"Apa pulak arahan Inspektor Malik kali ni?" tanya Ray ketika sedang berjalan keluar dari mall menuju ke kereta.
"Dia suruh kita godam semua alat komunikasi anak buah Darkger.Then bagitau diorang maklumat penting.Sekarang kita cuma perlu pergi markas ja.Barang barang nak godam semua dah ada kat sana" terang Zack.
"Apa yang dah jadi sebenarnya?" tanya Ad setelah lama berdiam diri.
"Diorang buat kacau dekat kawasan kita.Ada yang edar dadah dekat situ.And ada jugak yang sampai bertumbuk sebab orang kat situ cuba halang diorang" terang Zack lagi.
Kereta yang dipandu Ray memecut laju menuju ke destinasi markas rahsia mereka.
"Diorang tak nak kita tolong settlekan anak buah Darkger ke?Aku teringin nak belasah orang" ujar Ad.
"Aku dah tanya Inspektor Malik tadi.Dia cakap tak payah sebab diorang dah inform dekat satu group mafia rahsia ni uruskan benda kat sana.Aku tak tahu pun siapa group tu.Sejak bila diorang pasang group mafia tu pun aku tak tahu.Tugas kita sekarang cuma perlu dapatkan maklumat then serahkan dekat pasukan polis.Diorang pulak akan bagitau maklumat tu dekat group mafia tu supaya senang diorang nak tahu plan yang anak buah Darkger rancang." terang Zack dengan panjang lebar.
Ray yang setia mendengar sambil memandu itu hanya menganggukkan kepala.Ad pula sudah sibuk memikirkan penerangan Zack tadi.Kurang faham dengan penerangan itu namun cuba untuk memahami.Tak lama selepas itu,mereka pun tiba di markas rahsia mereka.
-----------------------------
"Aku dah dapat lokasi anak buah Darkger.Kau cuma perlu straight then belok kiri sampai kau jumpa bangunan warna merah.Diorang ada dekat situ." kata Dee selepas dia mendapat maklumat dari Inspektor Malik.Sya mengangguk faham.Amy pula sedang mengisi peluru ke dalam pistol.Pemukul kayu juga disediakan bagi memudahkan mereka untuk memukul anak buah Darkger jika mereka mula bertindak kasar.
Dee membuka tingkap kereta lalu memberi isyarat kepada anak buahnya di belakang yang setia mengekori mereka.
Kereta saga berwarna putih itu memecut laju dan berada di hadapan mereka.Sempat tangan Sya yang memandu tadi mencapai sebiji bom yang dihulurkan oleh anak buah mereka iaitu Mikey dari saga putih itu ketika bersebelahan waktu memotong tadi.
Kereta vios hitam yang dipandu Sya dan saga putih tadi berhenti tidak jauh dari lokasi keberadaan anak buah Darkger.Bunyi tembakan juga kedengaran di kawasan itu.
"Cepat!Kita dah tak ada masa.Nanti ramai orang awam yang mati dekat situ" Sya memberi arahan.Tangannya mencapai pistol yang berada di pinggangnya lalu berlari ke arah kawasan itu.Dee,Amy dan anak buah mereka turut mengikuti langkah Sya.Tangan masing masing sudah memegang senjata.
'Bang!' 'Bang!'
Sya melepaskan tembakan ke arah anak buah Darkger.Lima orang sudah tumpas ketika berlawan dengan mereka tadi.Tinggal lagi 3 orang sahaja anak buah Darkger yang masih hidup.
"Berapa kali kitorang nak pesan?Jangan cuba nak kotorkan tempat ni dengan najis dadah korang tu!Memang tak faham bahasa ke apa??!!" Sya menjerit.Mukanya sudah merah padam.
Seorang dari 3 orang anak buah Darkger berlari menuju ke arah Sya.Rod besi yang dipegangnya diangkat ke udara untuk memukul kepala Sya.
Sya pantas mengelak lalu menendang belakang lelaki itu dan menolaknya.ke arah Mikey.Mikey melepaskan tembakan tepat mengena dahi lelaki itu.
Amy,Dee dan Sya memandang ke arah 2 orang lelaki tadi yang sibuk mencari pistol.Suasana yang sedikit gelap menyukarkan mereka untuk mencari.
"Cari ni ke?" Dee menunjukkan dua pucuk pistol ditangannya.
"Oh sh*t!!Macam mana kau boleh dapat hah!!" marah lelaki itu.
"Well..nak bergaduh kena jugak ada pergerakan licik.Baru lah best.Tak macam ketua korang.Huh,anak buah dengan ketua sama ja.Bodoh!!" bidas Amy.
Dua lelaki tadi sudah mendengus geram."Kau jangan nak hin-"
'Bang! Bang!!'
Belum sempat lelaki tadi menghabiskan percakapannya,Sya menembak dua lelaki tadi.Darah sudah memancut keluar dari perut mereka.
"Alah..kau ni Sya.Asal cepat sangat kau tembak diorang.Aku baru je nak dengar apa yang dia nak balas.."ujar Dee.Mulutnya dimuncungkan ke hadapan.Tangannya naik memeluk tubuh.
" Huh..buat apa nak dengar diorang cakap?Membazir masa ja.Mikey,aku nak kau hantar mayat anak buah Darkger ni dekat depan pintu club geng dia.Pastikan warning rose kita ada dekat mayat mayat tu."arah Sya.Mikey mengangguk faham mendengar arahan dari bosnya.
"Oh ya,Inspektor Malik ada bagitau maklumat yang geng Dark Horses dapat.Diorang dah godam alat komunikasi anak buah Darkger then diorang dapat tahu yang Darkger rancang nak rampas kawasan kita dengan cuba mengedar dadah." terang Mikey kepada tiga bosnya.
"Oh..takpa.Kita biarkan dulu Darkger tu.Kita tengok macam mana permainan dia.By the way,siapa Dark Horses?" tanya Sya.Amy dan Dee juga turut memandang Mikey untuk mendengar penjelasan.
"Yang tu saya tak tahu bos.Ahli baru maybe.Tapi Inspektor ada cakap yang Dark Horses ni ditugaskan untuk intip musuh and dapatkan maklumat" ujar Mikey.
"Hmm..takpalah.Kau pergi hantar.mayat mayat ni.Kitorang nak pergi Tesco kejap.Nak beli barang dapur." kata Amy sebelum menanggalkan mask dan glovenya.
"Ok bos.Hati hati" pesan Mikey lalu berjalan pergi bersama ahli Warn Roses yang lain.
"Dah jom.Dah lewat ni." Dee memanggil Sya dan Amy masuk ke kereta.Lalu kereta vios hitam itu meluncur laju meninggalkan kawasan itu.
Share this novel