"Beginilah, kalau pun memang korang adalah calon
pengantin, tidak salah jugakan jika korang menikah awal ? Daripada ada fitnah ?" Kata Tok Kadi.
"Apa !!!" Pekik Hisyam dan Nazirah bersama..
Aura tidak suka terpancar pada raut wajah keduanya.
Jangan kata nak nikah, nak berdamai pun mungkin
jauh panggang dari api.
"Minta nombor telefon keluarga korang ya.. Tok nak call
untuk maklumkan.." Kedua tertuduh menggeleng kepala bersama. Tatapan Hisyam buat Tok Kadi bagaikan nak membunuh. Kalau Nazirah pula, kalau saja boleh, bagaikan nak sumbat mulut Tok Kadi dengan gumpalan
kertas.
"Tok ! Beri kami peluang untuk selesaikan hal peribadi kami sendiri.." Hisyam mencuba membela diri.
"Jangan begini Tok ! Calon suamiku kan sudah bilang
kalau kami akan selesaikan hal ini dengan baik.."
Tambah si Nazirah.
"Dah ! Jangan nak berdalih lagi. Tok tahu kalau korang sedang mengelak.. Sebaiknya korang beri kerjasama
je biar cepat selesai, itu lebih baik. Fitnah dan zina juga terhindar. "
"Tok !"
Lagi - lagi Hisyam dan Nazirah memanggil serentak.
Raut wajah keduanya terpampang memohon.
Tok Kadi mengelus dadanya. Dalam hatinya berkali - kali mengucap.
"Bagaimana kalau kita ke balai polis je ? Mungkin pihak
balai akan siasat tentang hal korang lalu hubungi keluarga masing - masing.." Ucap Tok Kadi.
"Serah diri je Boss ! Hubungi saja keluargamu.. dan
aku juga akan hubungi keluargaku.. kita tiada pilihan lain dah !" Nazirah mengusap wajahnya kasar. Malunya
bukan kepalang yang meminta pada Bossnya sendiri.
Seketika senyum kecut dibibirnya Hisyam melengkung.
Kali ini usilan mahu pun usikan bukan lagi satu alasan untuknya persendakan pada Nazirah. Melainkan satu
hakikat yang mungkin akan menyatukan mereka berdua.
Dan kata - kata dari Nazirah itu mungkin ada benarnya.
Berserah dahulu. Siapa tahu selapas dikhabarkan kepada kedua belah pihak, ada sedikit penjelasan yang akan membantu mereka melepaskan diri.
"Okey ! I follow you advise, but hopefully we will be later
when the family intervenes.. are you ready ?"
Nazirah mengangguk tanda dirinya sudah siap berdepan dengan keputusan yang bakal diambil nanti.
"Dan kau juga Boss, apa kau sudah siap ?"
Giliran Nazirah pula yang bertanya kini. Jawapan Hisyam juga sama seperti Nazirah.
"Eh ! Nanti dulu ! Kata Encik ni bakal suamimu, tapi kenapa memanggilnya pula Boss ?"
Tanya Tok Kadi mulai berasa curiga serta menghairankan.
"Tok, selain bakal suami, dia juga adalah Boss saya."
Jawab Nazirah lancang.
Setelah kata setuju sepakat diambil, akhirnya Hisyam
dan Nazirah pun masing - masing menghubungi keluarga tanpa memberitahu perkara sebenarnya.
"Ada apa Hisyam ? Kau buat hal lagi ?"
Tanya Hazry, ayah kepada Hisyam. Hisyam menggeleng. Matanya tertuju pada keluarga besar Nazirah. Rasanya Hisyam mengenal sosok seorang lelaki yang sudah pun separuh usia.
"What happend Nazirah ? Why are there so many people here ?" Ayah Nazirah bertanya dengan wajah dingin. Ya ! Memang Malik adalah seorang ayah yang berperiwatakan garang dan bengis. Melihatnya saja
bagaikan nak kecut perut.
"Datuk Malik .." Sapa Hisyam.
"Eh ! Encik Hisyam.. What are you doing here ?"
Patut saja Hisyam mengenal sosok lelaki ini, ternyata adalah rakan kongsinya.
Dada Hisyam bergemuruh. Entah bagaimana Hisyam memulainya. Sedang Tok Kadi sejak tadi cuma mendiamkan diri. Mencuba mendengar apa yang akan
dikatakan oleh kedua tertuduh.
"Begini.. saya Tok Kadi Hussain. Nak bagitau kalau tadi ada laporan mengenai mereka berdua. Dan.. "
"Jangan cakap kalau anak saya tertangkap basah ?"
Potong Datuk Malik. Nazirah tertunduk lesu. Malu dan gegabah kerana sekejap saja lagi, penceraian dengan Razif akan terungkap.
Datuk Malik menatap Nazirah dan Hisyam bergantian.
Lalu pandangan matanya menuju kepada Hazry, salah satu rakan seperjuangannya juga.
"Papa.. this is slander.. semuanya salah faham.. "
Nazirah cuba mencari pertahanan. Harapan dihati agar Datuk Malik akan memberikannya peluang untuk menjelaskan atas tuduhan itu.
"Tapi Tok Kadi.. bagaimana ini boleh terjadi ? Sedangkan anak saya punya suami. Kenapa pula sampai jadi macam ni ? Saya rasa ini adalah fitnah dari orang yang melaporkan..Tak begitu Hazry ?"
Tegas Datuk Malik cuba menyakinkan.
"Tapi Datuk Malik.. tadi kata kedua yang tertuduh, mereka mengakui jika mereka adalah pasangan calon pengantin ? Dimana yang benar disini ?"
Tok Kadi mula pusing. Terjebak oleh pelapor tadi.
"Nazirah !" Tengking Datuk Malik. Emosinya kini terpancing.
"Papa.. jika pun Hisyam adalah calon suamiku ? Tiada yang salah.. abang Razif sudah menceraikanku. Bahkan tempoh edah kami sudah lama habis.. "
Kata Nazirah.
"What Nazirah ! How dare you !" Terkejut Datuk Malik.
Penceraian yang dia sendiri tak tahu langsung. Tiba - tiba pula anak perempuannya ini mengakui punya calon suami sudah ? Mimpi apa ini ?
'Mampus kita Nazirah.. kenapa senang sangat kau cakap pada Datuk kalau aku ni calon suamimu.. '
Batinnya Hisyam sendirian.
Datuk Malik menghubungi Razif serta merta. Jawaban itu ada pada Razif sendiri.
Share this novel