33_Jenayah Cinta

Romance Series 212605

"Abang ! Aku bukannya merayap kemana - mana pun, si Tompok tu yang keluar.. aku carilah kat luar... "
Kata Nana menjelaskan pada abangnya. Si Tompok ialah kucing peliharaannya dimana hampir setiap malam ia akan keluar mencari mangsanya.

"Dah jumpa kucing tu ?" Tanya sang abang.

"Belum.. aku jumpa kakak ni tadi kat pantai.. parah bang, dari tadi sepatah pun tak nak cakap apapun. Nangis je.. sepertinya kakak ni punya masalah, jumpa tadi sedang berlutut kat pantai.. " Kata Nana lagi.

"Kakak jangan takut, abangku seorang pegawai Inspektor Jenayah. Dia nampak garang tapi dia baik.. Kak ni t-shirt biasa - biasa je, kakak tukar baju dulu.. "
Nana menghulurkan sehelai baju simple dan sehelai batik sarung pada Nazirah. Tapi huluran itu diabaikan sahaja.

"Aku minta maaf dik, aku dah susahkan korang disini. Tak mengapa, aku balik dulu.. orang rumah pasti sedang menungguku.. " Akhirnya Nazirah bersuara juga. Jauh disudut hatinya ingin mendiamkan diri sahaja namun dia tak nak masalahnya berpanjangan dan diketahui oleh orang luar. Nazirah lalu berdiri niat ingin meninggalkan tempat tersebut.

"BMW depan tu kamu punya ?" Tanya abang Nana pada Nazirah. Dan Nazirah segera mengangguk mengiakan.

"Dik, thanks ya.. " Kata Nazirah.

"Hei ! Tunggu ! Aku rasa kau sedang tidak baik ! Kenapa pergi cepat jika punya masalah ?" Ujar abang Nana lagi.

"Tiada kaitan apa pun.. maaf aku harus pergi !" Tekan Nazirah seraya langkah kaki dipercepatkan. Benar - benar tidak boleh dirunding.

"Aku Inspektor Nazir, penyiasat jenayah... " Langkah Nazirah terhenti seketika. Menoleh ke belakang, menatap dalam pada sang empunya tubuh. Nazirah jadi malu, kenapa dia malah terjebak pada seorang anggota Polis yang namanya hampir sama dengannya.

"Kenapa melihatku seperti itu ?" Tanya Nazir dengan kerutan didahinya.

"Aku Nazirah !" Senyum tipis dibibir Nazir tersungging.
Patut saja Nazirah menatapnya semacam..

"Aishh ! Apa kita berjodoh ? Nama saja hampir sama.. "
Nazir terdengar mengada - ada pula kali ini.

"Merepek ! Sudah aku pergi dulu.. " Raut wajah Nazirah terlihat ada sedikit lega..

"Apa kau tak nak ceritakan dulu masalahmu ? Siapa tau jika kau akan merasa lega atau mungkin aku dapat membantumu ?" Ujar Nazir lagi.

"Berhenti mengikutiku ! Aku baik - baik saja. Lebih baik temankan adikmu kat rumah.. " Nazirah melebarkan langkah kakinya. Sehinggalah pada akhirnya dia sampai tepat dihadapan kenderaan miliknya.

"Tidak ! Aku harus siasat dulu apa yang berlaku sebenarnya. Lepas tu aku akan lepaskan kau.. "
Nazirah menarik nafas panjang. Lalu dia pun bersandar pada BMW miliknya itu.

"Aku tidak tahu ! Aku rasa aku tidak patut ceritakan hal ini pada orang lain. Suamiku saja belum tahu masalah ini sepenuhnya.. "

"Owh ! Jadi kau sudah bersuami ? Suamimu curang ?"
Tanya Nazir basa - basi.

"Suamiku tidak curang.. aku takut !"

"Maksudmu ?"

"Bekas suamiku meniduriku seharian siang tadi ! Aku sangat kotor ! Dia mengajakku sarapan dikafe pagi tadi, tapi dia mencampurkan sesuatu pada minumanku.. dan membawaku ke hotel.. " Airmata Nazirah tumpah lagi.

"Kenapa boleh jadi sampai macam tu ? Bekas suami apa yang patut diberi gelaran yang meniduri bekas isteri sendiri cara kotor ! Dayus !" Ungkap Nazir tak terima perlakuan yang dimaksudkan oleh Nazirah tadi.

"Lalu.. " Tanya Nazir.

"Dia merakam saat meniduriku tanpa aku sedar.. Dia mencampuri minumanku dengan ubat tidur.. Dia sendiri yang mengakuinya. Dan dia akan mendapatkanku dengan mengirim rakaman itu pada suamiku !"
Nazirah ditatap hiba oleh Nazir. Nazir tahu pasti hal ini sangat sulit buat Nazirah tanggung.

"Owh ! Ini boleh dipanggil sebagai satu jenayah cinta..
dan.. jika kau mahu, aku boleh tolong kau menangkap bekas suamimu itu. Dan sabitkan kesalahan memperkosa atau melakukan gangguan tidak bermoral pada pasangan bukan muhrimnya.. "
Nazirah melotot mendengar kata - kata dari Nazir itu.
Berfikir dua kali sebelum Nazirah memberi keputusan pada cadangan Nazir itu, Nazir telah pun mendahului membuat keputusannya sendiri.

"Tak perlu kata setuju darimu, aku akan siasat sendiri kes ini.. kerana aku sudah terjebak dalam jenayah cintamu.. dan ini terdengar sangat menarik untuk disiasat.. " Kata Nazir semula.

Share this novel

norsila
2022-10-16 21:09:03 

siasat2 jgn tk siasat..beri hukumn ...setimpalnya..


NovelPlus Premium

The best ads free experience