde.Kau jangan nak umpan aku.Bak sini kunci." Sya terus merampas kunci kereta di tangan Amy yang dari tadi hanya diam.Amy dan Dee berpandangan sebelum mengeluh.Mereka mula mengucap dua kalimah syahadah sebelum masuk ke dalam perut kereta.Redha je lah..nak buat macam mana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience