44_Sebuah Keluarga

Romance Series 212605

"Hello Baby.. " Ucap Razif pada si kecil Hasyirah. Setitik air mata jatuh membasahi pipi Razif. Ya, sungguh hatinya sangat terharu tak terkata. Seorang wanita yang pernah berstatuskan isterinya, ia lukai namun masih mulia hatinya.
Malu ? Ya hanya satu kata yang tak pernah tak tinggal terucapkan olehnya. Apatah lagi pada suaminya Nazirah, Hisyam yang sanggup dan rela lakukan apa sahaja demi kesembuhan diri dari terus kemurungan.

"Ayah Azif.. Baby rindukan ayah.. " Hasyirah melompat mendapatkan Razif. Keduanya berpelukan tanpa ada rasa janggal. Sungguh terlihat akrab dimata.

"Kau apa khabar Razif ?" Tanya Hisyam.

"Aku okey. Thanks.. semuanya berkat darimu dan juga Nazirah. Korang apa kahbar ?" Tanya Razif pula.

"Ya kami sihat alhamdulillah, aku tengok kau dah semakin berisi sekarang.. aku harap kau tidak banyak berfikir banyak lagi. " Ucap Hisyam semula. Razif tersenyum. Mata kini ia tujukan pada Nazirah.

"Thanks Nazirah.. aku dah tak tahu nak cakap apa. Jika bukan kerana kebaikan serta murahnya hati dari korang berdua, aku mungkin sampai sekarang tak pulih - pulih lagi. " Penuh perasaan Razif mengungkapkannya.

"Manusia tak lepas dari buat kesilapan, dan sebagai sesama insan, Kita harus berfikiran terbuka serta saling memaafkan. Ikhlaskan apa pernah berlaku dimasa lalu. " Luahnya Hisyam meski jauh disudut hatinya masih ada tersisa sedikit sakit hatinya tentang apa yang terjadi pada rumahtangganya.

"Thanks Syam and you all.. "
Kata Razif penuh hiba.

"Abang dah tahu ke abang dah boleh keluar dari tempat pemulihan ni dua minggu lagi ?" Tanya Nazirah pula pada Razif.

Razif mengganguk.
"Ya, Dokter dah bagitau kat aku.. "

"Nanti kitorang akan jemput bila kau keluar nanti, jangan banyak fikir sangat. Oh ya.. Datuk Malik kirimsalam kat awak. " Dengan sebuah senyum tulus Hisyam mengatakannya.

"Walaikumsalam.. " Jawab Razif sepatah.
Sungguh mereka kini terihat seperti sebuah keluarga yang harmoni...

"Awak... aku minta maaf, sebab tak pernah jujur selama hubungan kita... Dan apakah kau benar - benar sudah melepaskanku ?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience