'Tok tok tok'
Bunyi ketukan pada pintu bilik menyentakkan Amy,Dee dan Sya yang sedang rancak berbual.Sya bangun dari katil lalu membuka pintu.Sempat tangannya menyarung tudung di kepala.
"Haa Naura.Ni Makcik mai ni sebab nak ajak hampa sembahyang Zohor berjemaah sekali.Lepas sembahyang,kita makan ramai ramai noh" kata Makcik Ina.
Sya mengangguk kepalanya.Pemergian Makcik Ina menuju ke bawah dihantar dengan ekor matanya.Lalu pintu bilik ditutup rapat.
Sya melihat jam di dinding.Terlalu leka bersembang sampaikan tak sedar sudah masuk waktu Zohor.
"Jomlah turun bawah ambik wudhuk." ajak Sya.
"Family hang kat sini memang sembahyang berjemaah ka?" tanya Dee.Tangannya lincah mencari tudung sarungnya.
"Sembahyang berjemaah kalau ramai ja.Kalau tak ramai,memang sembahyang sorang sorang." jawab Sya.
"Dah jom" Amy bersuara setelah selesai memakai tudung.
??????????
"Kak Naura!Kak Sara!Kak Humaira!Cepat la sikit" laung Syawal a.k.a adik Sya dari bawah.
"Ya..sat sat.Nak siap dah" laung Sya pula dari atas.
"Dah,jomlah sembahyang" kata Sya sebaik sahaja mereka bertiga sampai di ruang bersolat.
Sesekali mereka bertiga memandang seorang lelaki yang berada di tempat imam dan dua orang lelaki di belakang imam yang membelakangi mereka.
Mereka bertiga hanya buat tak kisah tentang lelaki tadi.Sekarang masanya untuk solat,bukannya nak usha anak orang!
Mereka pun mula menunaikan solat Zohor beramai ramai.
Amy,Dee dan Sya agak terpegun dengan suara imam yang merdu mengalunkan surah surah yang dibaca.Rasa tenang sebaik sahaja mendengar suara itu.
Usai solat dan membaca doa,Amy,Dee dan Sya terus naik ke bilik untuk menanggalkan telekung yang dipakai.
Tidak betah duduk lama lama dengan orang ramai.Lagipun,perut sudah mendendangkan lagu dondang sayang.Sejak pagi tadi lagi mereka belum menjamah apa apa.Soal tiga lelaki yang mereka nampak dari belakang tadi pun tidak dihiraukan.Yang mereka fikir sekarang adalah...MAKAN!!
????????
"Kak Naura!Meh la turun makan.Ajak sekali kawan kawan akak tu" jerit Syawal di luar pintu bilik.Tangannya tak henti henti mengetuk pintu bilik yang tertutup rapat itu.Sengaja dia ingin menaikkan angin kakaknya.Dia tahu Sya tak suka bila orang ketuk pintu biliknya tak henti henti.Pasti dia akan naik hantu.
Tiba tiba pintu itu dikuak kasar.Terpacul wajah kakaknya yang sedang marah.
"Nak ketuk tu boleh.Tapi jangan la ketuk banyak kali!Hang ni kalau sehari tak sah kalau tak buat aku naik hantu." adiknya dijeling tajam.Bikin naik hantu ja Syawal ni.
Syawal sengih kambing.Sudah biasa dengan kakaknya yang mudah marah itu.
"Cepatla turun.Akak tau dak,ada tiga orang abang hensem dekat bawah..rugi kalau akak tak turun sekarang." Kata Syawal lalu menonong turun ke bawah.
Sya menggeleng perlahan.Senakal mana pun adiknya itu,Syawal tetap adik yang paling dia sayang.Dia jadi mafia dibawah Inspektor Malik pun kerana adiknya.
Dia masih ingat di mana kejadian adiknya hampir diculik oleh penjahat di hadapan matanya.Ketika itu,Sya sedaya upaya melawan penculik itu.Tapi disebabkan dia tiada ilmu mempertahankan diri,dia jadi lemah dan dirinya juga hampir diculik.Mujurlah ada orang awam yang membantu menyelamatkan mereka ketika itu.Saat itu,barulah Sya sedar.Dia akan menjadi lemah jika orang terdekatnya dalam bahaya.Dan dalam masa yang sama,dia bertekad untuk belajar mempertahankan diri demi menyelamatkan nyawa orang tersayang.
Sya menggeleng geleng kepalanya.Cuba untuk mengusir segala kejadian perit yang dia lalui dahulu.
????????
"Haa Naura,Sara,Humaira.Meh la makan" ajak Tok.Ditepuknya ruang kosong disebelah menyuruh cucunya duduk di situ.
Baru sahaja Sya mahu membalas,matanya bertembung dengan seorang lelaki yang amat dikenalinya iaitu Ray yang sedang memandangnya.
Amy dan Dee juga begitu apabila pandangan bertaut dengan Ad dan Zack.
Terkejut,terpana,terkaku dan segala ter timbul dalam diri.
Kenapa?Kenapa hamba Allah bertiga ni mesti ada kat sini.Kenapa saat mereka mahu mengelak dari lelaki lelaki ini,akhirnya mereka jumpa jugak.
Kenapa?Kenapa???!!!!!!
????????
Terhenti kunyahan Ad,Zack dan Ray saat terpandang wajah yang mereka rindui.Mereka juga terkejut dengan kehadiran gadis gadis itu.Dalam diam,hati mereka bersorak gembira.Tak sangka,mereka sudah berada di alamat rumah yang betul.
Deheman Abah Daus menyentakkan mereka berenam.
"Jangan renung lama lama sangat.Belum halal lagi.Nanti dah halal,ha renung la mata tu sampai tembus" perli Abah Daus.
Dari tadi lagi dia perhatikan gerak geri gadis gadis itu dengan anak muda bertiga di hadapannya.
Suasana agak hening seketika sebelum sedu Amy dan Sya kedengaran.Dee pula sudah tertunduk menekur lantai.
Semua orang memandang ke arah Amy dan Sya yang tersedu itu.Mereka semua tahu tentang sifat pinocchio mereka bertiga kecuali Ad,Zack dan Ray.
Ad,Zack dan Ray pula menggosok belakang tengkuk bagi mengilangkan rasa malu.Kantoi tenung anak dara orang ooii!!
"Hampa berenam ni dah kenai lama ka?" Tok menyoal.Semua orang memandang ke arah mereka berenam untuk menunggu jawapan.
"Kami satu kolej Tok.Sebab tu kami kenai" Sya menjawab mewakili Amy dan Dee.
Tok memincingkan matanya.Dia beralih pula ke arah Ad,Zack dan Ray.
Ray mengangguk mengiyakan kata kata Sha.
Semua orang di situ tersenyum lebar.Begitu juga Tok dan Tokwan.
"Nampaknya senang la misi kami lepas ni." kata Tok sebelum mengangkat pinggan kotornya ke singki.
Tiga jejaka dan tiga gadis itu mengerutkan dahi setelah mendengar kata kata Tok.
Misi?Sya berfikir.Tak lama kemudian,Sya menekup mulutnya dengan mata yang bulat.
Ya tuhan,Tok jadi mafia jugak ka?
Tak dapat dibayangkan jika Tok memakai mask dan baju ala ala mafia yang sedang mengacu pistol.
Sya menggeleng laju.No!!Tak mungkin Tok jadi mafia.
Share this novel