Span pencuci pinggan yang dikerat dua itu dipandang sayu oleh Amy dan Sya.
Dee menepuk tangannya bagi menghilangkan debu.Dah lama dia bersabar dengan Amy dan Sya yang bertekak hanya kerana berebut span.Sekarang,barulah dia puas!!
Ad,Zack dan Ray pula sudah bantai gelak sambil tangan lincah mencuci pinggan.
"Nak berebut lagi tak?" soal Dee mendatar.Matanya sengaja mencerlung tajam memandang dua sahabatnya itu.
Amy dan Sya menggeleng laju.Tak semena mena span yang asalnya besar menjadi kecil kerana dibahagi dua oleh Dee.
"Bagus..now continue your work" Dee mula kembali menyambung kerjanya yang tergendala tadi.
Sya menjeling tajam ke arah tiga jejaka yang dari tadi tak berhenti ketawa.Dia menyiku lengan Amy dan menjuihkan bibir ke arah mereka bertiga.
"Pehal korang gelak gelak ni?Ada yang lawak ka?"soal Amy tegas.
" Takdela..perangai korang berdua macam budak budak.Span pun nak berebut.Piigidaa.."jawab Ad.
"Mana ada macam budak budak.Ni Sya ni haa.Dia yang berebut dengan aku dulu." bidas Amy seraya menjeling Sya.
"Eh,aku pulak.Tu span aku la.Kau ja yang beria ria mengaku tu span kau.Sekarang tengok,kan dah kena kerat dua" balas Sya balik.
Amy memercikkan air paip ke arah Sya.Manakala Sya pula membalas dengan memercik air sabun.
Dee menggeleng kepala.Teramat letih nak baikkan mereka berdua ni.Dee berfikir sejenak.Hanya satu cara sahaja yang boleh meleraikan perang Badar ini.
Dee melihat kedudukannya sekarang.Ternyata dia berada di antara Amy dan Sya.Dia tersenyum senget.
"Adoi!!" jerit Amy dan Sya serentak apabila tangan Dee naik memiat telinga mereka yang berlapik tudung.
Dee menggigit bibir bawahnya.Dia tengah melepaskan geram sekarang ni.Telinga yang dipiat itu ditarik dan ditolak berulang kali.Selagi dia belum puas,selagi tu dia takkan berhenti.
Setelah beberapa minit memiat telinga,Dee akhirnya menurunkan tangannya.Puas dia mendengar rintihan Amy dan Sya tadi.
"Tulah,bergaduh lagi.Ni lah balasannya!" Kata Zack sebelum ketawa kuat disertai dengan Ad dan Ray.Masih terngiang ngiang lagi wajah Amy dan Sya yang berkerut menjerit sakit.
Amy dan Sya membuat muka masam.Habis senget tudung yang dipakai.Tangan mereka menggosok perlahan telinga yang ditarik tadi.
Sakitnya lain macam sebab Dee memiat dengan kuat.
"Sakit lah Dee!" marah Amy.
"Siapalah yang malang sangat jadi laki kau nanti." sambungnya lagi.
"Betul tu.Malang sangat nasib dia" sokong Sya pula.
Kali ini lengan mereka berdua pula yang menjadi sasaran cubitan Dee.Bahu Dee yang ditampar kuat oleh mereka berdua tidak diendahkan.
"Wowow..chill Dee.Kesian diorang asyik dapat sakit ja" Zack bersuara apabila tiada tanda tanda Dee untuk berhenti.
Sesekali Zack tidak senang duduk apabila teringat kata kata Amy tadi.
'Siapalah yang malang sangat jadi laki kau nanti.'
Air liur ditelan payah.Seandainya dia dan Dee berjodoh nanti,begitukah nasibnya?Melihat muka berkerut Amy dan Sya tadi,macam sakit sangat je penangan Dee tu.
Dee melepaskan cubitannya.Terasa bersalah pula dengan sahabatnya itu.
"Eyy!!Dasar mak ketam masak lemak!" Sya menampar bahu Dee.
"Entahnya.Sakit la kau cubit tadi!" Amy menggosok lengannya.
"Yela..yela.Maaf okay?Aku tak tahu pulak aku cubit kuat tadi"Dee tersengih sambil menggosok perlahan lengan Amy dan Sya yang dicubit tadi.
" Dah,sambung cuci pinggan.Kalau asyik bergaduh ja sampai esok pun tak habis"Ray yang diam dari tadi bersuara.
Tanpa disedari oleh mereka berenam,ternyata Tok dan Tokwan sedang memerhati mereka dari jauh.
"Lega hati Timah bila tengok depa rapat macam tu bang.Harap harap la depa semua tu kahwin nanti." ujar Tok.
Matanya tidak lepas dari memandang ke arah mereka berenam yang sedang bergurau senda.
"Kalau macam tu,nanti suruh la mak ayah depa tu berbincang anak beranak nanti.Naura dengan kawan kawan dia tu dah besaq.Tapi sayang la sebab tak kahwin lagi.Sepatutnya umuq macam tu dah boleh jadi mak budak dah" Tokwan memandang ke arah Sya yang leka bersembang.
Teringin juga sebenarnya nak tengok Sya naik pelamin.Sepupu sepupu yang sebaya Sya semuanya sudah berkahwin.
Dia yakin tiga jejaka itu mampu menjaga cucu cucunya dengan baik.Walaupun Amy dan Dee bukan dari keluarganya,tetapi dia sudah menganggap kedua gadis itu sebagai cucunya sendiri.
"Bang,nanti kita cuba pujuk Zila dengan yang lain suquh depa berenam tu kahwin cepat cepat.Timah tak sabaq nak ada cicit lagi" ujar Tok dengan gembira.Pasti meriah rumahnya kalau dipenuhi dengan cucu dan cicitnya.Nak nak lagi bila hari raya.
"Hmm..nanti kita bincang.Dah,jom masuk dalam.Biaqla depa enam bersembang kat situ." Tokwan berlalu masuk ke dalam rumah diikuti dengan Tok.
             ????????
Malam itu~~~
Semua orang berkumpul di ruang tamu apabila dipanggil Tok dan Tokwan.Kecuali Amy,Dee dan Sya sahaja yang tidak turun kerana ingin berehat di dalam bilik.
"Awat Mak panggil kami semua ni?Ada apa apa ka?" soal Mama Zila kepada Tok.
"Tok nak bagi hadiah sebagai tanda penghargaan dekat hampa semua sebab sudi balik kampung ni" Tok tersenyum lalu menarik sebuah kotak.
"Nah,ambik sorang satu.Pilihla yang mana berkenan"Tok mengeluarkan satu persatu tudung shawl dari kotak.
" Woah...cantiknya shawl ni.Terima kasih Tok"ujar Damia a.k.a sepupu Sya lalu memeluk Tok dengan erat.
Tok hanya tersenyum sambil membalas pelukan cucunya."Sama sama."balas Tok.
Tok mengerutkan dahinya apabila Damia tidak mahu meleraikan pelukan.Ditolak tolaknya tubuh Damia namun cucunya itu masih tidak mahu berenggang.
"Pasaipa pulak dah hang ni?Lepaih la,Tok tak boleh nak bernafas ni" Kata Tok.
"Ala..ceq nak manja manja dengan Tok pun tak boleh.Tak sweet la Tok ni." rungut Damia dengan muka masam.
"Isy,tak dak maknanya Tok nak manja dengan hang ni.Dah ada anak pun perangai macam budak budak" bidas Tok sambil menjeling Damia.
"Yalah yalah.Ceq tak mau peluk Tok dah lepas ni" Damia melepaskan pelukannya.
"Dahtu hang nak peluk sapa pulak?" tanya Tok seraya mengangkat keningnya.
