Bab 26

Romance Series 4730

kay.Actually kenduri tu kenduri Aqiqah sepupu Sya tau.Lupa pulak nak bagitau.

-----------------------------
Kaum lelaki yang sedang memasang khemah itu dipandang Sya.Tubuhnya bersandar di pintu masuk.

Bahunya ditepuk oleh Amy dari belakang.Dee juga turut berada di situ.

"Termenung apa?" soal Amy.Sya menggeleng.Entah harini rasa sunyi pulak walaupun ramai saudara maranya yang balik.

"Hah,hampa bertiga buat pa kat sini?" Tok muncul dengan dulang air di tangan.

"Takdak buat pa pun Tok.Saja ja ambik angin malam." jawab Sya.

"Tok nak bawak pi mana dulang tu?" soal Dee.Bibirnya dimuncungkan ke arah dulang air tadi.

"Ni Tok nak bagi orang yang pasang khemah tu minum.Tok pi dulu noh"Tok menyarung selipar sebelum berjalan ke khemah.

" Eh,korang bertiga buat apa kat sini?Ambik angin malam ke?Tok cakap anak dara tak elok duduk depan pintu.Nanti lambat kahwin katanya"Zack yang entah datang dari mana bersuara.Ray dan Ad juga berada di belakangnya sambil tersenyum.

Sya menggulingkan matanya.Haih,masuk kali ni dah 2 kali orang bertanyakan benda yang sama.

"Kau ada nampak kitorang tengah memasak ka sekarang ni?" soal Sya dengan wajah malasnya.

Zack hanya tersengih sambil menggaru kepalanya.

"Aku nak pergi dapur.Korang berdua nak ikut tak?" soal Amy kepada Dee.dan Sya.

Dee mengangguk manakala Sya menggeleng.

"Aku nak naik atas jap" Sya berura ura untuk menuju ke tangga.

Baru sahaja selangkah berjalan,kedengaran hon kereta dibunyikan.

'Pin pin'

Serentak mata mereka berenam memandang ke luar.Sya memincingkan matanya melihat kereta Myvi yang masuk ke kawasan rumah.

Hurmm..macam kenal je kereta tu.

Sya ingin berpaling ke belakang namun niatnya terbantut apabila namanya diseru seseorang.

"Kak Naura!!" jerit Dhia iaitu sepupu Sya yang baru berusia 4 tahun.Dhia berlari masuk ke dalam rumah lalu pinggang Sya dipeluk.

"Eh,Dhia dah balik?Ya Allah rindunya Kak Naura dengan Dhia ni.." Sya duduk mencangkung lalu tubuh kecil Dhia dipeluk erat.

"Dhia pun rindu akak.Ermm..akak..nak kiss!" bibir kecil Dhia dimuncungkan ke depan.

Sya ketawa kecil sambil mengusap rambut Dhia.Pipi kanan disua ke arah Dhia lalu jari telunjuknya mengetuk pipinya.

"Kiss sini dulu"

Tanpa membuang masa,pipi kanan dan kiri Sya dicium oleh Dhia.Sya tersengih sebelum muka kecil Dhia dicium berkali kali.Mengekek si kecil itu ketawa kerana geli.

"Kalau Ray nak tau,macam tu lah perangai Sya bila dengan family.Dia punya manja tu takleh kata apa dah" bisik Mama Zila yang baru muncul dari dapur.

Ray tersenyum mendengar kata kata Mama Zila.Ya,dia nampak perubahan Sya bila dengan orang lain dan keluarga.Sangat berbeza.

Setelah puas menggomol Dhia,Sha bangun berdiri.

"Pergi salam diorang" arah Sya sambil menujuk ke arah Amy dan Dee.Dhia menurut lalu menyalam mereka berdua.

"Dhia,dah salam semua orang?"tanya Makteh a.k.a ibu kepada Dhia.

" Belum Ibu."jawab Dhia.Lalu semua orang dituju untuk disalam.

Ray ialah orang terakhir yang Dhia salam.Dhia mendongak memandang Ray.

"Abang hensem ni sapa Kak Naura?" soal Dhia.Tangannya masih setia menggenggam tangan Ray.

Sya tergelak kecil.Abang hensem?Celah mananya hensem si Ray ni?Tapi memang hensem pun.Ahaks!!

"Abang hensem ni nama Rayqal.Dhia panggil Abang Ray boleh?"soal Ray.Dia mengangkat si kecil itu lalu didukung.Hidung kecil milik Dhia dicuit mesra.

Tak padan dengan umur baru 4 tahun,mulut dah petah bercakap.Macam orang tua tua!

"Boleh!" sahut Dhia dengan gembira.Leher Ray dipeluk erat.

"Dhia sayang,jom pergi dapur.Kita makan nak?" Sya bertanya.

"Nak!Akak dukunglah" tangan yang tadinya melingkar di leher Ray dilepas lalu dihulur ke arah Sya.

Sya mengambil Dhia dari dukungan Ray lalu dibawa ke dapur.

"Macam keluarga bahagia kan?Nanti kita pun macam tu lepas kahwin nanti" Zack berbisik kepada Dee.Dia mencebik apabila dijeling tajam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience