Bab 31

Romance Series 4730

Usai makan,mereka terus bergerak pergi ke Bukit Bendera.

Kata Paksu,semuanya dia belanja hari ini.Segala tiket masuk,makan minum semuanya dia belanja.Maklumlah,gaji besar.

Mereka menunggu giliran untuk menaiki kereta api.Dalam 15 minit menunggu,akhirnya tiba giliran mereka.

Amy,Dee dan Sya duduk di atas kerusi berhadapan dengan 3 orang warga Bangladesh.Belum sempat mereka bangun untuk keluarĀ  menuju ke gerabak lain,Ad,Zack dan Ray melangkah masuk lalu pintu automatik ditutup.

"Don't worry.Kitorang ada.Duduk ja kat situ" arah Ad.

"Habistu,korang nak duduk mana?Tempat lain dah penuh" soal Amy.Gerabak lain sudah dipenuhi ramai walaupun bukan hari cuti.

"Kitorang berdiri kat depan korang je lah."Ray berdiri di hadapan Sya sambil memaut tangan di pemegang besi.Sebelah lagi tangan dimasukkan ke dalam poket.Begitu juga dengan Ad dan Zack yang berdiri dihadapan Amy dan Dee.

Kereta api mula bergerak naik ke atas.Hampir sahaja Amy,Dee dan Sya terjatuh ke hadapan gara gara bukit yang semakin curam.Tangan Amy dan Sya automatik memegang satu lagi pemegang besi di tepi pintu gerabak.

Dee yang berada di tengah pula terpaksa berpaut pada bahu mereka berdua.Tak mungkin nak pegang Zack kat depan ni pulak.Bikin malu saja dekat mamat Bangladesh itu.

Sebaik sahaja kereta api sampai di atas,mereka berenam masih kaku di tempat duduk.Membiarkan warga asing itu dahulu yang keluar.

" Wah...cantiknya tempat ni.Rugi betul tak datang awal awal." ujar Amy sambil melopongkan mulutnya.

"Woih,simpan sikit jakun kau tu.Jom,kita pergi tangkap gambar kat situ" Sya menutup mulut Amy yang terlopong itu lalu menarik tangan Amy dan Dee.

"Eh,tunggu la..kitorang pun nak tangkap gambar jugak!" jerit Ad dari jauh.

Mereka berenam mula leka menangkap gambar berlatar belakangkan pemandangan Pulau Pinang.

Tidak lama kemudian,Paksu muncul di situ.

"Hampa berenam pi la kat mana yang hampa nak.Nanti Paksu telefon kalau nak turun satgi." pesan Paksu.

Mereka mengangguk mendengar pesanan Paksu.Lalu Paksu berlalu menuju ke arah Tok dan Tokwan yang sedang membeli barang.

"Subhanallah..cantiknya ciptaan Tuhan." Sya memerhati pemandangan di hadapannya.Sungguh cantik kalau dilihat dari atas.Air laut kelihatan biru dan tenang.Bangunan bangunan yang dibina pula tinggi tinggi belaka.

"Sya!Jomlah pergi sana pulak!" laung Dee dari jauh.Sya mencebik.Baru nak feeling feeling.Dengan penuh keterpaksaaan,Sya berjalan juga menuju ke arah mereka berlima yang sedang mengambil gambar.

"Eh!Kenapa ni?" terpinga pinga Amy,Dee dan Sya apabila beg yang digalas ditarik oleh Ad,Zack dan Ray.

"Kita ambik gambar berpasangan la.Lepastu baru ambik gambar ramai ramai." kata Zack dengan tangan yang masih setia memegang beg Dee.Dia menggamit seorang jurugambar yang bekerja di situ.

"Bang,tolong ambik gambar kitorang boleh?"soal Zack.Jurugambar itu hanya mengangguk.

" Cik rapat sikit boleh?Nanti tak nampak view kat belakang."pinta jurugambar itu sambil membuat isyarat tangan meminta Dee untuk rapat sedikit dengan Zack.

"What?" gumam Dee perlahan namun masih boleh didengari Zack.

"Ikut je la apa yang dia cakap tu." bisik Zack.Dee membuat muka menyampah.Akhirnya,dia menurut juga.

Setelah itu,gambar Amy dan Ad pula diambil diikuti dengan Sya dan Ray.Usai sesi bergambar,Zack membayar untuk semua kepingan gambar yang diambil dan dicuci.

"Jom,kita pergi dekat tempat tu" Ray menunjuk ke arah sebuah booth bergambar bersama parrot dan ular.

Terbuntang luas mata Amy,Dee dan Sya.Ular?Matilanak!!

"No,a big no.Takda tempat lain ka yang kau nak ajak.Kalau korang nak pergi sana,haa pergi lah.Kitorang taknak ikut." bantah Sya habis habisan.

Mafia macam mana sekali pun,binatang macam tu la yang mereka takut.

"Ala..jomla.Bukan senang tau nak bergambar dengan ular jinak tu" pujuk Zack.

Laju gadis gadis itu menggeleng.Macam tu pun dikatakan jinak?

"Taknak lah.Buatnya kalau tetiba ular tu mengamuk,ah canne?" tungkas Amy.

"Ah takde takde.Ikut jugak.Jom!" terus diheret tiga gadis itu menuju ke booth tersebut.

"Eee...taknak lah.Korang je la masuk,kitorang tunggu kat luar" Dee memberhentikan langkah dari menjejakkan kaki di booth itu.

"Takyah mengada ngada duduk luar.Masuk dalam cepat" Zack masih lagi memaksa.

Masuk sahaja didalam,terus mereka bertiga bersembunyi di belakang Ad,Zack dan Ray.

"Kenapa cik bertiga menyorok ni?Meh la tangkap gambar dengan ular ni." Seorang lelaki menyuakan ular yang berwarna kuning.

Entah dimana silap lelaki itu,ular yang dipegang jatuh ke bawah.Amy,Dee dan Sya apa lagi?Menjerit lah!

Akibat rasa takut yang menguasai diri,tak semena mena Amy merangkul leher Ad dan melompat.

Ad yang tidak bersedia itu cuba mengimbangi dirinya dan mencempung tubuh Amy.Dee dan Sya pula sudah memecut lari ke luar.

Amy menyembamkan wajahnya ke ceruk leher Ad sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali.Ad tersenyum seketika.Hampir luruh jantungnya bila nafas Amy terasa di lehernya.

Lelaki tadi memohon maaf lalu membawa ular tadi kedalam bekas.

"Kau nak aku dukung kau sampai esok ke?Ular tu dah takda dah" kata Ad.

Amy memandang sekilas ke bawah untuk melihat ular itu.Nafas lega dihela.Rangkulan dileher Ad dilepaskan lalu turun ke bawah.

"Ermm..maaf sebab herk!susahkan kau" ujar Amy dengan kepala yang menunduk sambil tersedu.Malunya tak boleh dibendung lagi.Muka sudah berasa tebal seperti jelly.

Ad tersenyum kecil."Takpa.Tak menyusahkan pun.Menyenangkan lagi ada la"ayat terakhir Ad ditutur perlahan.Kang cakap kuat kuat kena marah pulak.

"Jom pergi luar.Diorang tunggu kita kat situ" ajak Ad

Sepanjang berjalan,Amy masih lagi tersedu.Ad berfikir sejenak.Penyakit apakah yang dihidapi tiga gadis itu?Dia harus siasat nanti.Ya,dia tekad!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience