Bab 17

Romance Series 4730

Kereta Myvi berwarna kuning milik Dani itu ditilik beberapa saat sebelum pintu di bahagian pemandu dibuka.

"Thanks bro sebab sudi pinjamkan kereta kau.Jangan risau,kitaorang akan jaga kereta kau ni elok elok" kata Ray sambil menepuk perlahan bahu Dani.Dicucuknya kunci kereta itu lalu enjin dihidupkan.

"Ha ah..kalau apa apa jadi dekat kereta kau,kitaorang sendiri yang akan tanggung.Kau tolong doakan plan kitaorang berjaya boleh?" soal Zack yang berdiri sebelah Dani.Ad pula sudah menghilang masuk ke dalam kereta.

Dani mengangguk.Apa apa pun dia sanggup buat asalkan orang di sekelilingnya bahagia.

"Ye lah..aku akan doakan.Harap berjaya lah ye plan korang tu.Aku masuk dulu.Jaga 'bini' aku tu elok elok.Bye sayangg.."pesan Dani sebelum kakinya naik ke atas bonet kereta untuk dipeluk.Kali pertama dia terpaksa menyerahkan 'isteri' pertamanya kepada orang lain.

Ad,Zack dan Ray hanya mampu menggeleng.Dah tak boleh nak kata apa dah dengan pasangan suami isteri tak bertauliah ni.

" Sudah sudah la tu peluknya..naik meluat pulak aku dengan kau ni"Zack menarik tangan Dani apabila tiada tanda tanda untuk Dani berhenti memeluk keretanya.Dani menggaru kepalanya yang tidak gatal.Lalu laju sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam rumah tanpa menoleh ke belakang.

Mereka bertiga di luar terkebil kebil dengan Dani.Dah kenapa pulak orang tua ni?

             ??????????????

"Eh..jomlah balik.Aku nak rehat.Hari ni letih semacam je" Sya mengajak Amy dan Dee yang sedang mengemas buku di atas meja.Badannya direnggangkan sedikit.Kelas mereka tamat agak lambat hari ini oleh kerana ada pertambahan aktiviti.

"Hah..jomlah!Aku pun penat hari ni.Erm..korang lapar tak?Sebab hari ni aku malas lah nak masak." Amy sudah pun siap mengemas barang barangnya.Rindu pulak dengan katil dekat rumah.Dia bercadang lepas balik nanti terus mandi dan tidur.Pasti lama dia boleh berehat memandangkan dia cuti solat.

"Tak..kitorang dah kenyang makan nasi ayam tadi.Takpelah,kalau lapar nanti kita oder Grabfood je lah" cadang Dee sambil mengatur langkah menuju ke arah pintu kelas.

Lalu mereka pun berlalu pulang ke rumah.

                  ??????????

"Eh..tu diorang dah keluar lah.Diorang dah masu- eh??" Zack mencari kelibat Ad dan Ray yang sudah hilang di luar kereta.Matanya meliar liar mencari kelibat sahabatnya.

"Woi!!Kau buat apa lagi kat luar tuu..cepatlah masuk!Kang terlambat pulak nak ikut diorang." sergah Ad di dalam kereta sambil menjengulkan kepalanya pada tingkap.

Tergesa gesa Zack membuka pintu lalu masuk ke dalam kereta."Amboi..laju gila korang masuk dalam kereta.Excited sangat dah ni!!"perli Zack yang berada di belakang.Ad hanya berpura pura tidak dengar manakala  Ray fokus memandu mengekori kereta Amy,Dee dan Sya.

Beberapa minit kemudian,mereka sampai ke kawasan perumahan yang didiami Amy,Dee dan Sya.

Ray memberhentikan kereta Myvi kuning milik Dani itu tidak jauh dari rumah Amy,Dee dan Sya.

"Okay done!!Rumah diorang kita dah tahu.Lepas ni kita kena cari rumah parents diorang pulak." kata Ad dengan gembira.Mereka sengaja pergi ke kolej dengan kereta Myvi milik Dani bagi mengelakkan gadis gadis itu mengecam mereka.

Dan misi telah berjaya!
                 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience