39_Luahan Razif

Romance Series 212605

'PLAKK'
Syukri melayangkan satu tamparan keras diwajahnya Razif. Merasa kecewa dengan tingkah bodoh Razif yang sesuka hati buat keputusan. Menceraikan Nazirah tanpa sepengetahuannya. Apalagi saat tahu Razif melakukan kesilapan terbesar, satu jenayah melecehkan bekas isteri yang sudah pun bersuami.

Razif hanya tersenyum sinis menatap ayahnya. Tangan kiri kini berada disebelah pipinya.
Entah kenapa hatinya berasa hampa pada perlakuan sang ayah terhadapnya.

"Ayah harus bagaimana Razif ? Kenapa tak tolak saat kau dijodohkan dulu ? Kenapa kau perkosa Nazirah bila dia sudah bersuami baru ?" Luah Syukri penuh sesalan. Razif masih diam membeku. Hanya ada senyum keterpaksaan terukir.

"Razif.. cakaplah sesuatu pada ayah, jangan Kau hanya tersenyum sahaja. Ayah sudah sembuh nak, ayah tidak akan terkena serangan jantung lagi.. jangan pendam sakit hatimu.. " Lagi - lagi Syukri melepaskan sesalan dihatinya. Sakit melihat Razif yang sangat terluka seperti itu.

Tanpa sedar Razif menitikan airmatanya setitik demi setitik. Hancur hati seorang ayah terhadap anak kandung melihat seperti itu.

"Aku mencintai Nazirah ayah.. aku sanggup lakukan perbuatan keji dibelakangnya dulu, aku tidak pernah sekali pun menyentuhnya sampai aku jatuhkan talak. Malah aku sengaja curang agar dia membenciku.. ayah.. dia selalu menggodaku dengan caranya walau nampak seperti murahan tapi aku selalu abaikannya. Aku sangat padanya ayah.. " Akhirnya terluah juga rasa yang terpendam selama ini. Nazir sempat meneguk ludahnya, betapa besar terdengar keluhannya Razif. Namun Nazir tidak tahu jika Razif punya peluang untuk bebas jika dia disabitkan kesalahan.

"Ayah.. aku tak berani tolak perjodohan itu kerana aku takut ayah diserang sakit jantung.. aku minta maaf ayah.. " Kata Razif semula.

Syukri akui jika anaknya yang satu ini memang tak pernah membantah pada orang tua. Razif sangat penurut dan menghormati.

"Ayah akan memohon pada Nazirah dan juga Datuk Malik untuk tarik kes ini.. "

"Aku layak disini ayah.. aku akan tenang tanpa ada tekanan perasaan.. " Wajah sayu Razif itu mampu buat Syukri akhirnya menitiskan airmata.
Dan jauh disudut hatinya Nazir juga turut merasa hiba dan ada rasa bersalah..

Share this novel

norsila
2022-11-05 08:56:08 

sedih tapi benda dah jadi..tk leh nk undur lagi..salah razif juga tk tegas dn takut naa dgn ugutan gf nya ..bodohnya..huuu dah cerai bru myesal

DgR
2022-11-04 20:21:28 

kannnn...tq update author

DgR
2022-11-04 19:52:39 

salam. adehhh sedihnya


NovelPlus Premium

The best ads free experience