Bab 27

Romance Series 4730

Mata yang terpejam rapat terbuka perlahan lahan akibat tekak yang terasa kering.Sya memandang sekilas ke arah Amy dan Dee yang sedang lena diulit mimpi.

Sya menilik jam di skrin telefon.Sudah pukul 5.30 pagi.

'Kalau mandi awal awal pun bagus jugak.Takda la berebut bilik air nanti' getus hati Sya.

Tangan menggapai kain tuala lalu diletakkan di atas kepala.Flashlight dibuka dari telefon.Tombol pintu dipulas perlahan lahan.

Kelihatan 3 pasang baju berwarna biru laut elok tergantung di tombol pintu biliknya dan di bilik tengah.Sya tersenyum kecil.Cekap betul Maklang buat kerja.

Lalu Sya turun ke bawah untuk membersihkan diri.

                        ????????
"Fuyoo..lawa gila siot baju yang Maklang buat ni" Dee membelek belek dirinya di hadapan cermin.Mulutnya tak henti henti memuji baju yang dijahit Maklang.

"Dah,jom turun.Orang dah ramai kat bawah tu" ajak Amy setelah selesai membelit tudung.Sya dan Dee menurut.

Pintu dibuka dan serentak itu Ad,Zack dan Ray keluar dari bilik dengan berpakaian sedondon berwarna biru.Cumanya,penampilan mereka masih belum lengkap.Dengan butang baju terbuka,songkok senget dan kain sampin yang terbelit entah ke mana.

Amy,Dee dan Sya menggeleng melihat penampilan jejaka jejaka itu.

Tak lengkap macam mana sekalipun,diorang tetap hensem.Ahakss!

"Erm,Amy.....tolong betulkan sampin aku boleh?Aku tak reti la" Ad menunjuk ke arah kain sampin nya.Zack menghulurkan songkok kepada Dee manakala Ray memegang butang bajunya sambil memandang Sya.Masing masing membuat muka kesian.
(Masyaallah...berbelit ayat??)

Amy,Dee dan Sya menepuk dahi.Alahai...anak siapa ni?Kutip balik!

Mereka bertiga hanya menurut.Ad,Zack dan Ray membuat isyarat mata menunjukkan misi mereka berjaya.Sebenarnya mereka tahu nak pakai semua tu.Tapi,biasalah.Sengaja ja nak mainkan ketiga gadis itu.Dalam masa yang sama,boleh mengeratkan hubungan sillaturrahim.Ye dak?

                    ????????
Ramai tetamu yang hadir ke majlis kenduri Aqiqah hari ini.Masing masing sibuk membuat kerja.Tok menyuruh Amy,Dee dan Sya mencuci pinggan kotor di belakang.Ad,Zack dan Ray pula ditugaskan untuk mengutip segala pinggan untuk dicuci.

Hampir pukul 6.00 petang,para tetamu mula beransur kurang.Ada yang sedang berehat di dalam rumah sambil menjamu selera.Ye lah,dah nama pun kenduri,mana nak sempat tuan rumah isi perut.

Ad,Zack dan Ray sedang berehat di bawak pokok.Pinggan kotor sudah habis dikutip dan dibawa ke belakang.Hanya Amy,Dee dan Sya sahaja yang masih lagi mencuci pinggan.

"Eh jom tolong diorang cuci pinggan.Kesian pulak aku tengok.Dari tadi lagi diorang buat kerja,tak sempat rehat pun diorang tu." ajak Zack.Mereka pun berlalu pergi ke belakang.

"Nak kitorang tolong?" soal Ad.

Amy dan Sya yang sedang berebut span terhenti."Hah..tolong lah.Banyak lagi pinggan nak kena cuci ni"Dee menolak pinggan pinggan kotor ke hadapan.

Tiga jejaka itu sudah pun duduk di atas kerusi kecil.Amy dan Sya pula menyambung pergaduhan tadi.

"Eeii..ni span aku la.Pergi la ambik span kau tadi." marah Sya.

"Ni span aku la.Kau yang hilangkan span kau sendiri kan?" bidas Amy pula.

"Ni.Span.Aku"

"Tak.Bukan kau.Ni span aku."

"Aku"

"Aku"

Maka berlakulah peperangan Uhud di situ.Dee memejamkan mata sambil menghela nafas berat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience