Usai makan,Amy dan Dee meminta diri untuk naik ke bilik.Sya pula sedang mengumpul semua pinggan pinggan yang kotor untuk dibasuh.
Disebabkan terlalu banyak pinggan untuk dicuci,Sya mengambil keputusan untuk mencuci pinggan di luar rumah.Kerusi kecil diambil lalu duduk di hadapan paip air.Lengan baju disinsing sedikit.Tangannya mula lincah membasuh pinggan.
"Ehem!Buat apa tu?" hampir terlepas pinggan kaca dari tangan Sya apabila mendengar suara garau di belakangnya.
Sya menjeling ke arah Ray sekilas.Dia kembali fokus mencuci pinggan.
"Tengah memancing.." jawab Sya dengan malas.Sudah gaharu cendana pula,dah tahu bertanya pula(taktau betul ke tak??)
Ray tersenyum."Patut lah kau boleh pancing hati aku."ujar Ray seraya tersenyum nakal.Sya hanya buat tak tahu.
Bangku kayu yang kecil ditarik lalu duduk bersebelahan dengan Sya.Lengan baju dilipat hingga ke siku.Dan terserlah lah tangannya yang berurat.
Ray memandang ke arah lengan baju Sya yang sedikit basah.Dengan spontan,dia menarik lengan baju Sya ke atas sedikit.
Sya yang sedang leka mencuci pinggan itu terkaku.Apa yang mamat ni tengah buat?Lantas matanya memandang Ray disebelah.
Sedar akan kedudukan mereka yang agak rapat,Sya menginjak sedikit ke kiri.
"Kenapa tiba tiba tarik lengan baju aku?" tanya Sya bagi menghilangkan rasa gugup.
"Aku just nak tolong.Lengan baju kau basah tadi" balas Ray.
"Meh aku tolong kau cuci pinggan" tanpa menunggu balasan dari Sya,pinggan yang penuh dengan sabun dirampas lalu dicuci dengan air paip.
Sya membuat muka."Tak payah la.Pergi la buat kerja lain.Pinggan ni bagi aku ja yang basuh."kata Sya.
Bukannya dia tak mahu,tapi bila berada dengan Ray,mesti dia rasa tak senang duduk.Sedangkan Ray terlihat sangat bersahaja.Seolah olah tiada masalah dalam hidup.
"No Sya.Don't worry dear.Aku pun tahu macam mana nak cuci pinggan." balas Ray.Dia bukannya nak cuci pinggan sangat pun.Cuma disebabkan dia ternampak Sya yang agak terburu buru membawa pinggan kotor untuk dibasuh,dia bercadang untuk meluangkan masa bersama Sya.
"Tapi ak--"
"No means no sayang.Aku boleh buat" tanpa sedar,Ray terlepas cakap.Namun dibiarkan saja.Biarlah Sya nak kata apa pun.Memang tidak dapat dinafikan,dia memang dah jatuh sayang dengan Sya.
Sya hanya diam.Akhirnya dia mengalah.Nanti kalau dibantah,entah apa lagi yang akan keluar dari mulut Ray.Sayang??Eeuuww..macam lah Sya ni bini dia.
Sedang syok mencuci pinggan,dengan tak sengaja air paip yang mengalir itu terpercik gara gara mulut paip itu tertutup dengan belakang tangan kekar milik Ray.Dan air yang terpercik tadi terkena tudung dan baju Sya.
Bulat mata Sya melihat baju dan tudungnya yang basah.
"Ray!!Habis basah tudung aku." Sya membelek belek tudung miliknya.Sudahla dia bawa sikit saja tudung sarung.Yang lain kebanyakannya tudung bawal.
"Opps..sorry Sya.Tak sengaja." kata Ray dengan serba salah.
"Eyyy!!Sini kau"
Sya memenuhkan kedua tapak tangannya dengan air.Lalu air itu disimbah ke arah Ray.Baju milik Ray juga sudah basah.
"Hah!!Basah pun.Amacam?Adil dan saksama bukan?" Sya mengangkat keningnya berkali kali.Ray mendengus geram.
"Ooo..main kasar ya?Takpa,aku balas balik." Ray juga memenuhkan tapak tangannya dengan air dan disimbah ke arah Sya.
Akhirnya mereka pun saling menyimbah diri dengan air.
"Astaghfirullahalazim!!Naura,Rayqal!Awat yang basah kuyup ni?"
Tok muncul sambil bercekak pinggang.Tergeleng geleng kepalanya melihat keadaan cucunya dan Rayqal.Perangai tak serupa umur.
Abah Zola dan Mama Zila pula muncul di belakang Tok."Ni awat ni Naura?Main ayaq ka?"soal Mama Zila pula.
"Ray ni Tok..dia buat tudung ceq basah.Ceq balaih la balik" jawab Sya seraya menjeling tajam ke arah Ray.
"Eh..aku pulak?Tak sengaja la." Ray juga turut menikam tajam mata Sya.
"Ek elleh..dah buat salah tak mengaku pulak" Sya masih lagi menyalahkan Ray.
"Mana ada aku tak mengaku"
"Ada"
"Takda"
"Ada"
"Takda"
"Ad--"
"Dah la tu.Asyik nak berkelai ja.Bagi kawin nanti baqu hampa tau!" Tok bersuara tiba tiba.
"Dah.Pi naik atas paihtu tukaq baju.Haih budak budak ni" Tok berlalu masuk kedalam rumah.
"Hah Rayqal.Ada baju lebih dak?Kalau tak dak boleh pakai yang Abah punya" Abah Zola bersuara.
Ray mengangguk."Ada Abah.Dalam beg kat atas"
Abah Zola mengangguk sekilas lalu masuk kedalam rumah bersama Mama Zila.
Ray memandang ke arah Sya yang juga sedang memandangnya.Lama pandangan tajam mereka bertaut.
Ray mengenyitkan mata kanannya lalu tersenyum."Syok tenung mata aku?Aku tau la aku handsome"
"Hmph!!"Sya mengalih pandangannya ke arah lain.Tiber ja mamat ni.Kakinya laju menonong masuk ke dalam rumah dengan baju yang basah.
Tanpa sedar,Ray tersenyum lebar.Semakin lama,dia semakin tertarik dengan tingkah laku Sya.
---------------------
Untuk bab ni Izz fokus dekat Sya dengan Ray dulu.
Share this novel