"Peluk Tokwan lah..sapa lagi!!" Lantas Damia terus menerpa untuk memeluk Tokwan.
Tokwan hanya ketawa menunjukkan gigi palsunya.Tok hanya buat tak layan dengan perangai Damia.
"Haa,ni untuk hampa bertiga.Kebetulan ada lebih." Tok menarik lagi sebuah kotak yang dipenuhi dengan kain sampin.
Tok menggamit Ad,Zack dan Ray untuk datang ke arahnya.Mereka bertiga hanya menurut.
"Nah,ambik la" Tok menghulurkan tiga helai kain sampin.
"Buat susah susah ja Tok ni" kata Zack.Huluran Tok tadi tetap disambut.
"Takda susahnya.Lagipun orang yang juai tu bagi free kat Tok sebab Tok beli banyak barang kat dia" jawab Tok.
"Alhamdulillah,rezeki kan" ujar Ad.Tok mengangguk sekilas lalu bangun menuju ke dapur.
Ray membelek belek kain sampin itu.Cantik.Corak sulamannya seperti corak batik Sarawak.Dia berfikir sejenak.
"Weh.Macam mana nak pakai kalau kita tak reti nak pakai.?" soal Ray setelah lama berfikir.Kain sampin yang dipakai siang tadi pun Amy,Dee dan Sya yang tolong pakaikan.
"Kalau tak reti pakai,kahwin je la.Nanti boleh mintak tolong isteri pakaikan" sampuk Abah Zola apabila terdengar soalan dari Ray tadi.
"Err..kahwin?Dengan siapa?" soal Ray polos.Abah Zola ketawa kecil.
"Dengan sapa lagi kalau bukan dengan anak dara bertiga tu" jawab Abah Zola dengan tawa yang masih bersisa.
Ad,Zack dan Ray terpempan mendengar jawapan Abah Zola.
"Maksudnya Abah Zola dah bagi greenlight lah ni?" soal Ray teruja.
Abah Zola mengangguk sambil tersenyum.
"Kami sebenarnya dah lama berkenan dengan hampa ni.Jadi,sudi dak nak jadi menantu kami?"soal Mama Zila dengan perasaan yang berdebar debar.Bagaimana agaknya jawapan dari anak muda itu.
" Sebenarnya kami memang suka dekat diorang tu sejak mula mula kenal.Cumanya setiap kali berjumpa,mesti diorang nak mengelak"terang Ad dengan kekok.Janggal pula rasanya bila bercakap pasal kahwin ni.
Yang lain mula tersenyum lebar mendengar kata kata Ad.
"Diorang memang macam tu.Nampak ja macam kuat marah,tapi sebenarnya manja.Ingat,ais yang beku tu kalau selalu ditimpa air,tetap akan ada lekuknya" celah Abah Ib pula.
Orang lain yang mendengar mengangguk tanda setuju dengan Abah Ib.
"Betui cakap Abah Ib tu.Depa bertiga tu kalau dengan family,mesti manja lain macam." sokong Makcik Ina.
Mereka bertiga hanya diam.Jauh dilubuk hati,mereka benar benar ingin memperisterikan gadis gadis itu.
Abah Daus dan Abah Zola menepuk bahu mereka bertiga.
"Kami akan tunggu keluarga hampa masuk meminang.Kalau cepat lagi baguih.Benda baik tak elok tangguh lama lama." ujar Abah Zola lalu beredar.
Mereka bertiga duduk membisu.Ya,mereka perlu balik ke Perak dan berbincang dengan keluarga tentang hal ini.Kalau boleh,mereka mahu disatukan secepat mungkin.Bimbang gadis gadis itu dikebas orang pula.
--------------------
Best ka bab ni?Macam hambar ja.??
Anyway,Izz nak buat diorang ni kahwin cepat sikit.Kesian pulak tengok Ad,Zack dengan Ray tertunggu tunggu.
Share this novel