Bab 16

Romance Series 4730

"Hello girls.." Zack menegur Amy,Dee dan Sya yang sedang rancak berborak di dalam Cafe Smile kolej mereka.Langkah Zack diikuti dengan Ad dan Ray yang sudah tersengih sampai ke telinga.

Amy,Dee dan Sya berpaling ke arah suara yang menegur mereka.Serta merta muka yang tadinya ceria berubah muram.

Kerusi dari meja sebelah yang kosong ditarik ke arah meja yang diduduki Amy,Dee dan Sya.

"How's your day girl?Everything okay?" tanya Ad sambil mengangkat keningnya.Tangannya menongkat dagu dengan mata yang masih merenung Amy.

"Hmm..bad day sebab korang datang mengganggu.Sibuk betul.Pergi lah duduk sana.Banyak lagi tempat kosong." balas Amy sambil menggerakkan tangannya untuk menghalau.Ad hanya buat dont know sahaja.Dah tau dah mesti gadis gadis ini akan menghalau mereka.

Zack menarik kerusi Dee supaya rapat dengannya.Dee terkejut.Sungguh tak dijangka akan tindakan Zack yang selamba itu.

Ray pula meletakkan tangannya belakang Sya di atas kerusi.Sesekali jarinya menarik hujung tudung bawal Sya.Sya cuba menepis tangan Ray dari menarik tudungnya.Namun apakan daya,seketul Rayqal Rafiqi tetap seketul Rayqal Rafiqi.Bukannya faham bahasa!

"Ishh..Ya Allah Ya tuhanku..kau ni dah kenapa?Ooo..takda kerja nak buat,kau cari pasal dengan aku ek?Duduklah sana!Dunia punyalah luas sini jugak dia nak menyelit.Herhh!!" Sya menjeling tajam ke arah Ray.

Ray hanya beriak toya.Langsung tak ambil pusing dengan leteran Sya.Malah makin galak jarinya memintal hujung tudung Sya.Sesekali dia tersengih.Suka betul mengusik Sya.

Dee yang memerhati sudah menggenggam tangan penumbuknya.Ahh...sakit hatinya apabila melihat sahabat baiknya diganggu.Dia menghentak tangannya ke atas meja dengan kuat seraya bangun dari kerusinya.Segala makhluk di dalam kafe itu memandang ke arah mereka.

"Jom Amy,Sya.Kita kena masuk kelas.Panas pulak dekat sini" ujar Dee sambil mengibas tangannya.Nada suaranya cuba dikawal.

"Hey..awal lagi lah..duduk la dulu.Kalut kalut nak lari mana cik kak?Meh!!Meh laa sayang saya ni alolo..takmau marah marah.Nanti cepat tua" Zack menarik hujung baju Dee untuk duduk di sebelahnya.Tahu lah dia yang Dee cuba melarikan diri darinya.

Inilah masanya untuk mengenali gadis gadis itu dengan lebih dalam.Ya!!Misi mereka bermula hari ini.Misi untuk memikat hati si gadis.

"Taknak!!Jom Amy,Sya.Aku dah naik meluat ni." Dee masih berkeras.Lantas ditariknya tangan Amy dan Sya untuk bangun mengikutinya.Amy dan Sya hanya menurut.

Sejujurnya mereka pun tak betah duduk bersama makhluk makhluk itu dengan lebih lama.Mujurlah Dee menyelamatkan mereka.Lalu mereka pun mengatur langkah pergi ke kelas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience