Setelah pulang dari Tesco~~
"Letihnya hari ni.." Dee mengeliat sambil menguap.Dia mengerling ke arah jam di dinding.Sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi.
"Kan..aku pun penat jugak hari ni." Sya membalas lalu mengatur langkah ke arah dapur.Tangannya lincah menyimpan semua barang dapur yang di beli tadi ke dalam almari.Coklat yang Ray belanja tadi pun sudah dimasukkan ke dalam peti sejuk.Esok breakfast coklat lah jawabnya..hehehe.Tak syabar!
"Ye la..gila tak penat.Pagi dah pergi kolej.Lepastu pergi shopping sampai tak ingat dunia.Pastu belasah orang then pergi tesco beli barang.Nasib baik aku tak drive tadi" ujar Amy pula yang melabuhkan punggungnya di atas sofa.
"Eleh..takkan kau penat kot.Aku tengok kau macam tak banyak cakap je lepas shopping dengan tiga makhluk tu.Masa belasah orang tadi pun kau belasah seorang je anak buah Darkger.Kau ada masalah ke?" Sya bersuara selepas habis mengemas barang.Dia mula membuka satu persatu pin pada tudung dan diletakkan di atas meja.
"Alah..takkan yang tu pun kau tak tahu Sya.Jangan lah lurus sangat.Amy kan dapat indirect kiss dengan Ad tadi.So mesti la dia happy.Tapi tu la,dia tak nak share pun dengan kita." balas Dee.Dia tersenyum nakal ke arah Amy.
Terbuntang mata Amy mendengar kata kata Dee."Hey!Sejak bila pulak aku dapat indirect kiss dengan mamat tu hah?Kau jangan nak fitnah aku.Kau tau tak,dosa memfitnah lebih besar dari dosa membunuh tau!"suara Amy naik seoktaf.Geram dengan perangai selamba Dee.Sesedap coklat saja nak fitnah aku.Hmph!
"Bila pulak aku fitnah kau?Kau tak ingat ke masa makan tadi?Kan tadi Ad makan bihun sup kau guna sudu yang sama.Ha..indirect kiss la tu!" balas Dee.Sya yang mulanya pelik dengan kenyataan Dee tadi mula mengangguk.Patutlah Dee ni asyik senyum ja dekat Amy.
Amy yang mendengar balasan Dee tersedu.Kepalanya ditunduk memandang jari jemarinya yang bermain sesama sendiri.
"Tu..b-bukan ind-indirect k..kiss lah.Tak s..sengaja je tu." jawab Amy tergagap gagap.Malunya bila ingat balik.
"Eleh..cakap je la yang kau malu sebenarnya.Tak payah la nak menafikan.Dah,aku nak naik atas.Katil aku tengah tunggu aku tu.Bye." Dee mendaki tangga menuju ke biliknya.
"Okay" balas Amy dan Sya serentak.Sebaik sahaja bayang Dee hilang,Sya berjalan menuju ke arah Amy yang masih menunduk.Lalu dia menepuk perlahan bahu Amy.
"Aku tahu kau malu bila Dee cakap macam tu.Tapi percayalah cakap aku.Niat Dee cuma nak bergurau.Kau buat tak tahu sudahlah dengan Dee tu.Kalau kau tak layan,diamlah budak tu nanti." pesan Sya.Bimbang jika Amy terasa hati dengan gurauan Dee.Kalau boleh dia taknak langsung pergaduhan berlaku di antara mereka.
"Takpa..aku tau Dee cuma bergurau.Kau jangan lah risau.Aku tak terasa hati pun.Cuma aku terlupa ja yang aku dengan Ad kongsi sudu yang sama.Malu pulak rasanya kalau ingat balik."ujar Amy sambil tersenyum memandang Sya.
" Hmm..ok baguslah kalau macam tu.Aku naik atas dulu ek?Kau duduk la bawah ni sorang sorang.Kalau jumpa 'makhluk' lain kau jangan nak melalak pula."pesan Sya sambil bibirnya mengukir senyuman senget.
Amy pula sudah tidak tenang duduknya.Lalu dia mengambil keputusan untuk naik ke atas bersama Sya.
Sya tersenyum dapat mengenakan Amy.Tahu pun nak gelabah.
Share this novel