Bab 19

Romance Series 4730

"Oit,korang perasan tak yang tiga makhluk tu dah tak kacau kita?" soal Dee sambil mencuit bahu Amy dan Sya.Mereka berdua hanya menjongketkan bahu tanda tidak tahu.Malas lah nak serabutkan otak fikirkan tiga mamat tu.

"Hmm..pasal kenduri Tok dekat Kedah tu kan,aku dah check jadual kita.Alhamdulillah,kita tak ada banyak kerja sangat.Finally,dapat jugak aku balik kampung kau,Sya." ujar Amy sambil mendepakan kedua tangannya.Dee juga menepuk tangannya berkali kali tanda gembira.

Sya hanya tersenyum manis.Kesian Amy dan Dee.Teringin sangat nak balik kampung Tok dan Tokwannya di Kuala Kedah.

Bukannya mereka tak ada kampung.Cumanya rumah Tok dengan Wan Dee hanyalah di belakang rumah Mak Ita dan Abah Ib iaitu keluarganya.Bila tiba hari raya,Dee hanya perlu berjalan kaki sahaja menuju ke rumah Tok dan Wan nya.

Manakala rumah Atuk dan Nenek Amy berada di Johor.Keluarga Amy hanya balik sekali sekala sahaja ke kampungnya.Mungkin kerana jarak Negeri Kedah dan Negeri Johor yang agak jauh.Lagipun Atuk dan Neneknya jarang berada di rumah kerana menetap di kediaman makciknya.Ditambah pula dengan faktor kesihatan Umi Liza dan Abah Daus yang mudah berasa letih jika berjalan jauh.

Jadi Sya dengan senang hatinya mengajak Amy dan Dee mengikutnya pulang ke kampung.Seingat Sya,baru dua kali Amy dan Dee pernah bermalam di situ.Itupun hanya sekejap saja.

Timbul perasaan lega bila melihat keakraban Amy dan Dee bersama saudara maranya yang lain.Sudahla ramai,bimbang juga kalau Amy dan Dee berasa tidak selesa di situ.Tapi semakin lama,semakin rapat pula hubungan mereka.Jadi tak adalah Sya risau sangat.

                      ????????

2 Minggu berlalu~~

"Korang dah siap pack apa yang patut?" soal Ad yang memeluk tubuh sambil bersandar pada pintu bilik Zack yang terbuka luas.

Zack lantas berpaling.Lalu dianggukkan kepalanya perlahan.

"Betul ni?Nanti kalau tertinggal apa apa kau jangan nak memekak pulak" soal Ad lagi untuk kepastian.

Bukan boleh percaya sangat Zack ni.Selalu sangat tertinggal barang barang yang penting.Lepastu memekak sorang sorang dalam kereta minta berpatah balik.

"Ye...aku dah siap semuanya.Dah takyah banyak tanya sangat.Menyemak betul!!" ujar Zack dengan malasnya.

Sudahla dia tiada mood.Ad pula yang datang menyemak.Difikirkan mahu berehat sepenuhnya hari ini kerana esok mereka perlu mengikuti Amy,Dee dan Sya ke Kedah secara senyap senyap.Dan mereka perlu bergerak awal pagi atas arahan Ray.

Mereka tahu pun atas bantuan Dani.Katanya dia hanya terdengar perbualan rakan kelas gadis gadis itu ketika berada di cafe.

Ad mengangguk angguk kepalanya perlahan mendengar jawapan Zack tadi sebelum pintu bilik Zack sengaja dihempas kuat.

Zack di dalam hanya mampu menggeleng kepala.Sudah masak dengan perangai rakan rakannya itu yang suka mengempas pintu biliknya dengan kuat.Biarlah pintu tu.Apa nak jadi,jadilah!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience