46_Resah

Romance Series 212605

"Mum.. Dad dimana ?" Tanya Hasyirah pada sang ibu. Senyum kecil terukir dibibirnya Nazirah.

"Kejap lagi Dad akan pulang baby.. why you ask you Dad ?" Tanya Nazirah pula.

"Baby nak ajak Dad ke taman permainan. Mum ikut ya.. " Pinta sang anak. Nazirah mengangguk tanda ia mengiakan. Lalu telefon bimbit diraih seraya membuat panggilan pada Hisyam.

TUT TUT TUT

Panggilan tak berjawab. Lagi - lagi Nazirah cuba mendail nombor Hisyam namun hasilnya sama. Melihat jam kini menunjukkan pukul 5:25 petang, bukan ke sepatutnya Hisyam sudah berada dihalaman rumah.

'Huh' Nazirah mendengus kecil dalam hati. Entah kenapa hatinya terasa tiba - tiba tak enak. Apa sebenarnya yang berlaku ?

Hush..

'Awak dah ke mana pula ni ?' Nazirah membatin.

Tanpa sedar, jam kini telah pun masuk Jam pukul 10 malam. Kegelisahan dihati Nazirah meluap - luap. Panggilan dibuat namun telefon Hisyam sudah tidak dapat dihubungi lagi. Apa mungkin kehabisan bateri ?

Klekk

Pintu rumah utama dibuka. Dan muncullah Hisyam didaun pintu. Nazirah memandangnya dari hujung rambut ke hujung kaki. Sepertinya Hisyam baik - baik sahaja.

"Sorry honey.. banyak kerja tadi kat pejabat.
Lepas tu kawan ajak makan.. korang dah makan ?" Tanya Hisyam seraya senyum dilebarkan.

"Hasyirah dah makan tadi. Awak tahu dia tunggu awak sejak petang tadi ?"
Seketika dahi Hisyam cemberut.

"Ada apa dengan budak tu ?" Tanya Hisyam.

"Nak ajak awak kat taman, jalan - jalan katanya.."

"Oh... " Hanya itu balasan dari Hisyam. Langkah kakinya terhayun menaiki anak tangga menuju ke bilik tidur. Sebenarnya Hisyam masih terfikirkan ucapan dari Tiara.

'Entah apakah wanita itu akan buat yang bukan - bukan nanti ?' Batinnya Hisyam. Rasa resah singgah dihatinya. Bagaimana jika bekas isteri pertamanya itu benar-benar akan melakukan perkara yang mungkin akan rosakkan rumahtangganya kini ?'

'Argh !!' Rintihnya Hisyam dalam hati kecilnya.

Maaf lambat update

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience